48

3.3K 56 86
                                    

Hampir sejam Delisa berjalan-jalan tanpa arah tuju dengan hanya berkaki ayam. Dari Mandarin Oriental, dia menuju ke arah Taman Rekreasi KLCC, melepasi Masjid KLCC, kemudian ke Four Seasons, kemudian balik semula kepada menara berkembar Petronas.

Tubuhnya lencun dibasahi hujan. Kederatnya semakin kurang. Tapak kakinya melecet akibat berjalan tanpa berkasut.

Sejak sejam itu jugalah, Delisa telah menalifon kesemua kaum keluarganya. Lama dia berbual dengan adiknya Naura, kemudian dengan ibu dan ayahnya, kemudian menalifon ibu dan ayah mertuanya pula.

Walaupun dalam tona suaranya, dia cuba untuk memberi gambaran yang semuanya baik-baik belaka, tapi di dalam hatinya, perasaan menyesal tidak putus menyelubungi jiwanya. Semua gambaran yang telah berlaku sejak dua bulan lalu perlahan-lahan bercantum akhirnya menjadi sebuah cerita.

Cerita yang menyebabkan Delisa rasa begitu berdosa sekali. Kerana dalam keadaan suaminya Syafiq sedang bertarung dengan nyawa, dia sendiri hanyut dalam kenikmatan dunia.

Delisa tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan suaminya semula. Dengan mertuanya. Dengan keluarganya. Adakah mereka sudah tahu apa yang dia telah lakukan? Adakah Syafiq tahu?

Delisa malu. Dia berdoa pada Allah agar perbuatannya tidak diketahui oleh Syafiq. Biarlah ia jadi rahsia. Biarlah dia sendiri yang menangung dosa. Sesungguhnya, dia tidak mahu hati suaminya itu terluka.

Kalau lah boleh masa itu ditarik balik, sudah tentu Delisa akan mengubahnya semula. Kalau boleh, Delisa ingin kembali ke waktu itu. Dua bulan yang lalu. Setia berada dan menunggu suaminya untuk menjemputnya di perhentian teksi KLCC.

Biarlah datang segala hujan dan badai, segala ribut dan taufan. Datanglah segala apapun. Delisa akan tetap menunggu sehingga Syafiq datang.

Penyesalan hatinya membawa kakinya ke tempat yang sama dua bulan yang lalu. Dia kini sedang berada di perhentian teksi KLCC. Tempat yang sepatutnya dia berjumpa dengan Syafiq seperti yang telah mereka janji.

Ya Allah. Kembalikan lah aku ke waktu itu.

Doa perlahan Delisa sambil matanya ditutup. Air berlinangan membasahi pipi.

Delisa membuka matanya perlahan. Mencurah air mengalir dari kelopak matanya. Pandangannya kabur. Dia tak nampak apa-apa.

Penglihatannya semakin lama semakin jelas tatkala air mata semakin mengering.

Di hadapannya ada banyangan seorang manusia. Tapi dia berkepak. Kepaknya luas dan putih seperti kepak seekor burung merpati.

Adakah itu malaikat?

Adakah itu orang yang akan menyelamatkannya?

Dengan perlahan kepak putih lelaki itu semakin mengecut, seiring dengan penglihatannya yang semakin jelas.

Kepak yang disangkanya itu sebenarnya hanyalah lampu-lampu kereta yang menyala dari belakang tubuh lelaki itu.

Lelaki itu adalah seorang manusia.

Lelaki itu adalah...

Syafiq.

Luruh hati Delisa melihat Syafiq di hadapannya. Adakah dia bermimpi. Adakah itu ilusi. Adakah mindanya begitu celaru sehingga dia sudah tidak dapat membezakan antara yang maya dengan yang realiti.

Syafiq berjalan perlahan ke arah Delisa yang masih terpaku di hadapannya. Langkahnya tidak dikejar. Tidak dilekaskan. Satu persatu kakinya melangkah sambil dia datang menghampiri. Sehingglah dia betul-betul berada di hadapan isterinya di bawah teduhan perhentian teksi itu. Air hujan menitis dari rambutnya, menitis membahasi wajahnya.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now