Luruh hati Adam jatuh terbarai ke bumi. Tak disangka-sangka isterinya itu meminta supaya dilepaskan. Kata-kata Jasmina begitu mencengkam hatinya.
ʻʻYou kata apa?ʼʼ tanya Adam, seperti tidak percaya apa yang diucapkan oleh Jasmina tadi.
ʻʻLetʼs... divorceʼʼ ulang Jasmina, berbisik.
Adam buntu. Dia marah. Tapi bukan marah pada Jasmina. Tetapi dia marah pada diri sendiri.
Adakah dia sudah gagal menjadi seorang suami untuk Jasmina.
Adakah dia sudah gagal menjadi seorang pemimpin.
Adakah dia sudah gagal menjadi seorang lelaki.
Adam tertunduk.
Telan air liur.
ʻʻMimeenʼʼ bisiknya perlahan. ʻʻKenapa kita jadi macam ni?ʼʼ
ʻʻAbang... buat apa lagi kita pertahankan marriage kita ni... sedangkan hati dah tak sudiʼʼ
ʻʻMaybe for you? But what about me??ʼʼ tanya Adam tajam.
Jasmina mengangkat mukanya melihat Adam.
ʻʻAbang...ʼʼ bisiknya perlahan. ʻʻMimeen tahu apa yang abang dah buatʼʼ
Adam bingung. ʻʻBuat apa?ʼʼ
Jasmina menelan air liur. Dia tak mahu menuduh suaminya. Tapi apa yang dia tahu perlu juga diutarakan.
ʻʻMimeen tahu... abang tengah gila bercinta dengan your own staff. You bawak your staff pergi bercuti together... Mimeen tahu, abang...ʼʼ
Adam menutup mata. Dikerutkan dahi.
Sherry!! Hatinya menjerit geram.
Jasmina terus memusingkan tubuhnya dari Adam dan berjalan menuju ke cottage rumahnya. Sambil dia berjalan, Jasmina mula menangis.
ʻʻMimeen! Abang belum habis cakap dengan Mimeen!ʼʼ marah Adam pada isterinya yang berjalan pergi.
Adam mengejar Jasmina.
Direntapnya lengan Jasmina dan memusingkan tubuh isterinya agar Jasmina menghadapnya semula. Digenggamnya lengan Jasmina dengan erat sampai Jasmina menjerit kesakitan. ʻʻAbang! Lepaslah! Sakitlah!ʼʼ
ʻʻIʼm not done with you yet!ʼʼ balas Adam sambil meninggikan suara.
ʻʻEncik!ʼʼ tiba-tiba ada suara lelaki memecah perbahalan yang sedang berlaku antara suami-isteri ni. ʻʻEncik boleh bawak bertenang tak? Tak elok bertengkar dengan isteri sendiri macam niʼʼ
Adam melepaskan tangan Jasmina. Dia menoleh ke arah suara itu. Di belakang Jasmina berdiri seorang lelaki yang sama tinggi dengannya. Tampan, segak, bulu-bulu jambang yang halus di muka, rambut sedikit panjang. Memakai baju T dan sehelai sweater tidak berjenama.
Jasmina juga menoleh ke arah lelaki dibelakangnya itu. Satu senyuman dilontarkan kepada Syafiq.
Adam mengecilkan matanya merenung Syafiq.
Syafiq tidak berkelip merenung kembali mata Adam.
Dua mata lelaki-lelaki ini bertemu buat pertama kalinya.
ʻʻSyafiq. Jangan nak menyibuk pasal rumahtangga I okay? This is between my wife and Iʼʼ kata Adam tajam pada Syafiq.
Mata Syafiq tidak berkelip. ʻʻMacam mana encik tahu nama saya?ʼʼ
Adam belum sempat menjawab. Jasmina terus meluru mendapatkan Syafiq. ʻʻFiq. Please stay out of this ya? Bagi Mimeen bincang dengan my husband okay?ʼʼ
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...