Special Chapter 66 : Manja

31 4 0
                                    

"Bagus, kandungan puan semakin baik. Bayi pun aktif dan sihat. Lepas ini, saya sarankan banyakkan lakukan aktiviti rumah, buah buahan jangan lupa."

"Baik, doktor. Tapi memang elok ke isteri saya buat kerja rumah? Saya risaulah akan keadaan dia. Saya kerja di office, bila saya balik saja, macam macam isteri saya decoration bilik baby. Asal saya balik dari kerja, ada saja barang, pakaian, macam macam lagi isteri saya letak dalam bilik itu."

Doktor wanita itu tersenyum mendengarkan luahan Jimin, nampaknya Jimin sangat prihatin kepada isterinya sehinggakan tidak mahu isterinya melakukan apa apa pun di rumah. Rina yang duduk di sebelah Jimin sekadar tersenyum.

"Mana ada banyak barang yang sayang letak dalam bilik itu, abang." bebel Rina.

"Hey, jangan ingat abang tak tahu. Sayang beli katil baby and then sampai dekat rumah, sayang angkat sama sama dengan makcik Lim kan? Kalau jadi apa apa macam mana? Dahlah bawak katil baby itu naik tangga, katil itu berat, sayang tahu tak?"

"Tahu, tapi kan makcik Lim tolong sekali. So, tak adalah berat sangat..."

"Jangan buat lagi ye lepas ini, puan Rina. Perkara begitu bahaya, macam macam boleh jadi. Kalau angkat barang yang terlalu berat, boleh menyebabkan pendarahan. Kandungan boleh jatuh."

Rina terdiam apabila doktor mula menasihatinya. Ye, dia tahu dia salah. Tapi nak buat macam mana, masa itu dia terlalu teruja nak hias bilik baby.

"Saya sarankan, lepas ini puan banyak berenang ye? Elok untuk kandungan dan pembukaan nanti. Lagipun puan dah jarang kan berenang sejak sibuk buat assignment hari itu, kan?"

"Ye, doktor. Hari itu saya sibuk buat assignment, lepas ini bolehlah saya berenang balik. Kerja rumah saya boleh buatkan?" soal Rina.

"Abang tak benarkan sayang buat kerja rumah, sayang. You rehat sajalah di rumah, di University you dah banyak kerja you buat, berjalan ke kelas, belajar, presentation lagi." bebel Jimin pula.

"Tak apa encik, kalau isteri encik mampu nak buat kerja rumah. Lagi elok, ia bagus untuk kesihatan bayi. Cumanya jangan terlalu hardworking. Kalau di University, isteri encik akan banyak duduk, tak berapa elok sebenarnya. Nanti memudaratkan bayi."

"Macam itu pula? Bukan sepatutnya perempuan mengandung kena lebih banyak rehat ke doktor?" soal Jimin dengan kehairanan.

"Tak semua perempuan mengandung kena banyak rehat. Puan Rina ini, dia seorang yang aktif, jadi bayi di dalam kandungan turut aktif juga. Jika puan banyak rehat sahaja, nanti bayi pun tak aktif. Lagi lagi kandungan puan pun dah mencecah 8 bulan, bayi perlu lebih aktif."

Jimin dan Rina sekadar menganggukkan kepala sahaja mendengarkan kata kata doktor. Jujur kata, Rina memang seorang yang lasak. Ada saja benda yang dia mahu lakukan di rumah. Sekejap kemas rumah, kejap cuci pinggan, kejap sidai baju, kejap mencuci kereta. Mana Jimin tak risau?

"Baiklah, rasanya itu saja untuk hari ini. Dua minggu lagi jangan lupa ye, appointment."

"Baik, doktor. Terima kasih ye." ucap Jimin.

"Sama sama."

^^^^^

"You ada nak makan apa apa?"

Rina sekadar termenung sendiri, otaknya ligat memikirkan sesuatu untuk dimakan. Jujur kata, dia sangat cepat lapar. Wajah ditoleh kearah Jimin yang sedang memandu.

"Sayang nak makan yang bunyi dia nyum nyum nyum!"

"Hah? Apa itu sayang?"

"Ala, something yang nyum nyum nyum!"

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now