Chapter 61 : You Benci I?

20 3 0
                                    

Rina berasa lega setelah cuci mukanya, dilap wajahnya dengan lembut. Kakinya berjalan keluar dari bilik mandinya, dilihat Jimin masih setia berdiri di sebelah pintu bilik mandinya. Punggung dilabuhkan di atas katil.

"I turun sekejap ye, ambilkan botol air minuman untuk you."

Tidak sempat Rina mahu jawab, Jimin terlebih dahulu keluar dari biliknya. Rina termenung sendiri, seharian Jimin telah menjaganya, makan minumnya semua Jimin yang sediakan. Makan malam yang dimasak oleh Jimin tadi pun, cukup membuatkan dia berselera.

Tapi dia pelik, kenapa Jimin tidak memaksanya makan ubat? Ke, dia tak perlu makan ubat lagi? Tapi rasanya demam dia masih tak kebah lagi.

"Hai, sorry lambat. I pergi ambil handphone i dalam bilik sebelah."

Rina sekadar memandang kearah tingkah laku Jimin, hatinya mula rasa tidak tenang apabila melihat Jimin yang mula duduk di lantai. Takkanlah Jimin nak tidur atas lantai lagi?

"Rumah i ini banyak lagi bilik, pergilah tidur dalam bilik."

"It's okey, i rasa better tidur sini nanti kalau apa apa jadi dekat you, i ada."

Mengeluh Rina mendengarkan jawapan Jimin, kalau iya pun nak tidur sini, tidurlah tempat yang elok. Dahlah tak ada selimut, bantal pun seketul saja dibawa oleh Jimin dari bilik sebelah.

"I tutup lampu tau, you baringlah tidur."

Dengar saja kata kata Jimin, Rina terus merebahkan dirinya di atas katil. Bilik pun gelap, dapat dia dengar Jimin sedang duduk sambil bersandar di bucu katilnya. Khusyuk sekali Jimin melayan telefon bimbitnya.

"You taknak tidur ke?"

"I tak rasa mengantuk lagi, you tidurlah dulu. Banyakkan rehat, ubat demam yang you makan tadi agak kuat sikit. Cepat mengantuk." jawab Jimin.

"Bila i ada makan ubat?" soal Rina dengan kehairanan.

"Disebabkan you tak boleh telan ubat, i pecahkan ubat itu and then i letakkan ubat itu dalam air susu yang i buat itu. Ada rasa pahit tak air susu yang i buat untuk you tadi?"

"Tak ada."

"Bagus, itu saja cara untuk buat you makan ubat."

Sekali lagi Rina terdiam, dia tak tahu kenapa. Dia seperti mahu berbual dengan Jimin lagi, tapi dia tak tahu nak borak apa. Matanya sekadar melirik kearah cahaya telefon bimbit yang terkena wajah Jimin.

"Kenapa you tak tidur lagi?" soal Jimin sambil memandang kearah wajah Rina.

"Cahaya handphone you."

"Ouh, I'm sorry. I slowkan brightness handphone i, ye."

Ikutkan Jimin betul betul bersandar di sebelah bucu katil Rina, jadi dengan senang dia boleh lihat Rina. Sedang Jimin menaip sesuatu di telefon bimbitnya, lengannya disentuh oleh Rina. Matanya terus tertumpu kearah Rina.

"Temankan i, i tak boleh tidur."

Dengarkan saja permintaan Rina, Jimin terus mematikan telefon bimbitnya. Lampu di meja sebelah katil dibuka, wajah Rina ditatap dengan kerisauan.

"You nak i buat apa? Buatkan you susu suam? Atau you nak i temankan you tengok TV?"

"Sembang dengan i." jawab Rina.

"Sembang dengan you? You nak kita berbual?"

Rina sekadar menganggukkan kepalanya akan pertanyaan Jimin, tidak sempat Jimin ingin mulakan perbualan mereka. Rina sekali lagi menarik lengannya, Jimin sekadar memandang kearah wajah Rina dengan kehairanan.

"Baring sebelah i, please."

Mendengarkan permintaan Rina, terkejut Jimin dibuatnya. Biar betul ini? Dia tak salah dengarkan? Ke demam Rina naik balik ini? Tangannya menyentuh dahi Rina yang sedikit panas.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now