Chapter 19 : Kiss For Good Night?

78 4 6
                                    

"Kat mana tempat anak kau ini? Ada ke rumah anak yatim kat sini?"

Jimin berasa hairan apabila Rina mengatakan bahawa anaknya berada di Shopping mall yang terbesar di Seoul. Setahunya, shopping mall ini dipenuhi dengan kedai pakaian, barangan, kosmetik dan makanan yang berjenama sahaja.

"Depan itu saja, jomlah!"

Jimin hanya mengikuti Rina dengan wajah yang masih dalam kehairanan, namun Jimin juga tersenyum suka apabila lengannya dipeluk oleh Rina.

"Hey, Rina. Nak ambil Sheltie, ye?" soal penjaga kaunter itu dengan ramah.

"Ouh, ha ah. Doktor Marie kata saya dah boleh ambil dia hari ini." ucap Rina dengan ceria.

"Okey, sekejap ye."

"Siapa Sheltie?" soal Jimin dengan kehairanan.

"Tengoklah dia nanti."

Jimin mengeluh panjang apabila mendengar jawapan Rina padanya, namun Jimin juga berasa teruja untuk melihat anak Rina yang dikatakan itu.

"Hai, sayang." ucap Rina sambil memeluk Sheltie yang ceria berpusing pusing di hadapannya.

"Laa, anak anjing? Inilah anak kau?" soal Jimin sambil tersenyum melihat tingkah laku Rina dan Sheltie.

"Inilah anak aku, Sheltie. Sheltie tunduk hormat." ucap Rina sambil menyentuh kepala Sheltie.

"Wah, dia terlatih!" luah Jimin sambil tersenyum gembira apabila Sheltie menundukkan kepalanya pada Jimin.

"Dia memang terlatih. This your food, sayang." ucap Rina sambil memberikan makanan pada Sheltie.

"Ini boyfriend kamu ke, Rina? Handsome orangnya." puji penjaga kaunter itu.

"Erm, dia kawan saya saja. Kami kawan University."

Jawapan Rina membuatkan Jimin terdiam, namun Jimin juga tidak terasa akan kata kata Rina kerana baginya mereka memang betul hanya kawan.

"Ruginya, kamu berdua sepadan. Comel saja, auntie tengok."

"Erm, mungkin satu hari nanti auntie." kata Jimin pula sambil tersenyum.

"Okeylah auntie, Rina balik dulu dengan Jimin. Jumpa appointment dia akan datang." ucap Rina.

"Balik dulu, auntie." ucap Jimin sambil menarik pinggang Rina keluar dari klinik veterinar.

"Hari itu kau mengaku yang aku ini boyfriend kau, ini tiba taknak mengaku pula. Malu ke?" perli Jimin.

"Nope, buat apa nak malu kalau kau itu boyfriend aku." jawab Rina pula sambil memegang tali pemegang Sheltie.

"Kau tak jawab lagi pertanyaan aku hari itu."

"Tanya apa?"

"Kalau aku boleh buat kau jatuh cinta dengan aku, kau terima aku tak?"

Pertanyaan Jimin membuatkan Rina tersenyum suka, lalu Rina hanya memeluk lengan Jimin sambil matanya melirik kearah Sheltie yang berada di hadapannya.

"Kan aku dah cakap, aku akan terima siapa yang betul betul buat aku jatuh cinta dengan dia."

"Tapi kalau Jungkook dan Taehyung pun cuba nak tackle kau? Macam mana?"

"Terpulang pada aku, pilihan aku, kan?"

"Kau ada tak suka dengan aku?"

Rina tersenyum suka akan pertanyaan Jimin, Rina merasakan soalan itu sangat comel apabila Jimin yang bertanya.

"Jujur kata, kau seorang yang soft spoken, lembut dan penyayang. Siapa saja tak suka?"

"Jadi kau sukakan aku?" soal Jimin lagi.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now