37

2.6K 48 13
                                    

ʻʻMimeen. Maafkan saya. Saya... saya... tak berniat nak buat macam tu...ʼʼ kata Syafiq sambil tertunduk. Dia kemudiannya mengutip sebiji demi sebiji epal dari atas tanah dan dikumpulkan ke dalam lengannya.

Raut gelak Jasmina pun beransur-ansur menjadi lega. Dia memandang Syafiq dengan pandangan yang penuh dalam sekali. Sedikit teruja tatkala Syafiq memanggilnya dengan panggilan Mimeen kerana itu adalah panggilan manja kepadanya.

Syafiq menghampiri Jasmina dan menuang kesemua epal yang telah dikutip dari atas tanah kembali ke bakul rotan Jasmina.

Syafiq yang masih sedikit malu di atas perbuatannya tadi cuba untuk menukar topik. Dia mendongakkan kepalanya melihat langit yang semakin mendung. ʻʻHari dah semakin lewat. Jom kita balik solat Asar berjemaah. Nanti tertinggal waktuʼʼ

Syafiq berjalan menuju ke cottage mereka semula. Jasmina mengekori dari belakang.

ʻʻFiq... solat jemaah? Kat sini tak ada surauʼʼ kata Jasmina sambil terkocohkacah mengejar Syafiq.

ʻʻTak perlu surau, Meen. Kita berdua jer cukup. Saya imamkan awakʼʼ kata Syafiq perlahan.

Jasmina mengangguk perlahan. Langkahnya menyamai langkah Syafiq di hadapannya. Terdetik hatinya melihat lelaki yang telah dijagainya sekian lama ini. Entah kenapa hatinya perlahan-lahan semakin terpaut kepada lelaki ini.

Mereka berdua tidak bercakap apabila berjalan bersama kembali ke cottage. Mulut seperti bisu untuk bertutur kata, tetapi hati sedang bergolak untuk bersuara.

Syafiq mendongak ke atas lagi. Dilihat langit semakin gelap. ʻʻHari nak hujan, Mimeenʼʼ katanya perlahan.

ʻʻAmbik kayu api dekat belakang rumah, Fiq. Sejuk kita malam niʼʼ cadang Jasmina sambil juga melihat ke arah langit. Titisan-titisan hujan sudah mula turun dan memukul bumi.

Syafiq mengangguk sambil berjalan ke belakang rumah, dan mengutip beberapa batang kayu api yang sudah siap sedia dibelah. Di bawanya kayu api itu ke dalam rumah dan menyusunnya di tempat pembakar api di tengah-tengah ruang tamu.

Diluar, hujan mula turun perlahan-lahan sehinggalah ianya lebat renyai.

Syafiq menyalakan api pada kayu-kayu yang dibawa masuk tadi untuk memanaskan ruang tamu yang semakin dingin.

Jasmina membawa bersamanya dua helai sejadah dan telekung dari dalam bilik. Syafiq mengambil kedua-dua sejadah tersebut dan melebarkannya ditengah rumah. Jasmina mengenakan telekungnya sambil menunggu Syafiq mengambil wudu.

Setelah keduanya selesai solat berjemaah, Syafiq membaca doa sambil Jasmina mengaminkannya sebagai makmum. Dalam doanya, Syafiq memohon agar dapat ditemukan semula dengan isterinya Delisa yang sangat-sangat dirindui.

Selepas selesai doa, Syafiq seperti tidak berfikir panjang dan terus memusingkan badannya menghadap Jasmina yang masih bertelekung. Dihulurkan tangan tanpa berfikir. Jasmina mencapai tangan Syafiq dengan kedua-dua tangannya, kemudian tunduk dan mencium tangan lelaki itu.

Sekali lagi Syafiq tersedar, wanita yang menyalamnya ini bukanlah isterinya. Dengan perlahan, Syafiq menarik tangannya kembali tanpa membuat Jasmina rasa terkilan.

Jasmina kemudian buka telekung dan melipatnya tepi. Sudah pasti waktu Maghrib dan Isya mereka akan berjemaah lagi.

Pada sebelah malam, Jasmina menyediakan makan malam untuk Syafiq dan dirinya. Jasmina membuat spaghetti bolognaise dengan shredded cheese di atasnya. Mereka menjamu selera di hadapan ungun api.

Selepas selesai Isya, Syafiq melipatkan sejadah dan membawanya ke bilik tidurnya. Ditolehnya kebelakang dan melihat Jasmina sambil berkata, ʻʻAwak tidurlah di depan hari ni ya. Malam ni sejuk. Saya tidur dalam bilikʼʼ

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now