Sebuah van private ambulance yang tidak mempunyai sebarang tanda tiba di sebuah rumah cottage satu tingkat yang terletak agak terpencil di Bukit Tinggi. Rumah cottage tersebut diperbuat dari susunan batu-batu kasar seperti sebuah rumah kolonial zaman dahulu kala.
Mengiringi private ambulance tersebut ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda Range Rover Evoque, diekori oleh sebuah Lexus RX L Hybrid dan sebuah Nissan X-Trail.
Van ambulans tadi berhenti disebelah rumah, manakala kenderaan lain memarkirkan tempat masing-masing disebelah tepi rumah itu.
Dua orang paramedik membuka pintu belakang van tersebut dan menarik sebuah katil beroda dengan seorang lelaki yang tidur nyenyak di atasnya.
Sementara itu Tengku Zaleha dan pembantunya turun dari kenderaan Lexus dan membuka kunci pintu hadapan cottage untuk membenarkan ahli-ahli paramedik tadi menolak masuk katil beroda yang mereka bawa ke dalam rumah.
Dari Evoque pula turun Nurul dan dua orang jururawat bernama Zahrah dan Rejab. Keduanya adalah pasangan suami isteri dan juga rakan sejawatan Jasmina.
Dari X-Trail pula turun Jasmina dan Syed.
Pelbagai peralatan dan kelengkapan dibawa keluar dari boot kereta masing-masing.
Kesemua mereka masuk ke dalam rumah cottage satu tingkat itu.
Rumah tersebut ada tiga bilik tidur, dua ruang tamu, satu ruang makan dan sebuah dapur.
Ruang tamu pertama adalah ruang rehat menempatkan dua set three-seater sofa and empat kerusi single-seater mengelilingi sebuah coffee table rendah yang diperbuat dari kayu jati.
Ruang tamu kedua ialah bilik bacaan yang menempatkan pelbagai rak buku yang disandarkan di dinding dengan beberapa kerusi single seater di ruang tengah.
Ruang makan menempatkan sebuah meja kayu yang besar yang boleh menempatkan lapan orang tetamu disekelilingnya.
Ruang dapur menempatkan sebuah dapur gas, dapur dan oven AGA yang boleh menggunakan gas ataupun kayu api atau arang batu.
Ketiga-tiga bilik tidur menempatkan sebuah katil queen size dan kelengkapan almari, dan meja solek. Bilik tidur utama adalah bilik paling besar berbanding dua bilik lain.
Zaleha mengarahkan dua orang paramedik tadi menolak katil beroda yang sedang mereka bawa ke bilik tidur utama.
Setelah sampai di bilik tidur utama, kedua-dua orang paramedik tadi sambil dibantu oleh Rejab dan Syed mengangkat perlahan-lahan lelaki yang masih koma itu dengan memindahkannya ke atas katil utama.
Syed dan Rejab kemudiannya memeriksa keadaan pesakit koma itu sambil dibantu oleh Zahrah dan Jasmina.
Kedua-dua ahli paramedik tadi menolak semula katil beroda keluar dari rumah dan masuk semula ke dalam ambulans. Mereka berdua kemudiannya meninggalkan perkarangan rumah selepas menyalam Nurul yang mengucapkan terima kasih.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...