19

2.9K 50 3
                                    

Mata Adam terbeliak luas, seperti tidak percaya membaca pesanan yang baru sahaja diterima dari isterinya, Jasmina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Adam terbeliak luas, seperti tidak percaya membaca pesanan yang baru sahaja diterima dari isterinya, Jasmina. Memang dah lama mereka tidak bertegur sapa, apatah lagi membalas-balas message. Jadi message WhatsApp yang diterima ini kira satu kejutan juga dari Adam. Tetapi isi message tersebut adalah satu yang tidak dijangkakan.

Adam mencampakkan telefon pintarnya ke atas meja kerja dihadapannya. Dia kemudian bersandar di atas kerusi, mendengus, sedikit tidak puas hati.

Mata ditutup rapat. Kening di picit oleh tangan kiri. ʻʻAaargh!ʼʼ katanya hampa. Perangai Jasmina yang dahulukan kerjaya dari hubungan perkahwinan mereka sudah sampai ke tahap menguji kesabaran Adam.

Adam tidak mahu membalas message Jasmina.

Malas nak menaip, dan berbahas-bahas lagi.

Lebih baik call terus sahaja.

Telefon pintar iPhone 11 Pro Max yang dicampak tadi dicapai semula.

Nombor Jasmina didail terus.

Nada dering kedengaran. Terus disambungkan pada sistem Bluetooth kenderaan Nissan X-Trail yang sedang dipandu oleh Jasmina.

ʻʻHello?ʼʼ jawab Jasmina yang sedang memandu keretanya dalam perjalanan menuju ke rumah.

ʻʻMimeen. Abang baru dapat message Mimeen tadi. What is going on?ʼʼ Adam bertanya terus tanpa memberi salam.

ʻʻKan Mimeen dah bagitahu dekat message tu...ʼʼ Jasmina mengeluh.

ʻʻYes, I know! Abang boleh baca, okay?ʼʼ Adam terus memintas dengan suara yang agak tegas. ʻʻThatʼs is not the point!ʼʼ

ʻʻAnd what is the point?ʼʼ tanya Jasmina, mukanya berkedut, malas nak bertekak dengan suaminya.

Adam mendengus. Hatinya rasa sakit dengan perangai isterinya membuat keputusan tanpa berbincang dulu dengan dirinya.

ʻʻMimeen, you ada tak nak discuss dulu dengan I pasal benda ni? What? You just got this new position and you are going to leave the house?ʼʼ kata Adam, tidak puas hati.

ʻʻAbang. Yang abang ni melatah macam mak nenek ni kenapa? Mimeen bukan pergi berfoya-foya, okay? Ni kerja? You should appreciate this? You pun selalu sibuk kesini kesana? Ada nak discuss dulu dengan Mimeen?ʼʼ pintas Jasmina kembali.

ʻʻI am your husband, Mimeen, if you have not forgotten. Benda macam ni kena mintak izin dari I dulu, okay?!ʼʼ suara Adam sudah meninggi.

ʻʻAbang... hey, kita ni bukan duduk zaman batu. Sekarang ada mobile phone. Mimeen pergi kerja jer pun. Bukit Tinggi jer pun. Paham-paham jer lah pasal kerja ni. I am not going there forever. Bila habis my stint, I balik lah. Abang ni dah kenapa haah?ʼʼ jelas Jasmina satu persatu.

ʻʻMeen! You are taking our marriage for granted!ʼʼ marah Adam.

ʻʻAbang cakap apa ni?! Sejak bila Mimeen take our marriage for granted? Hey... ini dah menuduh okay? What is wrong with you?!ʼʼ suara Jasmina pula meninggi.

ʻʻWhat is wrong with me? What is wrong with you! Kita jarang bersama. Abang balik, you dah pergi kerja. You balik subuh, tertidur. I hardly see you anymore!ʼʼ

ʻʻMimeen ni kan nurse. Abang tahu kan yang bulan ni Meen kerja night shift. Come on lah, you know I masuk nursing college sejak you tackle I dulu. You know how busy my work is?ʼʼ

ʻʻWhy do you have to work, Meen? I am more that wealthy to support kita berdua. I am a Country Manager for god sake! Abang dah suruh Mimeen berhenti kerja. Tumpukan masa pada kita. Tapi Mimeen masih...ʼʼ

ʻʻHow about you quit your job, Abang? Nak? Senang-senang jer suruh orang berhenti. Abang! Weʼve been through this before! You sounded like a broken record! Mimeen tak nak bergaduh dengan abang! Iʼm going to work, faham tak? Itu pun nak gaduh ke?ʼʼ Jasmina masih nak mempertahankan keputusannya.

