Syarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi.
Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seorang lelaki yang tidak pernah ditemui. Tetapi di dalam bayangan tersebut, lelaki itu adalah pemilik cinta dan hatinya, kepunyaan jiwa batinnya, dan pemegang kunci nafsu syalwatnya.
Dalam dia berlumba mencari jawapan, Azrina akhirnya mendapati bahawa bayangan tersebut adalah sebenarnya firasat takdirnya. Dia melihat benda yang belum berlaku. Perkara yang belum terjadi. Peristiwa yang masih belum dilalui olehnya.
Tetapi firasat itu ada taruhannya. Satu taruhan yang sangat tinggi harganya.
Ini adalah kerana Azrina telahpun bersuami kepada seorang lelaki yang sempurna. Mereka hidup gembira bersama dua orang anak yang menceriakan rumahtangga mereka. Hidup mereka lengkap. Aman. Bahagia.
Hadirnya firasat tersebut bermaksud taruhannya ialah kemusnahan rumahtangganya sendiri.
Dapatkah Azrina melawan takdir?
Mampukah Azrina mengubah jalan hidup yang telah ditulis akan berlaku pada dirinya?
Ataupun, adakah Azrina akan tewas.
Tewas pada firasat cinta.
AMARAN!
Novel ini mengandungi adegan seks yang erotis dan agak keterlaluan. Ia juga menyentuh isu agama, moral, kesetiaan, dan melawan takdir atau qada dan qadar. Ianya tidak sesuai untuk bacaan kontemporari.
ʻʻFirasat Cintaʼʼ ialah siri ketiga dan terakhir dalam Trilogi Terlanjur Cinta karya Seri Dewi Suria, yang membawakan tema ʻʻKetentuan Cintaʼʼ
Trilogi Dugaan Cinta
Volume 1: ʻʻCinta dan Dosaʼʼ
Volume 2: ʻʻBagaikan Bidadariʼʼ
Volume 3: ʻʻSentuhan dari SyurgaʼʼTrilogi Terlanjur Cinta
Kisah 1: ʻʻKerana Satu Malamʼʼ
Kisah 2: ʻʻHati Mereka Yang Terlukaʼʼ
Kisah 3: ʻʻFirasat CintaʼʼPembaca boleh menghayati naskah ʻʻFirasat Cintaʼʼ secara standalone, iaitu tanpa perlu terlebih dahulu membaca naskah-naskah yang lain, kerana ianya tidak menjejaskan jalan cerita.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...