Audi R8 Sport diparking betul betul di dalam perkarangan rumah Rina, mata dilirik kearah kirinya, bibirnya mengukir senyuman apabila melihat gadis kesayangannya sedang lena tidur di sebelahnya, perlahan lahan jarinya mengelus pipi si kesayangan.
"You beautiful, sayang..."
"I know."
Tersentak Jimin apabila mendengarkan suara Rina, matanya melirik kearah mata Rina, sekali lagi bibirnya tersenyum dengan senyuman manja yang diberikan oleh Rina.
"Pura pura tidur?"
"Nope, i terjaga bila ada orang itu usik pipi i."
Sekali lagi Jimin tersenyum, dengan sengaja dia mengucup pipi Rina. Geram dengan sifat manja Rina, makin lama makin manja.
"Jom masuk, i tolong angkat barang you."
Rina sekadar menganggukkan sahaja kepalanya, kakinya melangkah keluar sambil tangannya memeluk lengan Jimin untuk masuk ke dalam rumah. Rumah kelihatan sunyi.
"Makcik Lim tak ada ke?"
"Tak tahu, maybe dia pergi market beli barang dapur." jawab Rina.
"Ini nak bawa naik atas tak? I boleh tolong bawakan, berat ini."
"It's okey, nanti i bawa."
"No, baby. Biar i bawa."
Tidak sempat Rina ingin menjawab, Jimin terlebih dahulu menaiki tangga bersama beg bagasinya ke atas. Matanya melirik kearah telefon bimbitnya apabila mendengarkan deringan.
"Siapa call?"
"Jungkook." jawab Rina.
Tidak sempat dia mahu menolak jarinya ke atas, pinggangnya terlebih dahulu dipeluk dan terbaring di atas katil. Bibirnya mengukir senyuman dengan aksi Jimin yang nakal.
"You nak apa hurm?"
"I nak you, baby..."
Sekali lagi Rina tersenyum suka apabila Jimin menyembabkan wajah dilehernya. Tak keruan dibuatnya bila merasakan sesuatu yang lembut menyalar dilehernya, hatinya ingin menolak, namun bukan fizikalnya.
"Baby..."
Wajah ditoleh kearah Jimin, pipinya dielus manja, matanya redup bertembung dengan Jimin. Sekali lagi pipinya dikucup dengan penuh kasih sayang.
"Sorry tak dapat nak spend time dengan you."
"It's okey, sayang. You dah spend time dengan i lama dekat Busan. I faham you nak tolong papa you." pujuk Rina sambil tangannya melingkar dileher Jimin.
"Thank you for understand me, baby."
"Papa you kerja apa? Papa you ada buka syarikat juga ke?"
"Dia pilot. Sepatutnya papa i dah pencen, tapi disebabkan dia bosan duduk rumah. Dia still kerja."
"Pilot? Papa you boleh pandu kapal terbang?" soal Rina dengan teruja.
"Boleh, baby."
"So, you tolong papa you jadi pilot juga? Bukan ke you ambil jurusan akauntan?"
"Even papa i pilot, dia ada kertas kerja dia juga. Lagipun..."
"Rina."
Masing masing menoleh kearah empunya suara, cepat cepat mereka membetulkan kedudukan. Tak selesa pula kalau makcik Lim melihat mereka berpelukan di atas katil.
"Makcik baru balik ke? Makcik ke mana?" soal Rina dengan bersahaja.
"Tadi makcik beli barang dapur, sejak Rina balik ke Busan, barang dapur lama tak beli. Rina dengan Jimin dah makan petang? Ke makcik ganggu masa kamu berdua?"
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...