Punggung dilabuhkan, badan direbahkan di atas katil. Mata ditutup, pening kepalanya. Otaknya masih ligat memikirkan tentang tadi.
"Heyyo, Jimin."
Mata dicelik, dilirik kearah pintu. Direbahkan kembali badannya di atas katil, keluhan dilepaskan. Mata kembali dipejam.
"Buat apa datang sini?"
Masing masing tersengeh dengan pertanyaan Jimin yang bersahaja. Mereka mula masuk ke dalam bilik Jimin, masing masing mula merapati Jimin.
"Aku tadi ada dengar pasal hubungan kau dengan Rina." luah Taehyung.
"Tahu." jawab Jimin.
"Mana kau tahu?" soal Hoseok.
"Kau ingat aku tak dengar yang korang berbisik bisik belakang dinding itu dengar cerita puan Kim? Itu bukan berbisik, itu bercakap."
Hoseok dan Taehyung tersengeh mendengarkan perlian Jimin pada mereka. Tak dinafikan sepanjang menyorok di belakang dinding itu, mereka banyak bercakap kerana tak menyangka akan cerita Ms.Kim.
"Sorry, Jimin." luah Taehyung.
"Semua dah tahulah ini?" soal Jimin.
"Yang itu, kau salahkan Hoseok. Dia yang bercerita." bebel Taehyung.
"It's okey, nanti lama lama korang tahu juga. So, korang rasa macam mana?"
Masing masing terdiam akan pertanyaan Jimin. Mereka tak tahu nak memberikan pendapat. Mereka pun tak sangka yang Rina adalah adik Jimin, berlainan ibu.
"Tak sangka kau abang Rina, so aku ada chance nak tackle adik kau." usik Taehyung.
"Jangan harap."
Masing masing tersenyum mendengarkan jawapan selamba Jimin, dah jadi abang pun masih nak cemburu ke? Mesti lepas ini, Jimin akan jadi overprotective pada Rina, kerana Rina adalah adiknya.
"Bila kau nak bagitahu Rina pasal ini?" soal Namjoon.
"Aku tak sure." jawab Jimin.
"Kenapa pula tak sure? Bagitahu sajalah." bebel Jin.
"Dia baru broken dengan bekas tunang dia, kau nak dia broken sebab aku pula?"
"Come on, dia mesti faham punya." jawab Hoseok.
"Mama aku punca abang dia mati tau, kau nak aku mengaku pula yang aku ini abang dia? Kau gila ke?"
"Apa yang gilanya?" soal Taehyung.
"Aku boyfriend dia tau, tiba tiba kau nak aku bertukar jadi abang dia pula? Kau tak rasa benda ini gila ke?"
"Dari kau teruskan hubungan yang songsang ini, lagi gila." jawab Suga pula.
"Aku tak bolehlah, terlalu awal nak cerita semua benda ini. Dia itu nampak saja kasar, tepuk tampar korang semua, tapi hati dia lembut. Lagi lembut dari tisu tau."
"Habis itu takkan kau nak senyap saja?" soal Jin.
"Lama kelamaan, benda ini akan terbongkar juga. Bagitahu sajalah perkara sebenar." luah Taehyung.
"Kau sendiri dengarkan? Puan Kim pun tak tahu nak bagitahu Rina macam mana, inikan pula aku yang abang dari anak orang lain nak mengaku semua ini?"
Masing masing terdiam, ada betul juga kata Jimin. Takkan tiba tiba nak mengaku dirinya abang dari perempuan lain? Nampak sangat yang dia jahat. Dahlah dulu bekas tunang Rina itu mahukannya kerana harta.
Ting!
Tangan diselok ke dalam poket, telefon bimbit dikeluarkan, matanya melirik kearah nama yang naik. Bibir digigit kerana berasa bersalah.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
أدب الهواةApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...