47

4.7K 46 21
                                    

Syafiq duduk bertinggung di hadapan pintu rumahnya sambil menyarungkan setokin pada kedua-dua kakinya. Kemudian di capai pula kasut sneakers putih tidak berjenama dan memakainya satu-persatu, tali kasut diikat sekali, kemudian diikuti dengan ikat bunga untuk kali kedua.

Bangun, berdiri, menghela nafas, mata memandang jauh ke atah menara berkembar Petronas yang kelihatan dari koridor hadapan rumah pangsa Ampang Jaya itu.

Pintu kayu dibelakangnya ditutup, dikunci, diikuti pula dengan gril besi dimangga dengan rapi.

Syafiq memulakan langkah berjalan ke arah tangga. Dia tidak menggunakan lif pada malam itu. Kakinya melangkah satu demi satu anak tangga turun ke bawah. Ada kanak-kanak sedang bermain. Ada remaja sedang merokok sambil bermain gitar. Ada juga orang dewasa yang berbual. Ada yang senyum, ada yang menjeling, ada yang berbisik, ada juga buat hal masing-masing.

Sampai di perkarangan tempat letak kereta, dia dapati kereta Nissan X-Trail Jasmina sudah tidak ada lagi disitu. Melihat petak parking yang kini sudah kosong, Syafiq tersenyum mengenangkan Jasmina. Tugas jururawat itu telahpun selesai, dan barangkali dia pun sudah pulang ke rumahnya sendiri. Kenangan bersama Jasmina di Bukit Tinggi memang manis buat dirinya. Waktu pagi beriadah di kebun epal, waktu malam pula berehat di hadapan unggun api. Sayangnya, bukan isteri jelita yang menemaninya setiap waktu dan ketika semasa dia tidak sihat dulu. Sepatutnya Delisalah yang berada disisinya pada waktu itu.

Syafiq bukanlah seorang superhero yang luarbiasa. Dia bukan Iron Man. Dia bukan James Bond. Bukanlah seorang yang tahu segala sesuatu jawapannya. Kadang-kala dia hanya mampu berdiri, termenung, berhenti dan berfikir sejenak. Kadang-kala dia hanya menyerah pada naluri, membuat tindakan mengikut gerak hati. Kadang-kala dia menyerah pada Ilahi.

Sesungguhnya, Syafiq hanyalah seorang lelaki biasa.

ʻʻAssamaualaikum, Fiqʼʼ suara Hasrul kedengaran memberi salam dari belakang.

Syafiq menoleh. Tersenyum melihat rakan yang dia anggap sebagai abang sendiri. ʻʻWaalaikumsalam, bangʼʼ jawab Syafiq sambil tersenyum lebar, terus mendapatkan lelaki itu dan memeluknya erat.

ʻʻBila kau balik, Fiq? Lama kau menghilang diriʼʼ tanya Hasrul.

ʻʻBaru balik petang tadi, bangʼʼ jawab Syafiq sambil mengangguk sekali, sedekah senyuman masih tidak lekang di bibir. ʻʻAbang apa khabar, sihat?ʼʼ

ʻʻAku macam ni lah. Kau tak perlu risau pasal aku. Kau ni pehal? Dekat dua bulan kau lesap? Merantau ke apa, Fiq?ʼʼ tanya Hasrul lagi.

Syafiq hanya menunduk, mengenangkan nasibnya yang telah hilang tanpa berita, ʻʻAda lah bang. Panjang ceritanyaʼʼ jawabnya ringkas. Dia hanya memberi jawapan sebegitu, masih belum bersedia untuk menceritakan dengan panjang lebar apa yang berlaku padanya.

ʻʻKau hilang macam tu jer, Fiq. Macam David Copperfield. Semua orang tak tahu kau pergi mana. Kau tak cakap dekat sesiapapun. Manager 7 Eleven tu cari kau. Budak cybercafe tu menanya kau. Sampai bini kau pun...ʼʼ

Hasrul tidak menghabiskan ayatnya. Dia mengeluh. Hatinya masih tidak senang memikirnya apa yang sedang disimpan olehnya.

ʻʻAbang ada nampak Lisa?ʼʼ tanya Syafiq perlahan. Malu dengan soalan sendiri.

Hasrul menggeleng-gelengkan kepala. ʻʻAku dah berbuih bagi nasihat dekat kau. Aku ingat kau nak berubah. Jadi lelaki yang ada masa depan. Ni tak. Kau hilang. Lesap. Tak ada berita. Bila balik, bini sendiri pun tak tahu dekat mana. Apa nak jadi dekat kau ni, Fiq?ʼʼ

Syafiq menunduk. Telan air liur. Sedih.

Hasrul menghela nafas. ʻʻLisa ada lagi dekat sini. Tapi dia keluar. Dia dah ada kawan baru dah sekarangʼʼ

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now