46 🔞

12.8K 53 37
                                    

Kereta Proton Saga yang dipandu Delisa tiba di tempat letak kereta bawah tanah Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Setelah berjaya menjumpai satu petak yang kosong, Delisa dengan perlahan memandu keretanya memasuki ke dalam petak tersebut.

Tetapi enjin tidak dimatikan. Ianya dibiarkan berjalan sambil Delisa mengambil telefon bimbit Samsung Galaxy Fold dari dalam beg tangannya, dan kemudian merenungnya. Jantungnya berdebar-debar.

Tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk mengejutkan lamunan Delisa yang sedang memikirkan seribu satu perkara. Pesanan yang diterima dari Adam itu sangat pendek dan ringkas - iaitu nombor bilik hotel yang telah dia tempah untuk malam ini.

Delisa menghela nafas, menutup matanya, telan air liur. Sempat lagi kalau dia mengabaikan sahaja pesanan tersebut. Sempat lagi kalau dia mengundur keretanya dan keluar dari perkarangan hotel itu. Sempat lagi kalau dia kembali ke tempat asalnya.

Sempat lagi.

Tetapi, Delisa mematikan enjin.

Membuka pintu.

Menyarungkan semula kasut tingginya di kaki.

Menggalas beg tangannya di bahu.

Keluar dari kereta.

Tutup pintu.

Kunci kereta.

Berjalan menuju ke lif.

Naik ke lobby.

Selendang di atas kepala diperbetulkan agar wajahnya ditutup agar tidak nampak oleh sesiapa.

Delisa membuka beg tangannya dan mengambil sepasang cermin mata hitam yang besar. Disarungkannya ke mata.

Lif tiba di lobby. Terus dia keluar dari lif tersebut dan menuju pula ke lif utama tanpa melihat kiri dan kanan.

Butang lif utama ditekan, dan jantungnya berdebar-debar menunggunya. Beberapa orang tetamu hotel yang lain pun ada di depan lif yang sama juga. Delisa tunduk, tak mahu sesiapa mengenalinya.

Lif sampai. Delisa masuk dulu. Terus tekan butang. Berdiri di bucu. Tetamu lain pun masuk sekali. Delisa hanya tunduk sambil tetamu yang lain ralik berbual-bual sesama sendiri.

Lif sampai ke tingkat yang dituju. Delisa senyum sambil berkata perlahan ʻʻExcuse meʼʼ. Pantas kaki melangkah keluar.

Jantung berdebar-debar melangkah ke bilik hotel yang dituju.

Sehinggalah dia berada di hadapan bilik hotel tersebut.

Pintu tidak berkunci. Dibiarkan terbuka sedikit dengan sengaja.

Delisa memegang pemegang pintu, menolaknya perlahan. Pintu dibuka. Sebuah bilik super deluxe terpampang dihadapanya. Delisa masuk ke dalam dengan perlahan.

Bilik hotel tersebut separa gelap cahayanya. Ambience lampu bilik itu memang sengaja direndahkah. Wangi bilik tersebut. Aroma rose lavender menenangkan jiwanya tatkala dia menghidunya. Ratusan kelopak bunga ros berwarna merah bertaburan di atas lantai, disusun bersama lilin-lilin kecil. Kelopak-kelopak bunga ros yang serupa juga disusun indah di atas katil menerupai sebuah bentuk hati. Tuala digubah menyerupai dua ekor angsa yang sedang berkucupan. Diatas siling, terdapat beberapa belon-belon merah and putih terhias indah.

Teruja hati Delisa melihat keindahan bilik hotel tersebut yang begitu romantis sekali. Bergetar-getar jiwanya apabila melihatnya. Berbunga-bunga hatinya seindah kelopak-kelopak ros yang tersergam indah.

 Berbunga-bunga hatinya seindah kelopak-kelopak ros yang tersergam indah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now