Chapter 47 : Slave

35 4 0
                                    

Jimin mengeluh kecil apabila melihat kemesraan antara Jungkook dan Rina. Mereka nampak sangat rapat, mesra pula itu. Dia mula berasa cemburu.

"Suka tengok kau dah happy macam dulu." luah Hoseok.

"Sebelum ini aku tak happy ke?" soal Rina dengan bersahaja.

"Tak adalah, sebelum ini kau banyak senyap saja. Risau juga kita orang." luah Jin pula.

"Biasalah, masa itu aku tengah red flag. Memang moody sajalah." seloroh Rina.

"Haish, rambut kau ini asyik jatuh saja. Menghalang pemandangan indah aku."

Panas pula hati Jimin apabila melihat Jungkook yang menolak helaian rambut Rina. Tadi bertepuk tampar, ini mengada sentuh sentuh manja pula.

"Aku gerak dulu."

Masing masing melirik kearah Jimin yang pergi keluar dari bilik Bangtan, nampaknya Jimin tak suka akan kemesraan Jungkook dan Rina. Tapi apa boleh buat, Rina adik Jimin bukan lagi teman wanitanya.

"Rina, esok petang Mr.John nak jumpa kita untuk pertandingan swimmer akan datang." luah Taehyung.

"Pertandingan swimming dah start ke? Bukan ke baru 4 bulan lepas?" soal Namjoon.

"Erm, ini untuk akan datang punyalah. Lama dah kita cuti, mungkin Mr.John nak kita orang start practice balik." luah Taehyung lagi.

"Erm, iyalah. Lagipun dah lama aku tak berenang, nanti kalah pula dengan budak itu." usik Rina.

"Sweetheart, if you want to win, tell me. I will give it to you."

"Mula dah! Tak payah nak sweetheart dekat sini, geli aku." perli Hoseok pada Taehyung.

"Don't be jealous Hoseok, you have a wife. I have a..."

"Jangan nak perasan! Rina tak terima pun cinta playboy kau itu." perli Jungkook.

"Eleh, kau ingat Rina suka kau. Aku lagi better dari kau tau." usik Taehyung pula.

"Korang ini, pantang Rina single ye?" perli Jin pula.

"Last last, Suga yang dapat Rina. Orang senyap ini, kadang kadang dia yang kawin dulu." luah Namjoon.

"Eh, jangan masukkan aku dalam hal ini." kata Suga.

"Suga dah ada girlfriend, so dia tak termasuk dalam golongan lelaki single." jawab Hoseok pula.

"Eh Min Yoongi! Kau tak bagitahu aku lagi siapa perempuan itu, aku nak juga kenal. Dia satu kelas dengan kita ke?" soal Jin bertubi tubi.

"Tak payah tahulah." bebel Suga.

"Eh, mana boleh! Aku nak tahu, mana satu girlfriend kau." bebel Jin lagi.

"Hey, Suga! Kau nak ke mana? Kau jangan ingat kau boleh lari. Sini kau!"

Rina tergelak melihat tingkah laku Jin yang berlari mendapatkan Suga keluar dari bilik Bangtan. Hoseok dan Namjoon juga mengikuti Jin untuk mahu tahu tentang teman wanita Suga.

"Jadi, tinggal kita bertiga sajalah." luah Taehyung.

"Kita nak buat apa lagi kalau semua dah keluar, balik jom?" ajak Jungkook.

"Jomlah balik, duduk sini saja bukan dapat apa."

Ajakan Rina mendapat anggukan dari Jungkook dan Taehyung. Masing masing mula bangun setelah siap mengemas barang mereka. Tersenyum Taehyung apabila Rina menghulurkan dompetnya yang jatuh ketika dia bangun.

"Thank you, Rina." ucap Taehyung.

"You're welcome."

"Kau tadi datang naik motor eh, Rina?" soal Jungkook.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now