Syafiq telah berlari lebih dari satu jam lamanya. Walaupun jarak antara Ampang Jaya dan KLCC hanya enam kilometer jauhnya, tetapi disebabkan hujan yang lebat, angin yang sejuk, jalan yang basah, lopak dan lubang disana sini, termasuk jugalah terpaksa melintas berpuluh lampu isyarat, maka langkahnya banyak kali terhenti.
Beberapa kali juga Syafiq terjatuh akibat kakinya termasuk ke dalam lopak yang dalam. Disangkanya hanya lapisan air di atas permukaan jalan, tetapi lubang yang menelan kakinya menyebabkan dia tersungkur ke hadapan. Tapak tangan yang sempat menahan jalan yang diperbuat dari tar itu cedera, begitu juga pada betis dan lututnya juga.
Tetapi segala kesakitan di tangan dan kaki tidak sedikitpun melunturkan hasratnya untuk bertemu dengan Delisa di KLCC. Dia lebih risaukau isterinya dari dirinya sendiri. Hatinya sangat risau mengenangkan Delisa sedang basah dan kesejukkan sambil menanti dia datang menjemputnya. Syafiq juga tak putus berdoa agar isterinya sentiasa dilindungi dan selamat sehingga mereka bertemu semula.
Setelah sejam berlari, kaki Syafiq sudah penat. Kasut sneakers berjenama tiruan itu sudah basah dimasuki air. Gam pada tapak kasut sudah mula lucut. Stokinnya berat, sama berat seperti baju dan seluarnya yang dibahasi hujan. Betis dan lututnya cedera, begitu juga kedua tapak tangannya. Tubuh badannya lencun basah, kederatnya sudah hilang. Matanya semakin kabur. Nafasnya semakin cetek. Jantungnya macam nak pecah.
Air mata mengalir bercampur dengan air hujan. Syafiq mengesat-ngesatkan matanya, cuba untuk memberi tumpuan. Dua menara berkembar Petronas di hadapanya itulah satu-satunya petunjuk arah tujuan.
Syafiq sudah tidak peduli dengan lampu isyarat lagi. Terus sahaja dia melintas jalan dengan keadaan terhoyong-hayang. Bukan sebab dia cuai, tapi dia sudah tidak dapat berfikir dengan waras. Mindanya kelabu. Dia hanya teringatkan isterinya sahaja. Nama Delisa diulang seperti bisikan dibibir berulang kali. Bisikan yang tidak putus-putus sejak dari tadi.
Tangan kanannya masih menggenggam duit kertas bernilai sepuluh ringgit yang diberikan oleh Hasrul petang tadi. Genggamannya kuat sehinggakan menitik darah. Tangannya kebas, hampir tidak merasa apa-apa.
Akhirnya Syafiq tiba di perhentian teksi KLCC. Lampu cahaya yang menyinari perhentian tersebut malap, antara menyala dengan tidak.
Syafiq menelan air liur. Satu senyuman yang lemah dapat juga terukir di bibirnya yang sudah membiru. Matanya yang kabur akhirnya berjumpa bidadari yang sedang dicari-carinya. Sejuk hatinya melihat kelibat isterinya walaupun dia masih lagi saup-saup jauh di pandangan mata. Syukur diucapkan di dalam hati. Nama Delisa mengiringi bibir yang semakin tersenyum, walaupun senyuman yang tidak bertenaga dalam ketar.
Tetapi senyuman itu beransur hilang. Kerana tatkala pandangan matanya semakin perlahan-lahan semakin jelas, hati Syafiq terus cemas tatkala melihat Delisa sedang dikepung oleh tiga lelaki Bangladesh yang sedang berseronok meraba-raba tubuh isterinya.
ʻʻDelisa!!ʼʼ jerit Syafiq dengan sisa suara yang dapat dilontarkan dari paru-parunya.
Malangnya jeritan itu tenggelam dalam kebingitan hujan yang lebat.
Syafiq cuba untuk mempercepatkan langkahnya. Kakinya kebas. Dia tidak peduli sakit dan luka. Keselamatan Delisa perlu dilindungi. Kehormatan isterinya perlu dipelihara.
Dalam Syafiq berusaha untuk berlari menyelamatkan isterinya, sebuah kereta Audi A6 meluru kearah mereka. Seorang lelaki melayu berpakaian kemas keluar dari kereta itu. Ditarik kolar salah seorang lelaki Bangladesh itu dengan kasar sehingga dia jatuh terlentang kebelakang. Kemudian lelaki itu membuka blazer yang sedang dipakainya, dilemparkan blazer itu kearah kepala mangsa kedua, sambil satu penumbuk keras mendarat di muka magsa yang tertutup dengan blazer tadi. Mangsa ketiga juga nasibnya tidak baik juga. Lelaki melayu tadi terus melucutkan tali lehernya dan kemudian menjerut lelaki ketiga sehingga dia pitam tidak dapat bernafas.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...