Naura berjalan mundar-mandir mengekori langkahnya sendiri. Hatinya gusar, risau. Sudah seminggu dia cuba untuk menghubungi kakaknya Delisa tapi sehingga kini masih belum dapat bercakap dengannya. Walaupun cuba untuk bersangka baik, Naura begitu khuatir sekiranya Delisa ditimpa kemalangan, lebih-lebih lagi selepas dia nampak posting instagram tentang abang iparnya Syafiq yang terlantar di rumah sakit swasta.
Baru-baru ini Naura sempat berbual dengan Syafiq menerusi telefon Jasmina. Syafiq cuba untuk menenangkan kerisauan Naura dengan mengatakan yang dia sebenarnya okay. Walau bagaimanapun, apabila di tanya tentang Delisa, Syafiq juga tidak menjawab, dengan niat tidak mahu menghebahkan sebarang berita yang belum pasti. Tetapi dengan cara Syafiq mendiamkan diri, perasaan Naura semakin gelisah.
Pintu bilik asrama Kolej kesepuluhnya diketuk, kemudian terus dibuka. Rakan baiknya Binita Anjali masuk dalam keadaan tergesa-gesa.
ʻʻBabe! Aku dah jumpa cara untuk locate kakak kau!ʼʼ kata Binita sambil tercungap-cungap mengambil nafas selepas berlari tiga tingkat menaiki tangga Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi itu.
Mata Naura terbeliak luas, sedikit gembira mendengar berita dari Binita itu.
ʻʻDapat cari kak Lisa?ʼʼ tanya Naura agak teruja. ʻʻMacam mana, Nita?ʼʼ katanya sambil memegang kedua-dua bahu rakan karibnya itu.
ʻʻOkay, aku ada cerita sikit pasal akak kau hilang dekat Amirʼʼ sambung Binita.
ʻʻKau cerita dekat Amir??ʼʼ potong Naura, sedikit panik. Dia tak mahu hal berkenaan keluarganya disebarkan pada orang.
ʻʻRelaks lah, babe. Kau ni jangan lah gabra sangat. Amir tu kan boyfriend aku. Dia bukan jenis mengumpat okay?ʼʼ kata Binita sambil cuba memberi keyakinan pada Naura.
ʻʻOkay, okay, sorry babeʼʼ Naura meminta maaf. ʻʻOkay, okay. Habis Amir boleh tolong ke?ʼʼ
ʻʻOkay, macam niʼʼ sambung Binita, ʻʻAmir kan student electronic. So dia dapat idea macam mana nak track guna handphone kakak kauʼʼ
ʻʻNita! Fon kakak aku offline kan! Hey! Aku dah cuba lah macam-macam lah. Cuba Find My Phone, Lost Mode. Semua dah aku cuba! Benda macam tu tak perlu kau nak bagitahu! First thing aku dah cuba try locate fon dia!ʼʼ marah Naura, sedikit hampa.
ʻʻAku tahu. Aku tahuʼʼ kata Binita sambil mengangkat kedua-dua tangannya. ʻʻTapi Amir ada cara lain. Dia nak inject rootkit apakebenda ntahʼʼ
ʻʻRoot apa?ʼʼ tanya Naura bingung.
ʻʻEntah, babe! Macam ni. Amir ada tunggu dekat bawah. Jom kita jumpa dia. Dia lagi pandai explain dari akuʼʼ kata Binita yang terus menarik tangan Naura tanpa menunggu gadis itu berkata iya atau tidak. Naura dengan kocoh-kacah membetulkan kain tudungnya dengan tangan yang lagi satu.
ʻʻKan dah malam ni?ʼʼ
ʻʻCepatlah!ʼʼ
Binita dan Naura berlari-lari turun ke tingkat bawah Kolej kesepuluh itu yang mana seorang lelaki melayu sedang menunggu mereka di luar pagar.
Amir Izwan, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi melambai-lambat ke arah Binita yang masih menarik tangan Naura berlari ke arahnya.
ʻʻMir!ʼʼ sahut Binita pada teman lelakinya. ʻʻI dah cakap dengan Ara pasal apa yang you suggest tuʼʼ
Amir mengangguk-angguk.
ʻʻApa dia Mir? Kau ada idea apa ni?ʼʼ tanya Naura bersungguh-sungguh.
ʻʻOkay, dengar ni, okay? Nita dah cerita dekat aku pasal fon kakak kau hilang. Kau pun cuba locate guna app tapi tak dapat sebab offline kan? Okay macam ni. Kau ingat tak kawan aku yang aku nak kenalkan dengan kau tu?ʼʼ tanya Amir pada Naura sambil memandangan matanya dalam.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...