Chapter 46 : Smile Rina

34 3 0
                                    

"Morning."

Rina hanya mengukirkan senyuman akan ucapan Jungkook kepadanya, dituang secawan milo panas dan ditolakkan kearah Jungkook.

"Morning, Jungkook. For you."

"Mana yang lain?" soal Jungkook sambil menghirup milo panas yang diberikan oleh Rina.

"Hong baru saja keluar, dia pergi jumpa kawan dia."

"Woo pulak?"

"Dia break first dengan girlfriend dia."

"Ouh, Woo dah ada girlfriend?" soal Jungkook.

"4 tahun dia duduk sini, takkanlah tak ada girlfriend. By the way, aku masak roti telur saja. Woo tak beli lagi barang dapur."

"Ouh, aku boleh saja makan apa apa."

Jungkook melirik kearah sepinggan yang mempunyai dua keping roti bersalut telur ditolak oleh Rina kepadanya. Dimakan dengan berselera sekali, wajah ditoleh kearah Rina yang duduk bersebelahan dengannya.

"Kau dah makan, Rina?"

"Dah tadi, dengan Hong."

"Erk, kenapa kau pandang aku makan?"

"Aku nak temankan kau makan, nanti kau sorang sorang pula dekat sini."

Jungkook tersenyum sendiri mendengarkan kata kata Rina kepadanya. Caring juga Rina ini, aduh ini yang makin suka ini.

Teringat pula semalam, dia menunggu Rina balik. Jam sudah menunjukkan 11 malam, tapi Rina dan Woo Young masih tak pulang. Hongjong awal lagi sudah lena di bilik atas setelah selesai menyiapkan kerjanya.

"Lamanya dorang keluar..."

Sedang Jungkook melayan television, tiba tiba bunyi kereta di hadapan rumah. Dengan cepat Jungkook baring, dipejamkan matanya. Kedengaran pintu dibuka.

"Eh, itu Jungkook. Kenapa dia tidur dekat sofa? Bukan ke aku dah bagi dia bilik?" soal Woo Young.

"Dia tertidur kot, tengoklah itu television pun tak tutup. Tak apalah, biar aku kejut Jungkook." bebel Rina.

"Tak apa ke?"

"Sokay, aku dah biasa kejut dia. Dia dalam kelas pun suka tidur."

"Alright, aku naik dulu tau."

"Okey."

Mata dicelik sedikit untuk melihat tingkah laku mereka, Jungkook mengetap bibirnya apabila melihat Woo Young yang mengucup dahi Rina. Amboi, mesra betul mereka ini. Dengan cepat dia berpura pura tidur apabila Rina datang kearahnya.

"Jungkook..."

Alahai, dia usap usap saja pipi aku? Ini bukan lagi kejut aku bangun, ini lagi buat aku lena adalah.

"Jungkook, bangun..."

Nak bangun ke tak eh? Lembutnya tangan Rina ini, rasa macam taknak bangun pula. Lagi sedap diusap usap gini. Tapi kesian pula pada Rina.

"Jungkook, bangun..."

"Huh? Rina?"

Sengaja Jungkook berpura pura menguap di hadapan Rina, wajah ditoleh kearah Rina, bibirnya mengukir senyuman apabila Rina mencuit hidungnya.

"Apahal tidur sini? Bilik dah bagi pun nak juga tidur dekat luar." bebel Rina.

"Aku tunggu kau."

"Kan aku dah kata tadi..."

"Tahu, sorry."

Rina mengeluh kecil dengan ucapan Jungkook kepadanya. Ada masa Jungkook ini tidak ubah seperti Jimin. Tapi Jimin lebih mengada berbanding Jungkook.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now