Tangan diliarkan di sebelah kanannya sambil matanya mula celik dengan sedikit untuk mencari kelibat yang dicarinya. Mata dilirikkan kearah bilik mandinya, namun pintu bilik mandinya terbuka luas bermakna tiada orang.
"Mana Rina?"
Sedang Taehyung membebel seorang diri, tiba tiba hidungnya mencium aroma makanan yang membuatkannya lapar. Dengan cepat kakinya berjalan ke dapurnya, dia mengetap bibir apabila melihat seseorang sedang memasak di dapurnya.
"Morning, sweetheart. Sedapnya bau! Laparlah..."
Taehyung tersenyum apabila tingkah lakunya tidak ditolak oleh Rina. Sengaja dia memeluk Rina dari belakang, namun tidak diendahkan. Dicium bau wangian Rina yang berbau sabun di bilik mandinya, amboi wanginya!
"Kau pergi mandi sekarang, dahlah busuk."
"Ala, busuk busuk aku ini pun. Semalam puas kau peluk and cium aku lagi. Leher aku ini, nasib baik tak ada lovebite. Suka betul kau kiss aku semalam." usik Taehyung.
"Kau bernasib baik sebab aku bangun dengan keadaan aku pakai hoodie yang kau bagi semalam, kalau tak memang aku potong kau punya itu."
Ugutan Rina membuatkan Taehyung tersenyum nakal, walaupun Rina sedang serious dengannya, namun Taehyung tetap merasakan ugutan Rina itu tak menakutkan.
Dengan sengaja Taehyung lebih mengeratkan pelukan sambil mengucup manja pipi Rina ketika Rina sedang mengacau nasi goreng yang berada di kuali.
"Kalau kau potong aku punya, nanti macam mana kita nak dapat anak, sweetheart?"
"Kau pergi mandi sekarang!"
Dengan cepat dia lari dari Rina yang sudah mula ingin memarahinya, pastinya Rina geram akan dirinya. Dahlah tak mandi, gigi tak bergosok, dengan selamba sahaja mahu memeluk dan menciumnya. Rina paling tak suka kalau orang tidak menjaga kebersihan, kelakuan Taehyung tadinya itu sungguh menguji kesabarannya.
Setelah beberapa minit, nasi goreng telah siap dimasak. Nasi diletakkan di dalam pinggan, meja telah disediakan oleh Rina sambil menuangkan jus oren ke dalam dua gelas.
"Kau berdiri apa kat situ, sini makan."
Dengar saja ajakan Rina, terus kaki Taehyung berjalan kearahnya dan duduk berhadapan dengan Rina. Matanya melirik kearah wajah Rina sambil mulutnya mengunyah makanan.
"Semalam kau mabuk teruk sangat, so aku tak hantar kau kat rumah kau. Aku..."
"Kita buat apa saja semalam?"
Terdiam Taehyung mendengarkan pertanyaan Rina padanya. Takkanlah Rina tak ingat akan apa yang terjadi antara mereka semalam?
"Kau tak ingat ke?" soal Taehyung.
"Aku mabuk semalam, so aku just ingat half half. So, what's happen last night?"
"Erm, we make love."
"Lie, tell me the truth Kim Taehyung. Aku dah check badan aku, nothing change."
^^^^^
Chup!
Terbeliak mata Taehyung apabila bibirnya bersentuhan dengan Rina, Taehyung dengan cepat cuba untuk bangun dan cuba meleraikan pelukan Rina di lehernya.
"Erm, Rina. Kau... Erm..."
Taehyung cuba meleraikan tangan Rina dari lehernya, namun lebih erat lehernya dipeluk oleh Rina. Semakin lama, Taehyung semakin terbuai, bibirnya mula membalas.
Tangan kirinya mula menarik selimut yang membaluti Rina, badannya mula menindih Rina, tangan kirinya mula membelai leher Rina sambil tangan kanannya menutup lampu di mejanya.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...