Chapter 24 : Pening Kepala

38 4 1
                                    

"You know what? I already craving your lips again."

Rina menyumpah di dalam hatinya apabila mendengar kata kata Jungkook terhadapnya sambil mereka bersedia mengikat tali di pinggangnya.

"Try it if you want to get hurt."

Jungkook tersenyum nakal akan ugutan Rina padanya, Jungkook dengan sengaja mengeyitkan matanya sambil memuncungkan bibirnya tanda ia suka akan ugutan Rina kepadanya.

"Fuck!" bebel Rina di dalam hatinya.

Jungkook dan Rina mula memasuki gelanggang sambil bertatapan mata. Rina menyampah akan tingkah laku Jungkook yang masih mengetapkan bibirnya ketika bertatapan mata dengannya.

"Sorry, lambat!"

Mata ditoleh, Jimin menarik nafasnya perlahan lahan untuk menghilangkan rasa penatnya berlari sebentar tadi.

"Kenapa lambat? Lecturer keluarkan kau lambat?" soal Jungkook dengan bersahaja.

"Tak adalah, patutnya class habis awal. Tapi ada pula satu group itu nak presentation. So, itu yang lambat." jawab Jimin.

"Taehyung mana?" soal Rina pula.

"Dia temankan Suga pergi service kereta." jawab Jimin lagi.

"Hai korang!"

"Ouh, hey!" sapa Rina dengan ceria apabila melihat Hoseok, Jin dan Namjoon berjalan kearah mereka.

"Ini apa kes ini? Asal korang sampai nak ke berlawan pula ini?" soal Jin.

"Cukuplah bergaduh mulut, takkan nak bergaduh fizikal pula?" bebel Namjoon pula.

"Dia yang mulakan dulu!" luah Rina.

"Eh? Aku pula? Kau itu yang ajak gaduh." kata Jungkook pula.

"Mana ada! Kalau kau tak cari pasal dengan aku..."

"Dahlah, korang ini benda kecil pun jadi besar. Apa kata cancel saja deal korang itu, korang just practice macam biasa saja." luah Jimin pula.

"Itulah, lagi 1 week dah nak exam tau. Ini pun korang ada dalam 3 hari saja nak practice taekwando, takkan nak fight?"

Jungkook dan Rina hanya mendiamkan diri mereka sahaja apabila dibebel oleh Jin, adakala tingkah laku Jungkook dan Rina seperti kanak kanak. Ada saja benda yang nak digaduhkan.

"Cancel deal korang itu, boleh?" soal Namjoon.

"Hey, dengar tak?" soal Jin pula.

"Ye!"

Jimin tersenyum sendiri mendengar jawapan serentak Jungkook dan Rina, kadang kala mereka ini sangat kelakar.

"So, salamlah."

Kata kata Namjoon hanya diabaikan oleh Jungkook dan Rina, masing masing ego untuk mulakan perdamaian.

"Jeon Jungkook, gentlemen sikit." perli Jin.

"Fine! I'm sorry." luah Jungkook sambil menghulurkan tangannya.

"I'm sorry too." jawab Rina pula sambil bersalaman dengan Jungkook.

Jimin dan Hoseok tersenyum antara satu sama lain ketika melihat tingkah laku Jungkook dan Rina, mereka memang comel. Setelah perdamaian, Jungkook dan Rina kembali berlatih seperti biasa untuk taekwando. Rakan rakannya yang lain turut memerhati mereka berlatih sambil mengulang kaji pelajaran.

Masa berjalan dengan pantas sehinggakan ada antara mereka sudah pun pulang dahulu kerana hampir 1 jam mereka menemani Jungkook dan Rina berlatih. Hoseok, Jin dan Namjoon terlebih dahulu pulang ke rumah, manakala Jimin pula pulang yang terakhir.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now