Suasana malam di private beach Koh Samui begitu romantis sekali. Sepasang mempelai yang tengah mabuk bercinta sendang bersedia untuk menjamu selera di tepi pantai. Sebuah meja khas diletakkan di hadapan sebuah villa yang indah, dihiasi dengan lampu-lampu kecil yang berkelipan, beserta dengan unggun-unggun api disekelilingnya. Duduk pada meja tersebut ialah Adam dan Delisa. Adam memakai kemeja putih berlengan panjang yang berlipat dan berseluar hitam, manakala Delisa memakai beach dress juga berwarna putih. Bajunya tidak berlengan, menampakkan keseluruhan tangan dan ketiaknya yang terdedah. Potongan dihadapan pula rendah, mendedahkan dada yang licin dan aluran payudaranya yang menggiurkan. Rambutnya pula panjang dan beralun sambil ditiup oleh bayu laut yang lembut, menampakkan wajahnya yang begitu anggun dan jelita.
Pembantu peribadi mereka yang bernama Prasong sedang membawa dulang dan meletakkan pinggan berisi Shrimp Paesano dan Grill Asparagus di hadapan Delisa manakala Adam pula memilih Chicken Florentine dan Creamy Mushrooms sebagai pilihan makan malamnya.
Pelayan yang sama kemudiannya membuka gabus dari sebotol Marquis de Calon dan menuangkan ke dalam gelas Adam.
Apabila dia ingin menuangkan pada gelas Delisa, wanita itu menggeleng kepala sambil tersenyum. ʻʻItʼs okay, Pras. I just have lemonadeʼʼ
Pelayan tersebut tersenyum sambil melihat Adam, kemudiannya meletakkan botol red wine tadi di atas meja. Dia menunduk sambil meminta diri.
ʻʻYou tak minum?ʼʼ tanya Adam hairan kepada Delisa.
Delisa menggeleng kepala, tertunduk malu.
ʻʻHari tu masa dekat Shangri-La, bukan main lagi you tunjuk your knowledge of western liqoursʼʼ kata Adam sambil tersenyum sinis.
ʻʻKami memang belajar pasal alcohol masa dekat kolej dulu, but that does not mean yang I pun minum jugakʼʼ jawab Delisa tersipu malu.
Adam menggelengkan kepala. Sedikit tenungan kesian diberikan kepada Delisa yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan kenikmatan pelbagai jenis minuman keras dari dunia barat.
Adam kemudian mengambil botol red wine tadi dan menuangkan ke dalam gelas Delisa.
ʻʻMalam ni you kena minum. I insist. I want you to taste this. It will make relaxʼʼ pujuk Adam.
ʻʻRelax?ʼʼ tanya Delisa, ʻʻatau... horny?ʼʼ
Adam tergelak. ʻʻAda pulak ke situʼʼ katanya cuba mengelak.
Delisa tersenyum melihat Adam menuang minuman keras itu ke dalam gelasnya. ʻʻI tahu tu apa, Adam. Thatʼs Marquis de Calon. Sejenis aphrodisiac. You sengaja nak pancing I malam ni kan?ʼʼ
Adam mengeyit mata, ʻʻTry it, sayang. You will love it. You akan terbang ke alam kayanganʼʼ
Delisa tegelak atas gurauan Adam. Walaupun Delisa tau apa muslihat lelaki ini, tetapi dia masih hanya mampu sekadar tersenyum. Delisa dah belajar tentang perihal minuman dan makanan. Maquis de Calon. Shrimp Paesano. Grilled Asparagus. Kesemua yang telah dihidangkan kepadanya adalah formula pemangkin untuk menaikkan nafsu seorang wanita.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomantizmSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...