Chapter 41 : Adik?

38 3 1
                                    

"Auntie cari Rina ke? Dia ada class, kalau nak Jimin boleh pergi panggilkan."

"It's okey, Jimin."

Masing masing hanya mendiamkan diri, segan nak berbual dengan Ms.Kim. Dia nampak seperti seorang yang elegant dan berkarisma. Mata dan hidung Ms.Kim, serupa dengan Rina. Memang cantik orang kacukan Rusia ini.

"Kamu semua ini kawan Rina juga ke?"

"Erm, ye puan. Kami ini semua kawan satu kelab dengan dia." jawab Namjoon.

"Tak perlulah panggil puan, panggil auntie saja. Jadi kamu semua inilah yang rapat dengan Rina di University ini? Terima kasih ye sebab tengok tengokkan Rina."

"Tak ada apalah auntie, kami semua dah anggap Rina itu macam adik kami sendiri. Dia pun baik budaknya, cuma nakal sikit. Biasalah." seloroh Jin.

"Auntie datang sorang saja ke?" soal Jimin.

"Auntie datang sorang saja. Tujuan auntie datang sini sebab nak berjumpa dengan kamu, Jimin."

"Saya? Kenapa auntie?" soal Jimin lagi.

"Boleh kita berbual secara personal?"

^^^^^

"Kim Taehyung, jangan sibuk boleh tak?"

Bebelan Namjoon hanya diabaikan oleh Taehyung, dia tetap menyorok di belakang dinding berdekatan dengan sudut Jimin dan Ms.Kim berbual. Dia mahu tahu apa yang dibualkan oleh mereka, nampak macam serious saja.

"Wey, best ke ceritanya? Aku nak dengar juga."

Jin dan Namjoon mengeluh dengan tingkah laku Hoseok yang berjalan kearah Taehyung. Kedua dua mereka cuba untuk mendengarkan perbualan Jimin dan Ms.Kim.

^^^^^

"Kenapa auntie nak jumpa saya?"

"Auntie nak kamu tinggalkan Rina."

Hilang senyuman diwajah Jimin setelah mendengarkan permintaan Ms.Kim. Tinggalkan Rina? Dia salah dengar or auntie Kim salah cakap?

"Tinggalkan Rina auntie? Apa maksud auntie?"

"Kamu berdua tak boleh bersama."

"Tapi kenapa auntie?"

"Kamu berdua adik beradik. Tapi lain ibu."

Berkerut dahi Jimin mendengarkan jawapan Ms.Kim. Adik beradik? Lain ibu? Apa ini? Dadanya mula naik turun apabila mendengarkan luahan Ms.Kim.

"Maksud auntie, Rina itu adik saya? Tak mungkin..."

Keluhan dilepaskan oleh Ms.Kim, dia sudah agak yang Jimin takkan percaya padanya. Matanya menatap wajah Jimin yang berkerut kepadanya, nafas ditarik untuk tenang.

"Ayah kamu tak ada cerita apa apa tentang mama kamu dulu?"

"Kenapa babitkan mama saya? Mama saya dah lama meninggal. Dari saya lahir lagi." luah Jimin.

"Semua ini takkan jadi kalau bukan sebab mama kamu dan suami auntie berhubungan dulu."

"Auntie nak cakap yang mama saya curang? Dia berhubungan dengan encik Kim? Suami auntie?"

"Jimin, tolong dengar dulu. Baru buat kesimpulan."

Jimin melirik kearah tingkap, hatinya berasa sakit apabila Ms.Kim cuba mengatakan ibu dia seperti perempuan yang jahat. Dia kenal ibunya, walaupun dia tak sempat jumpa ibunya, tapi dia tahu ibunya orang yang baik.

"5 tahun auntie kawin dengan papa Rina itu tak dapat anak, ramai mengatakan auntie ini mandul, sampaikan auntie rasa nak bunuh diri. Iyalah, Kim Jongmin itu orang yang ternama di Korea, dapat pula isteri kacukan Rusia tapi tak boleh berinya anak."

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now