Special Chapter 67 : Happy Ending

43 3 0
                                    

Jimin berlari di koridor kecemasan, nampak sahaja bayangan Jungkook, dengan cepat kakinya melangkah kearah itu. Bahu Jungkook disentuh sambil dirinya cuba ditenangkan.

"Macam mana isteri aku?"

"Dia masih dalam wad kecemasan."

Jimin hanya mendiamkan dirinya apabila mendengarkan jawapan Jungkook, pakaian Jungkook yang dipenuhi darah dipandang oleh Jimin dengan perasaan yang sangat risau. Pakaian Makcik Lim juga turut dipenuhi darah, hatinya mula risau akan keadaan isterinya.

"Ini semua darah Rina ke?" soal Jimin.

"Iya, darah banyak gila masa aku tengok dia terbaring dekat lantai. Aku tak fikir apa dah, aku terus dukung dia bawa hospital." luah Jungkook.

"Macam mana Rina boleh jatuh makcik?" soal Jimin.

"Lepas Jungkook keluar, Rina kata nak naik atas untuk berehat. Masa itu pun dia ada kata yang dia tengah mesej dengan kamu, dia kata tak payah masak, kamu nak ajak makan dekat luar. Makcik baru nak ke dapur, tiba tiba makcik dengar Rina jerit panggil makcik, bila makcik datang, Rina dah terbaring, darah pun mula mengalir, makcik terus panggil Jungkook."

"Ya tuhanku, sayang..."

"Sabar Jimin, semuanya akan baik baik saja." ucap Jungkook sambil memegang bahunya.

"Siapa suami Puan Park Rina?"

Masing masing melirik kearah seorang doktor yang berdiri tidak jauh dari mereka. Dengan cepat mereka pergi kearah doktor tersebut.

"Saya Park Jimin, suami Park Rina. Macam mana keadaan isteri saya?"

"Baiklah macam ini, isteri encik terpaksa melahirkan juga bayi itu hari ini."

"Tapi anggaran tarikh kelahiran 3 minggu lagi, doktor." luah Jimin.

"Saya tahu, tapi pendarahan Puan Rina terlalu banyak, kandungan pun dah jatuh, saya takut akan effect kepada nyawa anak dan isteri encik."

"Baiklah."

"Lagi satu, bayi berkeadaan melintang, jadi isteri encik tak boleh melahirkan bayi secara normal. Dia perlu melakukan czer."

"Apa itu, doktor?" soal Jungkook pula.

"Dilakukan secara operations."

"Selamat ke?" soal Jungkook lagi.

"Saya boleh jamin sebanyak 60 peratus selamat, cumanya Puan Rina kekurangan terlalu banyak darah. Jadi kami mungkin memerlukan darah yang sesuai. Ibu bapa Puan Rina ada?"

"Mereka berada di Hongkong, outstation. Boleh ke cuba dengan darah saya?" pinta Jimin.

"Kalau begitu kami perlu test DNA darah encik dulu, baru boleh kami tentukan."

"Saya tak kisah, asalkan isteri saya selamat."

"Kalau macam itu, mari encik masuk. Yang lain tunggu di luar ye."

^^^^^

"Sayang..."

Jimin merapati isterinya yang berada di atas katil wad, hanya bahagian wajah sahaja Jimin dapat lihat, bahagian dada sehingga ke bawah ditutup, hanya doktor dan nurse sahaja yang dapat melihatnya. Namun dia lega kerana doktor dan nurse yang ada semuanya perempuan.

Dielus pipi isterinya itu yang sedang menahan sakit, dahi isterinya dikucup berkali kali. Wajah isterinya ditatap dengan kerisauan.

"Abang, sakit..."

"Ye, abang faham. Semuanya akan baik baik, sayang."

"Abang jangan tinggalkan, sayang."

"Hey, jangan cakap macam itu. Abang sentiasa berada di samping sayang. Abang takkan sesekali tinggalkan sayang. I love you so much, sayang."

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now