"Apa aku nak makan, eh?"
Rina membebel seorang diri sambil berjalan masuk ke dalam shopping mall. Matanya melirik kearah sekelilingnya untuk mencari restoran, namun tiada yang diminatinya. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar jeannya untuk melihat menu restoran yang ada di shopping mall itu
"Aduh!"
Rina melirik kearah tangan yang berada di pinggangnya yang sempat orang yang melanggarnya sambut.
"Rina?"
"Taehyung?"
Terkejut Rina apabila orang yang melanggarnya adalah Taehyung.
"Sorry langgar kau, aku tak perasan." kata Taehyung sambil melepaskan tangannya dari Rina.
"It's okey."
"Kau buat apa datang sini? Shopping?" soal Taehyung sambil matanya melirik kearah sekelilingnya.
"Tak adalah, aku saja nak pusing pusing naik motor aku. Tiba tiba motor aku break down dekat traffic light. Nasib baik dekat dengan ada satu bengkel. Aku hantar motor aku kat bengkel."
"So, kau datang sini naik apa?"
"Tempat bengkel itu dengan shopping mall ini tak jauh, aku jalan kaki saja. Adalah dalam 300 meter."
"Letih juga berjalan kalau macam itu, ini kau baru sampailah? Nak minum tak? Aku pergi belikan."
"Eh, tak apa. Tadi aku baru lepas minum, aku beli air dekat gerai depan itu. Kau datang sorang saja ke?" soal Rina.
"Tak, aku..."
"Taehyung?"
Rina dan Taehyung segera memandang kearah empunya suara. Suara itu datang dari seorang wanita tua yang berada di belakang Taehyung.
"Siapa ini Taehyung?"
"Mama, kenalkan ini Rina. Girlfriend Taehyung."
Terbeliak mata Rina apabila mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh Taehyung pada Ms.Kim, dengan sengaja Taehyung melingkarkan tangannya di pinggang Rina di hadapan ibunya.
"Girlfriend kamu Taehyung? Cantiknya..." puji Ms.Kim iaitu ibu pada Taehyung.
"Hah? Erk, saya... Bukan..."
"Kakaklah yang abang ada post dalam instagram hari itu, kan? Kakak lagi cantik bila tengok depan depanlah." puji seorang gadis yang berdiri di sebelah Ms.Kim.
"Inilah adik i, Kim Yaerin."
Rina menoleh kearah wajah Yaerin yang berada di hadapannya dengan senyuman.
"Yaerin pun cantik."
Sejujurnya Yaerin memang cantik, dia mempunyai wajah yang comel namun kelihatan matang. Matanya serupa Taehyung, iaitu berwarna coklat gelap. Wajah mereka pun lebih kurang, namun wajah Yaerin lebih ceria berbanding Taehyung yang mempunyai lirikan mata yang sedikit garang.
"Rina buat apa kat sini? Shopping ke?" soal Ms.Kim.
"Saya saja nak jalan jalan, bosan duduk rumah." jawab Rina dengan sopan.
"Kalau macam itu, jomlah jalan jalan sekali? Kita orang pun baru saja sampai." ajak Yaerin dengan ceria.
"Erk, tapi saya..."
"Jomlah, sweetheart. You pun baru sampai, kan?"
Rina menyumpah di dalam hatinya apabila Taehyung masih memeluk pinggangnya di hadapan Ms.Kim. Sejak bila entah Rina jadi girlfriend Taehyung.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...