Chapter 34 : Suara Manja

28 5 3
                                    

Rina hanya melambaikan sahaja tangannya apabila melihat kereta Mr.Kim yang keluar dari halaman rumah. Bapanya ada outstation ke Daegu untuk 3 hari, Ms.Kim pun ikut Mr.Kim untuk menemaninya. Kakinya berjalan masuk ke dalam, bibirnya mengukir senyuman apabila melihat kemesraan adiknya dengan Jimin.

"Borak apa?"

Jimin dan Fiona tersenyum kearah Rina yang menegur mereka, masing masing melirik kearah Rina yang melabuhkan punggung bersebelahan dengan Jimin.

"Saja borak dengan abang Jimin pasal University di Seoul itu. Macam best saja bangtan club yang akak masuk."

Terbeliak mata Rina mendengarkan kata kata Fiona, dia tak tahu betapa gatalnya ahli kelabnya itu. Mahunya adiknya menjadi mangsa kawan kawan sekelabnya.

"No no no! Adik kalau nak sambung belajar, tempat lain, no University akak."

"Ala, kenapa? Abang Jimin kata best masuk kelab itu, dorang akan layan adik macam princess."

Tergelak Rina mendengarkan jawapan Fiona padanya, Princess? Hahaha, ini lawak. Tak dinafikan yang Rina dilayan dengan baik oleh ahli kelabnya, namun dia tak rasa adiknya sesuai dengan kawan kawan dia yang gatal itu.

"Kau jangan ajar adik yang bukan bukan, ye Park Jimin. Aku smackdown kau nanti."

"Eh? Panggil aku kau saja? Tadi kemain sayang sayang." perli Fiona.

"Takkan depan Fie, akak nak bersayang sayang pula." bebel Rina.

"Dulu dengan abang Hwa, kemain bersayang sayang, sampai orang sekeliling pun buat tak peduli."

"Itu dulu."

"Rileks baby, Fiona bergurau saja." pujuk Jimin sambil tersenyum akan wajah Rina yang merah merona kerana malu.

"Abang Jimin, abang rasa Fie gemuk tak?" soal Fiona.

"Fie chubby sikit sejak balik." jawab Rina.

"Seriously?"

"Chubby, comellah." puji Jimin.

"Yelah itu, entah entah abang Jimin perli Fie kan..." bebel Fiona.

"Setiap perempuan, memiliki kecantikan dan kecomelan masing masing. Bagi abang, Fiona comel."

Ting!

Fiona melirik kearah screen telefon bimbitnya, bibirnya mengukir senyuman.

"Sorry, Fie naik dulu. Fie dah janji dengan kawan nak call dia."

Mereka sekadar tersenyum kearah Fiona yang berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Fie itu dah ada boyfriend ke? Asyik dengan handphone saja." soal Jimin.

"Boyfriend? Ex boyfriend dia yang lama pun dia masih tak boleh move on."

"Ex boyfriend? Fie pernah ada boyfriend?"

"Erm, Fie itu kalau kau nak tahu, lagi gatal dari aku. Dia dari umur 13 tahun lagi dah ada boyfriend. Masa sekolah lagi."

"Muda betul dah ada boyfriend! Satu sekolah?" soal Jimin dengan teruja.

"Tak satu sekolah pun, dorang kenal melalui instagram. Umur dorang pun beza, lelaki itu lagi tua dari aku."

"Tua dari kau? Sugar daddy ke?"

"Ish! Kalau sugar daddy, aku yang dulu tendang jantan tua itu."

"Habis itu, kau kata tua dari kau. So, aku ingat sugar daddy yang datok datok itulah."

"Dia tua sikit saja dari aku, aku pun mana pernah tengok boyfriend Fiona itu. Dia tak bagi aku tengok, katanya nanti aku tergoda sebab boyfriend dia handsome."

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now