Chapter 55 : Adik Rina

23 6 0
                                    

Hand break ditarik, keluhan dilepaskan. Dibuka pintu keretanya, dengan megah dia berjalan menuju ke pintu utama rumah Rina. Diketuk pintu itu dengan pemikirannya yang melayang kearah motor Rina yang berparking.

"Ye?"

Terkelu lidah Jungkook, amboi lawanya perempuan ini! Rambut pendek paras bahu, ber hoodie merah, seluar pendek berwarna hitam, wajahnya pun cantik. Suaranya jangan cakaplah, memang sedap saja didengar.

"Hello, cari siapa ye?"

"Ouh, sorry! I'm Jungkook, kawan Rina." sapa Jungkook dengan tersenyum manis.

"Ouh, kawan kak Rina. Saya Fiona, adik dia. Kakak baru saja keluar." sapa Fiona dengan ceria.

"You adik Rina?"

"Ye, saya adik kak Rina. Saya anak angkat keluarga Kim, ibu saya meninggal ketika lahirkan saya. Jadi keluarga Kim yang jaga saya dari kecil."

"Ouh, faham. Tapi muka korang ada iras."

"Kak Rina ada kacukan Rusia, saya kacukan London. Kalau ada iras itu, maybe iras macam orang luar. Bukan Korea." luah Fiona sambil tersenyum.

"Sayang, lamanya... Eh? Jungkook?"

"Taehyung? Kau buat apa dekat sini?"

Masing masing terkejut, paling mengejutkan apabila melihat Taehyung dengan selamba memeluk Fiona dari belakang. Siap melabuhkan kepala dibahu Fiona lagi.

"Aku dekat sini sebab girlfriend aku, kau itu datang sini buat apa?" soal Taehyung.

"Girlfriend? Fiona ini girlfriend kau?"

"Erm, she's my girlfriend. Right sayang?"

Tercengang Jungkook melihat Taehyung dengan selamba mengucup pipi Fiona di hadapannya. Fiona pula sekadar tersenyum malu sahaja. Aduh, melepas! Baru nak tackle adik Rina tadi.

"Aku tak nampak pula motor kau." bebel Jungkook sambil melirik kearah sekeliling untuk mencari kelibat motor Taehyung.

"Rina pinjam motor aku, motor dia tadi tiba tiba tak boleh start. Maybe lama sangat on, overheat lah. Kau datang sini nak jumpa Rina?" soal Taehyung.

"Dia suruh aku datang, minta tengok borang adik dia nak masuk University. Fiona lah kan?"

"Erm, Fie dapat sambung belajar dekat Daegu University." jawab Fiona.

"Wah, congratulations."

"Thank you! Erm, abang Jungkook marilah masuk dulu. Kakak dia pergi kedai sekejap, beli aiskrim. Nanti dia baliklah."

"Boleh juga."

Baru dia nak duduk, nampak pula seorang gadis yang sedang membaca sebuah novel. Khusyuk betul dia baca, wajahnya walaupun bahagian sisi saja yang nampak, tapi tetap cantik.

Siapa pula gadis itu? Memang keluarga Rina ini, lawa lawa ke? Boleh hilang warasnya begini. Tadi Fiona, kacukan London. Ini pula kacukan apa? Cantik betul!

"Asal kau berdiri? Taknak duduk?" soal Taehyung dengan kehairanan.

"Nak duduklah ini, saja nak betulkan pinggang." luah Jungkook sambil membetulkan pinggangnya.

"Hah! Akak dah balik!"

Masing masing melirik kearah Fiona yang berlari keluar mendapatkan Rina. Mata Jungkook masih terhadap gadis yang membaca novel bersebelahan dengan Fiona tadi.

"Ehem! Mata itu..." perli Taehyung.

"Itu siapa?" soal Jungkook tanpa rasa malu.

"Siapa apa?" soal Taehyung dengan sengaja walaupun dia tahu siapa yang dimaksudkan Jungkook.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now