Chapter 52 : Malula

25 5 0
                                    

"Sayang, ini adik i"

Tergelak Fiona mendengarkan kata kata Taehyung. Nak mengaku adik pula? Entah entah adik angkat atau mungkin Taehyung cuba nak menipunya lagi.

"I tak percayalah."

"Sumpah sayang, ini adik i, Kim Yaerin. I kan pernah cakap dekat you yang i ada seorang adik perempuan."

"Kalau betul adik you, kenapa you tak pernah kenalkan pada i!"

"Adik i jenis tak keluar rumah, i nak bawa you ke rumah family i dulu, you taknak."

"I tak percaya!"

"Sayang, Yaerin ini memang adik kandung i. Kalau you tak percaya, you boleh tanya kakak you. Kakak you pernah jumpa dengan Yaerin."

"You nak bersubahat dengan kakak i pula?" perli Fiona.

"Sayang, dia ini adik i. I tak tipu you. I boleh call dia untuk kepastian, kalau tidak pun sekarang juga i bawa you jumpa adik i, alang alang terus jumpa family i."

Terdiam Fiona apabila mendengar kata kata Taehyung. Betul ke perempuan yang dia anggap scandal Taehyung itu adik Taehyung?

"Eh, you nak ke mana?" soal Taehyung sambil memegang lengan Fiona yang ingin pergi meninggalkannya.

"I nak naik atas."

"Sayang, i tak tipu you. Ini adik i, Kim Yaerin. I tak curang dengan you, sayang."

"Give me a space."

"Apa kata macam ini, biar i balik dulu. Lagipun nak dekat tengah hari, sekejap lagi mesti kakak you balik. Esok i datang lagi, kita bincang pasal ini okey?"

Fiona hanya menundukkan pandangan dari Taehyung. Dia keliru, apa yang berlaku sebenarnya. Dia pun tak faham.

Chup!

"Jumpa esok, sayang. I love you."

Tersentak Fiona akan kucupan yang diberikan oleh Taehyung di dahinya. Namun dia cuba mendiamkan dirinya, dia tak mahu Taehyung dengar degupan jantungnya yang kencang.

Setelah mendengar pintu utama ditutup, dilirikkan matanya ke tingkap. Terlihat Taehyung yang sedang memakai helmet sambil memulas motornya untuk pergi. Keluhan lega dilepaskan.

Ting!

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket skirt nya, dilirikkan kearah notification.

Kak Rina 💕
Akak tak dapat balik tengah hari ini, Mia ajak makan dekat rumah dia.
After that, akak terus ke University ada class.
Nanti akak minta Taehyung bawakan Fie keluar makan ye?

Fiona
Eh, tak payah kak.
Fie boleh order foodpanda saja.

Kak Rina 💕
Order kan sekali untuk Taehyung.

Fiona
Dia dah balik.

Kak Rina 💕
Balik dah?
Fie tinggal sorang sajalah ini?

Fiona
Sokay kak, Fie okey saja.
Fie ingat lepas makan, Fie nak layan drama.

Kak Rina 💕
Betul ini?

Fiona
Betullah kak, Fie nak order makan dululah.
Lapar ini 😩

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now