14

3.3K 55 13
                                    

ʻʻAdamʼʼ suara Delisa lemah. Tubuhnya tersandar pada tingkap kereta Audi A6 milik Adam, sambil lelaki itu memandu membawa mereka keluar dari perkarangan KLCC. ʻʻPlease... tolong hantar I balikʼʼ sambungnya perlahan, mata tertutup.

ʻʻOf course, Lisaʼʼ jawab Adam sambil menoleh ke arah Delisa, sambil memberikannya pandangan yang perihatin. ʻʻYou tinggal dekat mana? I hantarkan sampai ke rumahʼʼ pelawanya.

ʻʻTakʼʼ jawab Delisa sambil meggeleng kepalanya perlahan. ʻʻTolong hantar I balik ke taxi stand tadiʼʼ

Adam terkejut. Tak disangka yang Delisa memintanya untuk menghantar semula ke tempat tadi. Tempat dimana Delisa hampir dicabul. Tempat dimana wanita itu hampir dinodai oleh lelaki-lelaki yang miang dan gatal.

ʻʻYou dah gila ke?ʼʼ tanya Adam, hairan. ʻʻYou nak I hantar you balik kat taxi stand KLCC tu?ʼʼ

Delisa mengangguk perlahan.

Adam tak faham dengan permintaan Delisa itu. ʻʻYou tak ingat ke apa yang jadi dekat you tadi? Tempat tu basah, gelap, and ada ramai orang jahat! You almost got raped, you sedar tak ni??ʼʼ Adam mula meninggikan suara, sedikit marah pada Delisa yang seperi tidak tahu untuk menilai antara baik dan buruknya sesuatu keadaan itu.

Delisa tak menjawab. Dia hanya menutup matanya sambil menghela nafas. Memang betul kata Adam. Kalau lah lelaki itu tidak datang untuk menyelamatkannya tadi, sudah pasti dia akan dinodai.

ʻʻKenapa you nak I hantar you balik ke tempat tu? Kenapa? You lupa apa yang berlaku tadi? Lupa yang you hampir kena rogol? Haah? Lupa?ʼʼ tanya Adam dengan nada marah.

ʻʻMaafkan I, Adamʼʼ kata Delisa lemah, ʻʻI hargai sangat-sangat you datang selamatkan I. I am sorryʼʼ

ʻʻHabis tu??ʼʼ Adam masih tak berpuas hati.

Delisa menghela nafas lagi. Matanya terbuka sedikit, memandang keluar tingkap. ʻʻHusband I dah janji nak jemput I dekat situʼʼ jawabnya perlahan.

Adam menutup matanya sebentar, mengeluh. Sejujurnya dia tahu yang Delisa telah pun bersuami. Dalam resume yang telah dibacanya, Delisa meletakkan statusnya sebagai married. Entah kenapa Adam merasakan sedikit cemburu. Mungkin kerana dia yang selamatkan Delisa tadi. Mungkin juga dia telah terjatuh hati pada wanita jelita ini.

Adam membuka matanya, menghela nafas lagi, melihat jalan di hadapannya. Lane Assist kereta Audi A6 miliknya itu memastikan kereta itu tidak tersasar, walaupun Adam tidak menumpukan perhatian semasa memandu.

ʻʻSiapa nama your husband?ʼʼ tanyanya perlahan.

ʻʻSyafiqʼʼ jawab Delisa.

ʻʻOkay... ambik phone, hantar WhatsApp dekat Syafiq kata you tumpang kereta your boss yang sudi hantar you balik sebab hari hujan. Iʼm sure your husband will understand. But whatever it is, I will not send you back there. Faham?ʼʼ kata Adam dengan tegas, tidak mahu berkompromi.

Delisa mengalah. Dia mengambil telefon pintar Samsung Galaxy S7 dan membuka applikasi WhatsApp, dan menghantar pesanan ringkas kepada suaminya seperti yang disarankan oleh Adam sebentar tadi.

Setelah pesanan dihantar, Delisa melihat telefonnya.

Hanya satu tick sahaja yang kelihatan.

Samada bateri kong, tak ada signal, atau kredit habis. Kata Delisa di dalam hati, sedikit hampa dengan Syafiq yang jarang berusaha untuk menambah kredit telefonnya sendiri dengan alasan untuk berjimat.

ʻʻDahʼʼ jawab Lisa dengan suara yang malas, sambil telefonnya dicampakkan semula di dalam handbagnya.

Adam melihat Delisa yang lemah longlai di kerusi penumpang. Sedikit rasa simpati. Rasa sedikit menyesal pun ada juga sebab dia berkasar bahasa sebentar tadi.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now