Chapter 63 : Dating Ke?

27 3 0
                                    

"Mama?"

"Amboi, berdating dalam bedroom ke?"

Usikan Puan Kim membuatkan mereka malu, Jimin dengan selamba menarik pinggang Rina, dipeluk Rina dengan manja sambil kepala dilentokkan di kepala Rina.

"Saja nak bermanja dengan girlfriend, mama. Tadi temankan Rina tidur, kita orang baru saja habis exam hari ini." luah Jimin.

"Ouh, ye ke? Mama ganggu waktu tidur koranglah ini?"

"Tak adalah, mama baru sampai ke?"

Hairan Rina dengan perbualan ibunya dan Jimin. Ibunya seperti tidak kisah sahaja mereka berduaan dalam bilik. Selalunya ibunya akan marah jika dia berduaan dengan lelaki begini dalam bilik tidur pula itu.

"Mama baru lagi sampai, dekat bawah tak ada orang. Itu yang mama naik atas, tak sangka mama ganggu korang. Tak apalah, mama tunggu dekat bawah dulu ye?"

"Alright, mama." jawab Jimin.

"Sebelum turun, tukar baju, pakai t-shirt ye, Rina."

Berkerut dahi Rina mendengarkan kata kata ibunya, dilirikkan matanya kearah bahunya, terbeliak matanya apabila melihat kesan merah di bahunya. Dahlah dia hanya memakai singlet sahaja.

"Jimin!"

Jimin sekadar tersenyum nakal apabila Rina memukulnya dengan bantal. Ditarik lengan Rina dan dipeluknya dengan erat. Sesekali dia mencium pipi Rina kerana geram akan kecomelannya.

"Yah! Stop it! Nanti mama tahulah!"

"Ala, mama dah tahu dah baby."

"You ini kan! Bila you buat ini, hah!" bebel Rina.

"Siapa suruh you cute sangat, i geram so i gigitlah bahu you."

"Yaish! Dahlah tepi! I nak turun!"

"Ala, baby..."

"Tepi!"

Dengan cepat Rina ke almarinya, disarungkan t-shirt di badan. Kakinya melangkah keluar dari bilik, ruang tamu dituju untuk berjumpa dengan ibubapanya.

"Rie!"

"Papa..."

Dengan penuh kerinduan Rina memeluk bapanya, matanya melirik kearah ibunya yang tersenyum kearahnya. Sesekali rambutnya dielus manja oleh bapanya.

"Bila papa balik? Bukan papa dengan mama dekat Tokyo?"

"Papa sebenarnya baru balik, ini pun kami dari airport." luah Encik Kim.

"Kenapa tak bagitahu Rie, kalau tak Rie pergi ambil papa dengan mama." kata Rina pula.

"I dah offer dekat papa dengan mama nak ambil, tapi mama yang taknak."

"Eh, Jimin pun ada dekat sini?"

Pertanyaan Encik Kim membuatkan Rina terdiam, kenapalah time ini juga Jimin nak muncul. Apa dia nak jawab dengan bapanya?

"Jimin stay sini dengan Rina, dia temankan Rina." luah Puan Kim.

"Ouh, ye ke? Macam mana tadi exam? Susah ke senang Jimin?" soal Encik Kim.

"Bolehlah, papa. Soalan dia tadi pun not bad, tapi pening kepala sikit."

Perbualan antara bapanya dan Jimin membuatkan Rina hairan. Mereka nampak rapat. Sebelum ini di Busan, mereka tak adalah serapat ini. Bapanya dengan selamba menepuk bahu Jimin sambil tersenyum.

"Rumah ini memang kamu duduk berdua saja ke?" soal Encik Kim.

"Taklah, papa. Rina duduk sorang saja, tapi ada maid." jawab Rina.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now