Hari Pertama Sukan
Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat wajah gelisah Jimin, Suga yang dari tadi duduk turut ketawa melihat tingkah laku Jimin yang tidak duduk diam daripada tadi.
"Woi, kau okey tak? Asal gelabah sangat?"
Wajah ditoleh kearah Suga yang duduk di belakangnya, bibir digigit dengan kerisauan. Tangannya digosok di baju t-shirt untuk hilangkan peluh.
"Kau kenapa ini, Jimin? Rilekslah, belum lagi turn kau."
Matanya melirik kearah tangan Rina yang menyentuh bahunya, keluhan dikeluarkan, mata kembali menatap wajah Rina di hadapannya.
"Aku risaulah." luah Jimin.
"Kenapa kau risau?" soal Rina.
"Entah? Rilekslah, kau kira beruntung aku temankan kau dekat sini, yang lain semua tengah game dorang. Tak ada yang support lagi." bebel Suga.
"Erm, kau beruntung tau. Aku dengan Suga support untuk kau. Namjoon dengan Jin sibuk dengan jadi host, Hoseok dengan sukan badminton, Jungkook kejap lagi lari pecut." luah Rina pula.
"Ala, Hoseok ada Mia untuk support dia." bebel Jimin.
"Habis itu, Jungkook? Dia tak ada yang support tau dekat balapan luar itu." kata Rina pula.
"Taehyung kan temankan Jungkook dekat luar." bebel Jimin lagi.
Suga mengeluh panjang melihat keadaan Jimin, nampaknya Jimin betul betul gelisah. Rasanya kerana Jimin telah terpilih untuk final, dia telah memenangi pertandingan untuk suku akhir. Tangannya membuat isyarat kearah Rina untuk keluar, dia tahu Rina pasti boleh tenangkannya.
"Suga ke mana itu?" soal Jimin.
"Abaikan Suga, kau kenapa ini? Asal kau gelabah sangat? Sebab kau masuk final ke?" soal Rina.
"Aku risau kalah, nanti mesti University kita malu. Dahlah, tahun ini main dekat University kita."
"Jimin, kalah menang adatlah. Kalau kita tapau semua kemenangan, orang pun bosan."
"Tapi Rina..."
"Hey, kau rileks saja. Kau yakin dengan diri kau, kau boleh buat. Kau boleh menang. Ala, memanah saja."
"Tadi pun aku dapat kalahkan dia beza 1 mata saja, Rina."
"Hey, look at me."
Mata menatap wajah Rina apabila Rina menekup wajahnya untuk memandangnya, mata bertembung, dadanya berdegup dengan kencang apabila Rina menarik lehernya untuk merapatinya.
"Jimin, kau boleh buat. Trust yourself, Park Jimin."
"Kau yakin ke aku boleh buat?"
"Aku percayakan kau, Park Jimin."
Tangannya melingkar dipinggang untuk membalas pelukan yang diberikan oleh Rina, wangian rambut Rina cukup membuatnya tenang. Dirinya berasa sedikit tenang apabila rambutnya dielus oleh Rina.
"Kau boleh buat, Jimin. Aku percayakan kau."
Bibirnya mengukir senyuman apabila mendengarkan bisikan Rina ditelinganya, lebih erat pelukan diberikan pada Rina sambil hidungnya mencium bau wangian rambut Rina.
^^^^^
Matanya fokus tempat target, keluhan dikeluarkan, tangannya mula naik bersama alatan memanah. Suara jeritan yang menyebut namanya membuatkan dia lebih bersemangat.
"Kau boleh buat Jimin, kau perlu dapat 2 mata saja untuk kalahkan dia." bisik Jimin dalam hatinya.
Matanya fokus kearah tempat target, jarinya dengan selamba melepaskan tali, wajah ditoleh kearah screen besar di sebelahnya untuk melihat pemanahnya.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Queenka
FanfictionApa jadi apabila kau terpaksa memasuki sebuah kelab kerana tidak mahu rekod sahsiah akan buruk. Namun, lain pula yang jadi apabila si gadis itu mula mengenali ahli kelabnya itu. "Virgin or non virgin?" "Scan lah kalau nak tahu..." Masing masing terk...