Adam tertunduk. Dia melepaskan nafasnya, kecewa. Dia pun sebenarnya tak mahu bergaduh dengan isterinya. Dah lah mereka jarang berbual. Bila bercakap, jadi gaduh pula.

ʻʻMeen... apa dah jadi dengan kita punya relationship ni?ʼʼ tanya Adam perlahan.

ʻʻAbang kata apa ni? Our relationship if fine, abang. Abang yang nak gaduh dengan Meenʼʼ jawab Jasmina sambil matanya suda berair.

ʻʻNo, itʼs not, Meen. And I am so disappointed that you do not see this. Iʼm so disappointed that you think weʼre okayʼʼ Adam akhirnya meluahkan perasaannya.

Jasmina terdiam seketika. Dia tahu suaminya hampa. Tapi dia masih tidak mahu mengakui yang dia satu-satunya punca kenapa perhubungan mereka semakin renggang. ʻʻAbang selalu nak cari salah Meen. You always blaming me. Dari dulu, semua salah Meen. Semua salah Meen. Yes, abang. You are a Country Manager. Besar pangkat abang. Gaji dua puluh ribu sebulan. You have provide us a nice house, a nice car for me. Thank you. Tapi abang tahu tak apa masalah abang? You are too ego with your position and your wealth sampai abang nak kongkong Meen jadi maid dekat rumah. I am nothing more than your servant yang kemaskan rumah besar abang, siapkan makanan abang, and spread my legs when ever you feel like fucking meʼʼ luah Jasmina perlahan.

ʻʻHey! Siapa ajar you cakap kurang ajar ni?!ʼʼ pintas Adam keras.

ʻʻDah lah abang... Meen tak nak gaduh lagi. Iʼm hanging up now. I nak balik rumah, pack my bags. And them I am going to work. At least, dekat tempat kerja, I am happy. Bukan terperap dalam rumah berhantu yang besar megah yang abang beli tuʼʼ kata Jasmina sambil menitiskan air mata.

Jasmina mengelap matanya yang semakin kabur. Jarinya hampir menekan butang end call di setereng keretanya.

ʻʻMeen. Tell me one thingʼʼ tiba-tiba Adam bersuara kembali. Suaranya perlahan.

ʻʻApa dia, abang?ʼʼ tanya Jasmina. Ibu jarinya direhatkan pada butang end call, cuma menunggu untuk menekannya sahaja.

Adam diam seketika. Antara nak tanya, atau tidak.

Adam menelan air liur sekali.

ʻʻAre you seeing someone else?ʼʼ tanya Adam perlahan.

Jasmina mengetap matanya erat. Keningnya berkerut. Diketapnya rahangnya kuat. Nafasnya dalam. Kedua tangannya mencengkam stereng.

Jasmina kemudian membuka matanya. Air mata menitis mambasahi pipi.

ʻʻKenapa diam?ʼʼ tanya Adam. ʻʻBecause itʼs true, kan? Sebab tu you tak nak jawab... sebab tu you...ʼʼ

ʻʻGet lost!ʼʼ jawab Jasmina tajam sambil menekan butang end call. Air matanya berlinangan lagi.

Di dalam pejabat, Adam mencampak telefon semula ke atas meja kerjanya. Dia bosan. Penat. Sedikit menyesal pun ada juga. Dia tahu, dia tak patut menuduh isterinya bermain kayu tiga dibelakangnya, sedangkan dia tak ada apa-apa bukti pun. Tapi hatinya sakit sangat. Ada isteri macam tak ada isteri. Tak ada rasa hormat. Tak ada rasa tanggungjawab. Seolah-olah... rasa cinta itu sudah tidak ada.

Adam tersandar di atas kerusinya. Dia mengerutkan dahinya. Dia sangat-sangat kecewa dengan isterinya, Jasmina. Sangat-sangat kecewa.

Pintu pejabat diketuk.

Kemudian pintu dibuka.

Delisa masuk ke dalam pejabat. Senyuman manis terukir dibibir wanita jelita itu. Senyuman yang sedikit menyejukkan hatinya yang mendidih.

ʻʻDid I catch you in a bad time?ʼʼ tanya Delisa tatkala melihat Adam mencuka.

Adam terus membuang raut wajahnya yang duka tadi. Dia senyum kembali pada Delisa. Iʼm so glad youʼre here.

ʻʻDonʼt worry. Biasalah business matters. Nothing seriousʼʼ jawab Adam tersenyum.

Adam melihat jam tangannya. Sekarang dah pukul 1.30 petang. ʻʻGosh, Iʼm hungry. Jom lunch?ʼʼ

Delisa tersenyum manis. Perutnya pun dah terasa lapar. ʻʻJomʼʼ jawabnya membalas pelawaan Adam untuk makan bersama.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now