"Settle? Apa maksud akak?"
Berkerut dahi Yaerin dan Taehyung apabila melihat Rina yang tersenyum pada mereka. Mata mereka melirik kearah telefon bimbit Rina, terbeliak Yaerin melihat gambar dan berita itu.
"Kenapa dorang serah diri?" soal Yaerin.
"Hey, apa cerita ini? Ini news apa? Apa yang berlaku ini. Aku tak faham." bebel Taehyung.
"Sekarang ini, masalah adik kau dah settle. Aku boleh saja cerita, tapi aku dah janji dengan adik kau."
"Apa ini adik? Abang nak tahu, kenapa rahsiakan hal ini dari abang?"
"Adik taknak abang malu..."
"Benda dah settle, takkan nak malu lagi? Kalau tak cerita, abang bagitahu mama yang adik pergi club."
"Janganlah, abang!"
"Taehyung, itu melampaulah. Kau ini pun..." bebel Rina pula.
"Susah sangat ke nak cerita dekat abang? Abang ini, abang kandung adik. Si Rina ini, bukan kakak kandung adik. Tapi adik percayakan dia dari abang?"
"Bukan macam itu, abang."
"Kalau Rina ini kakak ipar adik, abang tak kisah. Nak berahsia apa pun abang tak kisah."
"Kim Taehyung!"
"Apa? Betullah, kau kan girlfriend aku. Lupa kau mengaku benda itu depan mama aku?" perli Taehyung.
"Kau yang paksa aku, okey!"
"Yelah, tapi kau still mengaku depan my mom."
"Okey okey, fine! Tak payahlah gaduh." bebel Yaerin pula.
"Kalau taknak abang bebel lagi, baik adik cerita."
Lemah semangatnya untuk bercerita, namun diceritakan juga. Abangnya itu takkan berdiam selagi apa yang dia mahu tahu, tidak diberitahu. Itulah perangai Taehyung, suka memaksa.
Setelah dicerita, Taehyung tersandar di kerusi. Dadanya berombak geram dengan apa yang diugut oleh mereka pada adiknya. Mereka tak kenal ke siapa Yaerin? Anak kepada CEO terkenal di Seoul, KTH Holdings Company mendapat ranking ketiga terbaik di Korea kot.
"Now kau pula, apa yang dah settle?"
Mata dilirik kearah Rina yang berada bersebelahan Yaerin, dia tidak mahu bertanya pada Yaerin lagi. Dia tahu adiknya itu pasti takut dengannya ketika ini.
"Tiga orang itu dengan boyfriend si Yaerin aku dah settle kan."
Flashback
Rimas apabila dirinya terpaksa berjalan disekeliling orang yang sedang tak sedarkan diri ketika menari. Ada yang menari serupa beruk, ada yang melekat dengan pasangannya seperti tiada bilik untuk dilakukan. Matanya masih fokus melirik sekeliling, tiba tiba matanya terhenti di sebuah sudut.
"Hai, boys..."
Rina tersenyum kearah tiga orang lelaki yang berada di hadapannya, nampaknya mereka mabuk. Perempuan yang berada di sekeliling mereka dipeluk erat dengan wajah yang dileher si gadis.
"Hai, beautiful. You nak apa?" soal salah seorang lelaki.
"I bosan, boleh temankan i?" ajak Rina.
"Cari orang lainlah, you nampak tualah. Bosan pula i tengok body you yang tertutup itu."
Panas hatinya apabila dikata tua, hello! Aku baru berumur 23 tahun, okey! Body aku pun masih meletop. Bibirnya tersenyum sinis pada si lelaki di hadapannya.
"Walaupun umur i agak berusia dari you guys, tapi i suka lelaki muda macam you guys. Comel, geram saja i tengok! And bercakap pasal body, i rasa body i ini lagi buat you guys tergoda dari girl yang duduk atas riba you guys itu."
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...