Chapter 4 : Sugar Baby

76 3 0
                                    

"Rina..."

Rina memandang kearah empunya suara yang berada di hadapannya.

"Mia!"

Rina bangun dari tempat duduknya, lalu berpelukan dengan Mia, iaitu kawan baiknya. Mia pula hanya membalas pelukan Rina sambil tersenyum gembira.

"Rindu kau, babe!" jerit Mia.

Mia P.O.V

Young Mia adalah kawan baik Rina dari sekolah rendah lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Young Mia adalah kawan baik Rina dari sekolah rendah lagi. Mia seorang yang manja, nakal dan mengada. Mia sangat suka mengusik kawan baiknya Rina, kerana baginya, lagi banyak kali diusik, banyak kali dirinya akan dibebel oleh Rina.

Chup!

"Yah! Kau fikir aku ini apa gila!"

Mia hanya tersengeh dengan kemarahan Rina, Mia sengaja mengucup pipinya untuk mendengar bebelan Rina. Dia terlalu rindu akan kawan baiknya itu. Sudah bertahun mereka tidak bertemu sejak Mia menyambungkan pelajarannya di London.

Apabila Mia melihat Rina yang mengesat kucupan di pipinya, dengan segera Mia menarik Rina untuk duduk di meja makan yang diduduki oleh Rina sebentar tadi.

"Kau nak order apa?" soal Rina.

"It's okey, tadi sebelum sampai sini aku dah minum di Starbuck." jawab Mia.

"So, apa hal kau tiba tiba datang sini?"

"Seriously? Aku rindu kaulah gila! Kau tahu tak? Aku bosan gila belajar dekat London itu sorang sorang. Kawan pun tak ramai."

Rina hanya tergelak mendengar bebelan Mia, baginya Mia yang mengada sangat mahu belajar di London. Seorang diri pula itu. Mia dan Rina mendapat tawaran sambung belajar di London bersama, namun Rina menolak dan lebih suka belajar di Korea. Baginya lebih selesa duduk di negara sendiri berbanding di negara luar.

"So, kau nak aku buat apa? Dah kau gatal sangat nak belajar kat London, kan? Padanlah..."

"Ish! Kau ini, dulu sampai sekarang sama saja! Cuba kau buat aku tenang sikit, ini saja buat aku nak marah."

Mia mencebik apabila mendengar perlian Rina padanya, memang benar dia yang ingin belajar di London. Mia pernah mengajak Rina untuk melanjutkan pelajaran di sana, namun Rina menolaknya.

"What ever, okey? Kau macam mana dengan boyfriend kau? Aku dengar hari itu kau gaduh dengan dia."

"Mana kau tahu?" soal Mia dengan kehairanan.

"Yang kau post kat ig story hari itu apa? Broken bagai..." perli Rina.

"Aku yang salah faham sikit dengan dia. Tapi aku dengan dia dah berbaik balik. Susahlah, Rina couple jarak jauh ini." jawab Mia.

"Itulah kau, aku dah kata jangan bercinta masa belajar. Lagi lagi kau dengan dia jauh, kau di London, dia pula di Korea."

"Tahu, tapi aku sayangkan dia Rina. Dia saja yang faham perangai aku, lagipun dia setia sangat dengan aku. Dia cakap kat aku, lusa ini dia nak jumpa family aku nak ajak kawin." kata Mia sambil tersenyum.

[C] Bangtan QueenkaWhere stories live. Discover now