8

3.7K 55 1
                                    

Delisa berjalan ke arah Adam yang sudah duduk di atas salah satu kerusi set sofa di dalam pejabatnya. Walaupun terjadinya beberapa insiden yang agak memalukan sebentar tadi, tapi keyakinan diri Delisa semakin teguh sekarang.

Dengan postur yang bersopan-santun, Delisa duduk di bertentangan dari Adam di atas kerusi yang berdepan dengan lelaki itu. Sempat baju kebayanya diperbetulkan sedikit. Mana tak nya... baju kebaya hijau yang berusia lima tahun itu sudah tidak sesuai lagi dengan bentuk tubuhnya sekarang. Lima tahun dulu, payudara Delisa bersaiz 34B, tetapi sejak menjadi isteri orang ni, ianya dah membesar menjadi 34C kini. Dulu pinggangnya ramping bersaiz 26, sekarang dah makin sedap dipandang bersaiz 28. Punggung tak kira lagi.

Setiap lekuk dari tubuh badannya dari payudara sampai ke perut sedang menjerit-jerit cuba untuk melepaskan diri dari baju kebaya yang ketat itu. Tiga butang yang mengikat baju tersebut nampak seperti hampir terlerai dengan sendirinya.

Adam cuba untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi pada tubuh Delisa yang begitu menggiurkan itu. Dia dengan sebaik-baiknya cuba menunjukkan postur yang professional, padahal jantungnya sudah bergema bunyinya dengan hebatnya.

Adam memulakan temuduganya.

ʻʻDiploma Hotel Management from UiTM... dua tahun jadi intern di Park Royal... dua tahun temptingʼʼ Adam membaca resume Delisa di tangannya sambil Delisa duduk bertentangan dengan raut wajah yang tenang, walaupun di dalam hatinya rasa sedikit gelisah masih ada sisa bakinya lagi.

Adam mengerutkan dahinya. ʻʻHmmm... kalau ikutkan disini, lepas you buat tempting, ada gap setahun... so... you buat apa masa ni?ʼʼ tanya Adam sambil meletakkan resume Dalia ke atas coffee table di hadapannya.

Delisa tersenyum manis. Kedua kakinya dirapatkan, disimpuhkan ke sebelah kiri. Dia dah expect soalan macam ni. Tentulah, dengan resume yang mengandungi pengalaman compang-camping seperti itu, sudah tentu subjek itu akan ditanya oleh majikan.

ʻʻSetahun saya cuba mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan, Encik Adamʼʼ jawabnya yakin.

ʻʻHmmmʼʼ Adam cuba untuk memancing, ʻʻdari apa yang I nampak, looks like you are unemployable. You nak tinggalkan jurusan yang you dah penat belajar bertahun-tahun hanya untuk berniaga kecil-kecilan? Kalau nak berniaga, buat apa buat Diploma Hotel Management in the first place?ʼʼ volley tegas pertama dilancarkan oleh Adam.

Delisa masih mampu tersenyum. Dah banyak kali dia kena attack macam ni dari majikan sewaktu temuduga. Dah macam biasa.

ʻʻSebab saya masih nak cari makan, Encik Adam. Nak cari duit untuk menyuap sesuap nasi ke dalam mulut saya. Ekonomi masa tu sedang merundum. Ramai syarikat perhotelan di negara ini yang made employees redundant masa tu. I was caught in a bad time bila graduate dulu. Itu jawapan ikhlas dari sayaʼʼ jawab Delisa dengan lancar, tanpa sebarang gugup.

Adam tersenyum. Tapi dia belum habis interrogate wanita jelita dihadapannya ini.

ʻʻSo kenapa I perlu ambil you bekerja sekarang? You tahu tak berapa ramai orang yang apply kerja ni. What makes you so special? Kenapa I perlu pilih you?ʼʼ soalannya semakin tegas.

Hati Delisa semakin gelisah. Boleh tahan dia ni buat aku jadi punching bag. Takpe, stay calm, Lisa... stay cool.

ʻʻSebab kali pertama saya nampak Encik Adam pagi tadi, saya tahu Encik Adam bukanlah orang yang akan membuat kesilapan yang pengurus-pengurus lain telah buatʼʼ jawab Delisa.

Kening sebelah kanan Adam terangkat. ʻʻOh really?ʼʼ Adam kemudiannya bersandar di atas kerusinya. Kaki kanannya disilangkan pada kaki kiri. ʻʻOkay... tell me thenʼʼ katanya sambil tersenyum.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now