3

5.2K 73 5
                                    

ADAM HAIDER MIKHAEL berlari-lari anak sepanjang koridor Hotel Shangri-La Kuala Lumpur sambil diekori oleh pembantunya, Sherry Teng dibelakangnya.

Pengurus Perhotelan berumur 34 tahun itu berpakaian segak. Suit eksekutif yang direka khas oleh Hotel chain Shangri-La menyerlahkan pernampilannya yang tampan dan kemas, rambut disisip rapi, muka berjambang nipis, muka tanpan walaupun sedikit cekung, tubuh kurus tapi tinggi. Jam tangan Tissot Seastar 1000 dengan bracelet stainless steel di tangan kiri, jari manis dengan cincin emas putih menandakan dia sudah beristeri. Kasut hitam berkilat berjenama Berluti mengiringi langkah pantas ke arah Arthurʼs Bar & Grill yang terletak di hotel lima bintang tersebut.

ʻʻSerius ke condition guest kita tu?ʼʼ tanya Adam kepada Sherry yang tidak putus menaip sesuatu ke dalam iPad yang sedang dipegangnya.

ʻʻTak tahu, boss. I dengar cerita dari bartender, dia dah tak sedarkan diriʼʼ jawab Sherry.

ʻʻDah panggil ambulans?ʼʼ tanya Adam, risau. Langkah mereka tiba di perkarangan Arthurʼs Bar & Grill.

ʻʻNo needʼʼ jawab seorang bartender yang kini sudah berada di hadapan mereka. ʻʻSheʼs just passed out because too much to drinkʼʼ

Adam memperlahankan langkahnya. Dihadapannya terbaring seorang wanita melayu yang sangat jelita berumur dalam pertengahan 30an. Kulitnya putih bersih, rambutnya berjurai panjang. Baju yang dipakainya terdedah. Kain kakinya terbelah, menampakkan betis dah peha yang gebu.

Disebelahnya terdapat seorang lelaki warga asing berbangsa caucasian, berumur lebih kurang dalam 50an. Dia sedang mengusap-usap peha wanita itu. Tangannya hampir ke celah kelangkang.

Naluri hati Adam bercampur dengan pengalaman biasa berhadapan dengan situasi seperti ini menyakinkan bahawa sesuatu yang tidak kena antara lelaki Caucasian dan wanita melayu jelita itu.

ʻʻExcuse me, sirʼʼ kata Adam dengan suara yang agak tegas, ʻʻPlease take your hands off my guestʼʼ

Lelaki Caucasian itu memandang kearah Adam. Matanya merah. Tentunya sudah mabuk. ʻʻIʼm just giving her a helping hand, my friendʼʼ katanya dengan suara yang dicampuri dengan penangan alkohol.

ʻʻThat is not how I see it, sirʼʼ kata Adam tegas. ʻʻFrom where I see it, you are sexually harrasing my guestʼʼ

Apabila arahannya seperti tidak diendahkan, Adam terus memegang lengan lelaki itu dan menariknya berdiri. Lelaki itu seperti memberikan rintangan, masih ingin mencari kesempatan ke atas wanita jelita itu.

ʻʻStep away from my guest, sir. Now!ʼʼ suara Adam sudah tidak lagi memberikan kompromi.

ʻʻOkay okay. Iʼm going. Iʼm goingʼʼ kata lelaki itu, kedua-dua tangan diangkat seperti menyerah. Langkah diundurkan kebelakang.

Adam terus melutut disebelah wanita jelita itu. Dipegangnya tangan wanita itu dan menepuknya perlahan.

ʻʻPuan, puan Seri. Can you hear me?ʼʼ tanyanya perihatin. Wanita itu tidak menjawab. Dia masih tidak sedarkan diri akibat terlampau banyak meminum alkohol.

Adam memalihkan mukanya kepada bartender tersebut ʻʻKau! Kau bagi dia minum apa?!ʼʼ

ʻʻAbsolut vodka, Encik Adamʼʼ jawab bartender tersebut.

ʻʻHow much did she drank?ʼʼ

ʻʻHabis sebotol, Encik Adamʼʼ

Muka Adam merah padam. Dia bangun dan menghadap bartender tersebut. Lelaki itu tunduk ketakutan.

ʻʻYou tahu kan Puan Seri Dewi tak boleh overdose. Husband dia kan dah pesan yang bagi dia minum banyak sangat!ʼʼ marah Adam kepada pekerja bar tersebut.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now