Chapter 25 : Study Group

35 4 0
                                    

Rina menyandarkan dirinya sambil mengeluh panjang akan nota yang berada di laptopnya, pening juga nak baca nota yang diberikan oleh pensyarahnya, lebih baik baca nota melalui google, lebih sikit dan mudah faham.

"Rina, aku nak gerak dulu."

Rina melirik kearah Hongjong yang sedang berjalan kearahnya, terbit senyuman diwajahnya apabila melihat Hongjong yang agak kelam kabut.

"Cepatnya? Awal lagi, taknak break first dulu ke?"

"Tak sempat, producer aku tiba tiba minta aku datang awal." jawab Hongjong sambil melipatkan baju di pergelangan tangannya.

"Erm, tak dapatlah break first sekali."

"Sorry, Rina."

"It's okey, aku faham. Aku dah minta makcik Lim sediakan bekal untuk kau, nanti ambillah sebelum pergi kerja."

"Thank you, Rina."

Rina tersenyum apabila dahinya dikucup oleh Hongjong, walaupun Hongjong ini sedikit tegas dan suka memerlinya kadang kala, tapi dia seorang yang sangat penyayang. Rina tahu yang dirinya umpama adik kesayangan dimata Hongjong, lebih lebih lagi dari kecil lagi membesar dengan Hongjong.

"Aku minta maaf, after this aku susah sikit nak lepak rumah kau. Aku busy." luah Hongjong.

"Ala, tak apalah. Aku pun bukan selalu kat rumah, nanti kalau aku bosan, aku lepak kat tempat kerja kau. Boss kau pun okey dengan aku."

"Alright, apa apa call saja aku okey?"

"Okey!"

Pemergian Hongjong hanya ditemani lirikan mata dari Rina sahaja, punggung terus dilabuhkan di kerusi belajarnya, jarinya mula memasang lagu dan bersandarkan dirinya.

"I'm leave the door open..."

Lamunan Rina terhenti apabila mendengarkan suara yang bergema di biliknya, matanya terus terjaga dan memandang kearah sekelilingnya.

"Korang buat apa datang?" soal Rina dengan perasaan terkejut akan kedatangan ahli kelabnya.

"Awalnya kau study?" soal Taehyung.

"Kau dah break first belum?" soal Jungkook.

"Rasanya tadi makcik Lim kata, kau tak break first lagi." kata Hoseok pula.

Berkerut dahi Rina apabila mendengarkan pertanyaan rakan rakannya. Tak, sekarang ini macam mana mereka semua ini ada kat sini? Kenapa mereka ada kat sini?

"Jomlah break first, aku laparlah." ajak Suga pula.

"Eh, asal korang ke sini?" soal Rina dengan perasaan tak puas hati.

"Break first jom!" ajak Jimin pula sambil menarik tangannya.

"Korang tak jawab lagi pertanya..."

"Nantilah, jomlah makan!" ajak Jin pula sambil memeluk bahu Jungkook untuk turun.

^^^^^

"Sedap omelet makcik Lim buat ini, dia tambah gula. Manis." luah Namjoon.

"Eh, macam mana kau tahu ada gula?" soal Jin.

"Kau reti masak ke? Setahu aku, kau tak reti masak." perli Suga kepada Namjoon.

"Hello, isteri aku pandai masak okey? So, aku selalu nampak dia kalau masak omelet mesti letak gula nak bagi sedap." jawab Namjoon.

"Omelet ini memang ada letak gula sikit, nak bagi terasa. Kalau kosong saja, apa rasa?" kata Jungkook pula.

"Kenapa kau tak makan, Rina?" soal Taehyung apabila melihat Rina tidak menyentuh makanannya.

"Korang tak jawab lagi pertanyaan aku, korang buat apa datang rumah aku pagi pagi macam ini?" soal Rina.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now