Chapter 58 : Second Chance

23 5 0
                                    

Mata dicelik dengan perlahan, mulut ditutup apabila menguap. Dilihat Jimin yang sedang lena di sebelahnya, selimut di badannya membuatkan dia pelik, bila dia berselimut?

Jimin tidur hanya berlapikkan tangan sambil memandang kearahnya. Dilirikkan kearah tingkap, gelapnya! Dah pukul berapa ini? Dengan cepat dia melirik kearah telefon bimbitnya, jam telah menunjukkan 7.30 malam.

"Assignment aku!"

Dengan pantas dia menarik laptopnya yang sudah tertutup. Aik? Siapa pula yang tutup laptopnya? Tidak sempat dia ingin membuka button start, ada sekeping fail di atas laptopnya. Dibuka fail itu.

"Assignment aku dah siap? Tapi aku..."

Dengan berhati hati dia membuka laptopnya, dibuka microsoft word di tempat kerjanya tadi. Dia kagum dengan isinya, semuanya sudah siap. Rumusan dia pun telah disiapkan. Sehinggakan sudah print dan dimasukkan dalam fail lagi.

Tak lain tak bukan, siapa lagi yang buatkan assignment nya. Ini pasti kerja Jimin. Pandai juga Jimin buat assignment nya. Dipandang wajah Jimin yang lena ketiduran akibat letih menyiapkan assignment nya. Disentuh rambut Jimin dengan perlahan.

"I benci you."

Keluhan dilepaskan, selimut yang ada pada badannya diambil, diselimutkan pada Jimin pula. Dia kembali tutup laptopnya, aircond biliknya juga diturunkan suhunya supaya tidak terlalu sejuk. Dia pun masuk ke bilik air untuk mandi.

^^^^^

"Rina? Sayang? Baby..."

Dengan mata yang masih mengantuk dia menuruni tangga. Dia ingin mencari Rina. Dilihat Fiona dan Yaerin sedang bergelak ketawa di ruang tamu sambil menonton television. Kakinya pantas berjalan ke dapur.

"Rina..."

"Duduklah dulu, minum air milo i buatkan."

Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Rina. Dihirup air milo panas yang dibuat oleh Rina. Matanya masih setia kearah Rina, dia seperti mengambil berat tentang dirinya.

"Lepas minum ini, i hantar you balik."

"Sini tak ada bilik kosong ke untuk i?" soal Jimin.

"Tak ada."

"Ala, you ini..."

"No."

"Erm, tak apalah. Lepas minum air milo ini, i baliklah."

"Biar i hantar."

"It's okey sayang, i datang naik kereta. I boleh drive balik."

"You masih mengantuk."

"Tak adalah, lepas minum air milo you buat ini cerah terus mata i."

"Suka hati youlah."

Jimin mengeluh kecil apabila melihat Rina yang pergi meninggalkannya. Jawab salah, tak jawab pun salah. Bukan senang ye nak ambil hati Rina ini.

^^^^^

Badan direbahkan di atas katil, sakit juga tidur sambil letak kepala atas meja ini. Tapi nasib baik tidur sambil pandang wajah cantik Rina, tak adalah sakit sangat.

Bila difikirkan balik, dia mengeluh dengan tingkah laku Rina terhadapnya. Nampaknya Rina masih marah padanya, macam mana dia nak lembutkan hati Rina? Tadi nak balik pun, Rina tidak mahu langsung melihatnya. Hanya Fiona dan Yaerin sahaja yang melihatnya pulang.

Ting!

Diambil telefon bimbitnya, dibuka notification yang masuk.

Fiona
Abang Jimin dah sampai rumah belum?

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now