Chapter 12 : Their All So Funny

53 6 5
                                    

Orange Bowling

"Yes! 9 pin sekali jatuh!"

"Eleh, itu pun sebab nasib baik saja itu." perli Taehyung pada Rina.

"Kau itu yang baling masuk ke dalam longkang tadi." usik Jimin.

"Kalau kau tak kacau aku tadi, aku dah strike, okey!"

Rina dan Jimin hanya tergelak mendengar bebelan Taehyung. Mereka tahu yang Taehyung memerli Jimin yang tadinya menganggunya ketika membaling bola.

"Kita pergi makan, jom? Dah lebih lunch hour ini." ajak Taehyung.

"Eleh, merajuklah itu sebab kalah." usik Rina.

"Tak! Mana ada! Aku laparlah." bebel Taehyung.

"Kata sajalah kau itu jealous sebab Rina dapat kalahkan kau." usik Jimin pula.

"Apa apalah, cepatlah! Tadi kata, siapa kalah kena belanja makan. Jomlah! Nanti aku ubah fikiran baru tahu!" ugut Taehyung.

"Yah! Kim Taehyung! Tunggulah woi!" panggil Jimin sambil menarik tangan Rina untuk mengikuti Taehyung.

^^^^^

"Wah, banyaknya kau order Taehyung. Kita makan bertiga saja kot."

Taehyung tersenyum bangga akan kata kata Rina yang terkesima melihat makanan yang penuh di atas meja makan.

"Disebabkan kau punya mood tengah tak berapa okey, aku belanja lebih sikit. Lagipun, perempuan ini kalau stress suka makan banyak, kan?" kata Taehyung.

"Apa apalah, bukan duit aku yang keluar." jawab Rina.

Mereka memandang kearah wajah Rina yang dengan selamba sahaja makan tanpa mempelawa mereka untuk makan.

"Kalau ye pun, makanlah slow slow Rina."

Rina tersentak akan tingkah laku Jimin yang mengelap bibirnya yang comot dengan tisu. Dengan segera Rina mengambil tisu yang ada di tangan Jimin untuk mengelap bibirnya.

"So, sedap tak?" soal Taehyung.

"Orang belanja bro, mestilah sedap."

Jawapan Rina membuatkan Jimin dan Taehyung tersenyum suka. Rina memang seorang yang selamba sahaja, itulah salah satu sebab mereka sangat selesa dengannya.

"Yang korang tengok aku makan dah kenapa? Ingat aku budak kecil nak kena jaga aku tengah makan, macam itu?"

Perlian Rina membuatkan Jimin dan Taehyung tersengeh, terasa serba salah pula Rina apabila dirinya diperhatikan ketika makan.

"Nak makanlah ini, tengok kau makan buat aku happy pula." seloroh Jimin.

"Hey, mengayat pula kau depan aku." perli Taehyung.

"Korang ini aku pelik betul, mesti dalam class korang ini bising kan? Bebel saja." perli Rina pula.

"Tak juga, dalam class kita orang okey saja. Cuma dia ini kuat bebel." jawab Taehyung.

"Yah! Kau itu yang banyak soal aku bab kira kira." perli Jimin.

"Pening kepala aku layan kerenah korang berdua, tahu tak? Nasib baik korang ini handsome saja."

Taehyung dan Jimin mula terdiam sejenak dengan pujian Rina sambil tersenyum sendiri. Jarang Rina untuk memuji mereka, selalunya mereka akan mendengar kata kata kasar dari Rina.

"By the way, asal kau tadi?" soal Taehyung.

"Aku benganglah dengan perempuan itu." jawab Rina.

"Siapa? Youmi? Dia kacau kau lagi ke?" soal Jimin.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now