25

3.1K 55 7
                                    

Pintu kaca café Antipodean Bangsar dibuka dengan tangkas oleh seorang penyambut tetamu restoran itu tatkala Nurul Hidayah menghampirinya. Satu senyuman manis diberikan kepada doktor pakar yang berumur separuh abad itu. Senyuman yang dibalas semula oleh Nurul kepada penyambut tetamu tadi dengan iringan satu tunduk kecil sebagai tanda terima kasih.

ʻʻWelcome to Antipodean, Datukʼʼ senyum penyambut tetamu yang juga merupakan pemilik bersama cate tersebut kepada Nurul sambil mempelawanya masuk.

ʻʻThank you, Rosseʼʼ jawab Nurul, ʻʻI ada guest hari ni. Table for two, please?ʼʼ

ʻʻOf course, Datuk. Please follow meʼʼ jawab pelayan wanita berumur 20an itu sambil mengiringi Nurul masuk ke dalam café. Wanita yang bernama Dahlia Rosse ini memang dah kenal sangat dengan Professor Datuk Dr Nurul Hidayah, kerana doktor pakar ini selalu sahaja lepak dekat café ini sewaktu masa lapangnya.

Nurul dibawa kesebuah meja makan di tepi satu sudut yang agak terpencil di café tersebut. Lazimnya, aturan meja dan kerusi disusun rapat untuk menampung jumlah pelanggan yang semakin ramai, tetapi private corner yang disediakan ini adalah bertujuan untuk pengunjung-pengunjung tertentu yang memelukan sedikit privacy.

Sambil Nurul melabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu, pelayan tersebut menanyakan pesanan, ʻʻAnything I shall get for you today, Datuk?ʼʼ

Nurul menoleh memandang sebuah papan hitam yang besar didinding café tersebut sambil berkata ʻʻI dah lama nak cuba you punya Luwak Plunger coffee ni, Rosse, so I will try that today, and also bagi I scramble egg salmon on toastʼʼ

ʻʻVery good, Datukʼʼ jawab Rosse tersebut sambil mengambil pesanan.

Setelah pelayan itu beredar, Nurul mengambil telefon bimbitnya dan kemudian melayari akaun instagram kawan-kawannya sambil menunggu seseorang yang ditunggu.

Tidak lama selepas itu, muncul seorang wanita jelita berumur awal 30an. Cantik orangnya. Kulitnya cerah dan bersih seindah senyuman pada bibirnya yang merah. Rambutnya panjang beralun melepasi bahu sehingga ke belakang tubuh. Dia memakai blazer dari River Island dengan blouse berwarna kelabu dibawahnya. Leggings dari M&S mengcengkam kakinya yang tirus, disudahi dengan kasut tinggi dari Christy Ng.

Wanita jelita itu terus nampak Nurul dipenjuru café dan melambaikan tangan. Sesuatu yang tidak perlu dilakukannya pun memandangkan semua mata di café tersebut perasan tentang kehadiran wanita itu, apatah lagi pada Nurul yang sedang menunggunya.

Nurul pantas bangun dari kerusinya dan membuka kedua-dua tangannya pada wanita itu seperti seorang ibu yang ingin mendakap anak perempuan yang sedang berlari kearahnya.

ʻʻHaii aunty!ʼʼ kata wanita itu sambil berlari anak kearah Nurul. Mereka berpelukkan erat dengan gembira sekali.

ʻʻOh my God! Look at you, my dear! Youʼre absolutely glowing! Hey... donʼt tell me youʼre pregnant?ʼʼ Nurul Hidayah tersenyum lebar selepas meleraikan pelukan mereka tadi.

ʻʻIsh... aunty ni... mana ada I pregnant... I masih kosong lagi lahʼʼ jawab Puteri Nura Mentari sambil mencium pipi Nurul, kiri dan kanan. Bibir diketapkan agar gincu merah Lacrosse tidak meninggalkan bekas pada pipi Nurul.

Mereka berdua kemudiannya tergelak setelah bergurau senda tadi.

ʻʻGosh! I miss you so much, my dear! How have you been?ʼʼ Nurul berkata sambil menjemput Mentari duduk di atas kerusi di hadapannya.

Mentari melabuhkan dirinya diatas kerusi bertentangan dengan Nurul. Sambil itu pelayan yang sama tadi datang semula untuk mengambil pesanan baru.

ʻʻHi Mentari! What can I get for you today?ʼʼ tanya Rosse sambil tersenyum.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now