Chapter 30 : Rumor

29 3 0
                                    

Hari Ke-3 Sukan

"Kau still tak puas hati ke pasal semalam?"

Taehyung mengeluh kasar dengan usikan Rina padanya, mana tidaknya? Dia mendapat tempat kedua untuk perlawanan berenang semalam. Dia pertama kalinya dikalahkan, dengan Gangnam University pula itu.

"Itulah, lain kali jangan confident sangat." usik Hoseok.

"Kau kalah dengan dia, just beza 2 saat saja." luah Jimin pula.

Masing masing menahan ketawa apabila melihat wajah cemberut Taehyung, mereka tahu Taehyung sangat tidak suka apabila dirinya dikalahkan.

"Kau pun tadi kalah dengan budak Busan itu."

Rina sekadar senyum apabila Taehyung memerlinya, dia tahu Taehyung pasti panas hati apabila dirinya diusik oleh teman sekumpulannya. Masing masing mula mendiamkan diri apabila melihat Taehyung yang duduk kearah bertentangan dengan mereka di dewan.

Masa perlawanan taekwando Rina sebentar tadi, dia telah kalah dengan pelajar dari Busan University, iaitu University lamanya. Jujur, Rina sengaja biarkan dirinya dikalahkan oleh pihak lawannya.

Ketika perlawanan untuk final, Rina dapat lihat pihak lawannya itu cedera di bahagian perutnya sebelum berlawan dengannya. Paling membuatkan dia kesian, pihak lawannya itu dipaksa juga untuk bertanding oleh jurulatihnya.

Untuk perlawanan pertama, Rina telah menang dengan menjatuhkannya. Ketika itu, Rina dapat lihat keadaan pihak lawannya cukup kurang baik. Dia sering memegang perutnya menahan kesakitan.

"Fight me, pull me harder."

Pihak lawan sedikit terkejut dengan bisikan Rina kepadanya. Dia tahu Rina adalah bekas pelajar dari Busan University, dia mengenali Rina, namun Rina adalah seniornya pada tahun lepas.

"Use your chance to win."

Mendengarkan sahaja ungkapan Rina padanya ketika di panggung perlawanan, kepala dianggukkan. Ketika perlawanan kedua, Rina banyak mengelak dari melawan. Setelah beberapa kali mengelak, Rina sengaja membuat silap langkah dengan membiarkan pihak lawan menendang perutnya dan jatuh.

"I'm sorry."

Tangannya segera menolak tangan pihak lawan yang ingin membantunya, matanya membuat isyarat supaya tidak bersikap baik dengannya ketika di atas panggung kerana jurulatih melihatnya.

"Last round! Who will win this year for..."

Rina sekadar melirik kearah pihak lawannya dengan pandangan yang kosong, dia kesiankan keadaan pihak lawannya yang dimarahi oleh jurulatihnya. Mr.Han iaitu jurulatih Rina sekadar menepuk bahunya untuk memberi semangat.

"Rina, you can do it." ucap Namjoon.

"Babe! Good luck!" ucap Mia.

"You can win, Rina." ucap Jimin.

Rina sekadar tersenyum, kakinya melangkah kembali masuk panggung. Matanya memberi isyarat kepada pihak lawannya untuk menghampirinya, setelah beberapa kali mengelak, tangannya menahan tangan pihak lawan kebelakang.

"Don't make it so obviously that i give you win, push me harder as you can."

Mendengarkan saja permintaan Rina, tangannya menyiku perut Rina, mereka kembali bertentangan mata untuk melawan. Rina cuba mengelak, namun kakinya dengan tidak sengaja menendang pihak lawan. Rina sekali lagi merapat untuk melawan, tidak disangka kakinya ditendang dan jatuh dari panggung.

"Rina!"

Kepalanya dengan tiba tiba diangkat, matanya melirik kearah gerangan yang memeluknya, ianya Jimin. Rina segera bangun dan kembali ke panggung, namun pengadil mengatakan bahawa dia telahpun kalah kerana keluar dari panggung.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now