Chapter 32 : Kim's Family

24 4 0
                                    

"Wah, besarnya rumah kau..."

Rina sekadar tersenyum apabila melihat Jimin yang ternganga melihat rumah agam milik keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rina sekadar tersenyum apabila melihat Jimin yang ternganga melihat rumah agam milik keluarganya. Keretanya perlahan memasuki parking di hadapan rumah, hand brek ditarik, seatbelt dibuka.

"Ini rumah family aku, bukan aku Jimin."

"Yeah, but still rumah kau sebab kau satu satunya anak tunggal dorang."

Sekali lagi Rina tersenyum, keningnya membuat isyarat untuk mengajak Jimin untuk keluar, kakinya menapak kearah pintu utama rumah sambil tangannya memeluk lengan Jimin. Dadanya berasa berdebar apabila kakinya menapak tangga ke dalam rumahnya.

"Selamat pulang cik Rina..."

Rina dan Jimin menganggukkan kepalanya kepada pembantu rumah perempuan yang menyapa mereka. Rina melirik kearah sekeliling rumahnya, sunyinya. Nampaknya tiada orang di rumah.

"Tuan Kim masih belum pulang, cik Rina. Puan Kim berada di atas, puan baru saja selesai menjamu selera." luah pembantu rumahnya.

"Dah lama ke mama kat atas?" soal Rina.

"Tak, puan baru saja naik ke atas sebentar tadi. Cik Rina dengan kawan cik Rina dah makan?"

"Erm, saya Jimin." sapa Jimin dengan ceria.

"Cik Rina dengan Encik Jimin dah makan? Kalau belum, saya minta pembantu di dapur sediakan makan."

"It's okey, saya dengan Jimin dah makan sebelum sampai sini. Saya nak naik ke atas untuk jumpa mama. Jom, Jimin."

"Cik Rina!"

"Ye, kenapa?" soal Rina dengan kehairanan apabila pembantunya tadi memanggilnya ketika dia menaiki tangga bersama Jimin.

"Erm, puan Kim ada bersama tunang cik Rina di atas."

"What?!"

^^^^^

"Sayang..."

Terhenti langkah SeongHwa apabila melihat Rina yang memeluk erat pinggang Jimin di hadapannya, sakit hatinya. Jimin pula sekadar tersenyum sinis pada SeongHwa sambil tangannya melingkar di pinggang Rina.

"Rina?"

"Mama!"

Tersenyum Ms.Kim apabila dirinya dipeluk erat oleh Rina, iaitu anak tunggal kesayangannya. Tangannya menekup wajah si anak dan dikucup dahi si anak dengan penuh kerinduan.

"Mana Rina pergi? Puas mama dengan papa cari." luah Ms.Kim.

"Rina minta maaf mama."

Jimin sekadar tersenyum melihat kemesraan Rina dan Ms.Kim di hadapannya, nampaknya Ms.Kim betul betul rindu akan anaknya. Dari tadi tak lepas memeluk Rina.

"Rina ke mana? Mama ingat Rina ke London, sambung belajar. Tapi bila mama tanya Woo, dia kata Rina tak ada pula."

"Rina tak pergi London pun mama, Rina ada saja di Korea ini." jujur Rina.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now