Chapter 23 : Deals

48 5 5
                                    

"Makcik Lim, saya pergi University dulu!"

"Okey, Rina!"

Rina tersenyum mendengar sahutan Makcik Lim dari dapur, kakinya diteruskan ke pintu utama, namun kakinya tiba tiba berasa berat apabila melihat Sheltie yang dengan manja baring di atas kakinya.

"Sheltie, duduk rumah elok elok ye sayang?" pesan Rina sambil membelai bulu Sheltie.

"Be a good girl in my house, okey?"

Pesanan Rina pada Sheltie mendapat salakan yang kuat, ia membuatkan Rina tersenyum melihatnya. Rina segera menutup pintu utamanya untuk tidak mahu Sheltie berlari keluar mendapatkannya.

"Hey."

"Taehyung?"

Terkejut Rina apabila melihat Taehyung yang sedang bersandar di motornya.

"Dah nak pergi University ke?" soal Taehyung sambil menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket jacketnya.

"Erk, ye. Aku baru nak gerak ke University. Kau buat apa datang sini?"

Rina dengan bersahaja berjalan kearah motor Taehyung yang parking di sebelah motornya.

"Kita ride sama sama ke University?"

Rina tersenyum kecil mendengar ajakan Taehyung, dari mula lagi Rina dapat agak. Takkan Taehyung datang ke rumahnya pagi pagi begini untuk melepak pula, lebih lebih hari ini adalah hari isnin.

"Boleh saja. By the way, kau dah lama sampai ke?"

"Adalah dalam 15 minit aku kat sini."

Taehyung hanya memerhati tingkah laku Rina yang mula menunggang superbike nya sambil menyarungkan helmet di kepalanya.

"Kenapa tak cakap kau nak datang ajak pergi sekali?"

"Nanti kalau aku cakap aku nak datang, tak tentu kau bagi."

"Aku taklah jahat sangat sampai macam itu, sekurang kurangnya aku tak adalah rasa serba salah sebab kau tunggu aku, even aku tak suruh."

"So, lepas ini kalau aku nak datang rumah kau kena bagitahu dululah?"

"Duh! Of course lah, kalau kau bagitahu awal awal tadi. Aku boleh ajak kau break first kat dalam, makcik Lim selalu buatkan aku break first. Kau dah sarapan belum?" soal Rina sambil menghidupkan superbike nya.

"Belum lagi, nak break first sekali dengan kau." kata Taehyung sambil menghidupkan motornya juga.

"Tak apa, nanti kita break first sekalilah kat cafe. By the way, kau tukar color rim ke?" soal Rina sambil melirik kearah rim motor Taehyung.

"Ouh, ha ah. Hari itu rim aku color gold, aku tukar color hitam. Saja nak match dengan kau." jawab Taehyung sambil tersengeh.

"Mengada, apa apalah. Jomlah, gerak."

Taehyung tersenyum dengan perlian Rina dengan segera Taehyung memulas pedal dan mengikuti Rina dari belakang.

^^^^^

"Hey, Jimin."

"Hey, Rina. Taehyung pun ada sekali? Korang datang sama sama ke?" soal Jimin apabila Rina dan Taehyung melabuhkan punggung di hadapannya.

"Dia datang rumah aku pagi tadi, dia nak ride sekali ke University." jawab Rina dengan tenang.

"Awal kau sampai?" soal Taehyung.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now