"Kenapa kak Rina tak ikut?"
"Dia malas, lagipun tengoklah pukul berapa sekarang? Kenapa kawan tak hantarkan Fie balik? Or naik grab ke?" soal Jimin sambil tangannya memegang stereng.
"Kawan Fie itu dah tertidur, malas Fie nak kejutkan. Nak naik grab, malam macam ini bahayalah naik grab. Nanti dapat lelaki yang gatal, habislah. Kalau gatal tapi muka macam abang Jimin, tak apa lagi."
"Kenapa pun kalau dapat lelaki muka macam abang?"
"Abang handsome."
Jimin tersenyum akan pujian Fiona padanya, baginya Fiona seorang yang jujur. Perangai Fiona, sekali sekala ada iras Rina. Tapi Rina lebih matang dan tak banyak cakap. Fiona banyak cakap, ada saja benda dia nak bebelkan.
"Lajunya abang bawa kereta. Rindu dengan kak Rina ke?"
"Abang rasa tak sedap hati." luah Jimin sambil kakinya lebih menekan pedal minyak.
"Ala, abang cuma angau dengan kak Rina saja itu. Tahulah kak Rina itu cantik, memang taste abang kan?" usik Fiona.
"Rina itu memang cantik, tapi dia ramai sangat peminat."
"Salah satunya, mesti abang kan?"
"Yeah."
^^^^^
Masing masing melayan fikirannya, kaki masih menapak masuk ke dalam rumah. Rumah terasa sangat sunyi, dah malam kan? Mestilah sunyi. Mata Jimin melirik kearah sesuatu di lantai dapur. Fiona turut mengikuti Jimin ke ruang dapur.
"Eh? Kenapa dia pengsan ini?" soal Jimin yang melihat pembantu rumah yang sering menyapanya terbaring.
"Fie rasa tak sedap hatilah, abang."
"Lepaskan i, Hwa! Sakit!"
Masing masing terkejut apabila mendengarkan jeritan Rina dari atas, suara Rina seperti meminta bantuan. Dengan cepat kaki mereka berlari menaiki tangga, bilik Rina dituju.
Bang!
Masing masing terkejut akan apa yang sedang berlaku, pintu yang dihempas oleh Jimin membuatkan SeongHwa melirik kearahnya. Kelihatan SeongHwa menindih Rina di atas katil.
"Kak Rina!"
"Sial kau!"
Ditarik rambut SeongHwa dengan kuat, ditolaknya ke lantai. Mata dilirikkan kearah Rina yang telah menarik selimut menutupi badannya. Wajahnya basah kerana menangis.
"Kau memang celaka!"
Fiona memeluk Rina yang sudahpun menangis, matanya melirik kearah Jimin yang menumbuk SeongHwa. Habis lantai dipenuhi darah dari mulut SeongHwa, wajahnya berkali kali ditumbuk oleh Jimin.
"Jim... Jimin..."
Terhenti tingkah laku Jimin apabila mendengarkan suara perlahan Rina yang menyebut namanya, bahunya ditolak oleh SeongHwa. Tidak sempat mengejar, Fiona sudahpun menjerit namanya.
Punggung dilabuhkan, tangannya menyentuh pipi Rina yang basah akibat menangis, matanya melirik kearah badan Rina. Bajunya terkoyak dibahagian dada, rambutnya serabai, matanya berair sambil menatapnya.
"Aku minta maaf lambat datang, Rina."
Tangannya segera menarik Rina ke dalam pelukannya, dipeluknya dengan erat sekali. Jujur dia sakit hati dengan apa yang telah terjadi pada Rina.
"Dia jahat..."
"Ye, aku tahu Rina. Sokay, now you safe. You safe with me, baby." pujuk Jimin.
"Aku benci dia..."
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...