Termenung Rina di hadapan kolam renangnya, selimut yang berada di bahunya ditarik dengan perlahan untuk menghilangkan sejuk angin malam. Sheltie yang dari tadi melompat lompat dihadapannya, diabaikan sahaja.
Ting!
Mata dilirikkan kearah telefon bimbitnya yang berdering.
Jungkook
Kau okey?
Esok aku amik kau, kita pergi Uni sekali.Me
Sokay.
Aku naik motor saja.Jungkook
Janganlah macam itu.Me
Give me a space, JK.Jungkook
I'm sorry 🙁
See you at class tomorrow.Me
Sorry, Jungkook.
I didn't mean...Jungkook
Sokay.
Aku faham.Me
Thank you 😐Jungkook
You welcome, sayang ❤Keluhan dilepaskan setelah mematikan telefon bimbitnya. Dia tak berniat nak buat Jungkook begitu, tapi dia perlukan ruang sendiri. Petang tadi pun, setelah selesai makan sambil hirup udara di tepi sungai, Jungkook cuba untuk berbual dengannya, namun Rina sekadar mendiamkan dirinya. Dia tiada mood untuk berbual.
Tidak pernah lagi Rina merasakan sakit seperti ini, dulu ketika dia dengan SeongHwa dia banyak kali dicurangi, tapi dia tak sekecewa begini, mungkin kerana Rina tidak begitu serious tentang hubungannya dengan SeongHwa.
Tak dinafikan Jimin memang lain, dia merasakan Jimin seorang yang sangat special dihatinya. Rina tak pernah memberikan sepenuh hatinya pada sesiapa selain Jimin.
Setelah dia bersama Jimin, hatinya sentiasa berbunga bunga menunggu cinta hatinya itu. Jimin seorang yang sangat romantik, baik, penyayang dan prihatin. Perkara yang paling disukainya pada Jimin adalah cemburu, Jimin kuat cemburu. Lagi dia cemburu, lagi Rina suka mengusiknya.
"Rina."
Mata ditoleh kearah makcik Lim yang menyentuh bahunya, bibirnya mengukir sedikit senyuman apabila makcik Lim menariknya untuk masuk ke dalam rumah. Dari tadi makcik Lim risaukan dia duduk di luar, cuaca sejuk, takut demam.
"Jangan duduk lama sangat dekat luar, nanti sakit."
"Saya naik dulu."
"Good night, Rina."
"Good night to, makcik."
Kakinya melangkah menaiki tangga, setelah sampai ke bilik, bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Sheltie yang turut berlari masuk ke dalam biliknya.
Punggung dilabuhkan di atas katil, jarinya mengelus Sheltie yang sedang tidur di sebelahnya. Matanya melirik kearah gelang tangan yang dipakai, tiba tiba dia teringatkan sesuatu.
"Baby, you suka layan Sheltie lebih dari i! Mana adil."
"Eh, suka hati i lah. Sheltie anak i."
"Dia anak angkat you je! I ini bakal suami you."
"I tak nampak pun jari i ini ada cincin?"
Rina tersenyum apabila Jimin menarik tangannya, dikucupnya dengan lama. Dia memerhati tingkah laku Jimin yang memasangkan seutas gelang di pergelangan tangannya.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...