Sebuah kereta Toyota Corolla 1995 berwarna putih tiba diperkarangan tempat letak kereta rumah pangsa Ampang Jaya.
Syafiq dan Delisa awal-awal lagi sudah menunggu ketibaan kereta yang berusia lebih dari 20 tahun itu dengan hati yang penuh gembira. Nampak sahaja kereta itu masuk ke kawasan parkir, Delisa telah melambai-lambai riang pada mereka.
Naura yang duduk di seat belakang yang pertama dulu melihat mereka. Kaca tingkap diturunkan dan gadis manis bertudung itu terus mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta sambil melambai balas mesra sambil gelak ketawa memanggil nama kakaknya.
Setelah selesai memberhentikan kereta di dalam sebuah petak kosong, Naura yang duduk keluar. Terus dia berlari dan menerpa kakaknya yang dirindui. Mereka berpelukan mesra.
Syafiq pula pergi ke pintu pemandu. Membukanya tanda hormat. Tatkala Musa keluar dari kereta itu, Syafiq menyalam tangan bapa mertuanya dan menciumnya sekali.
Selesai berpelukan dengan Naura, Delisa menghampiri kereta ibu bapanya dan mendapatkan ibunya Zurina yang baru keluar dari keretanya.
ʻʻSusah-susah jer mama dan papa datangʼʼ kata Delisa dengan hormat sambil menyalam dan mencium tangan ibunya dulu.
Tetapi, tanpa disangkanya, salam Delisa itu dibalas dengan Zurina memulas telinga anak perempuannya itu, sehingga menyebabkan Delisa menjeri kesakitan. ʻʻKamu tu jer yang buat mama dan papa risau. Kan senang call bagitahu. Ni tak. Senyap hilang macam merajuk. Fiq accident masuk hospital pun mama dan papa tak tahuʼʼ
Melihat isterinya menjerit kesakitan apabila telinganya dipulas, Syafiq dengan pantas memujuk Zurina sambil mencapai tangan wanita itu untuk dicium. ʻʻAlah mama ni. Fiq tak ada apa-apa pun. Ara ni jer yang panik tak memasal. Nurse hospital pulak memandai jer buat prank. Fiq kan okay jer niʼʼ balas Syafiq bergelak ketawa.
Zurina melepaskan telinga Delisa. Delisa menggosok-gosokkan telinganya sambil Musa dan Naura ketawa melihat telatah ibu dan anak itu.
Delisa kemudiannya menyalam dan mencium tangan Musa pula. Sambil Syafiq membuat perkara yang sama pada Zurina.
Naura kemudian memeluk kakaknya dengan erat dari belakang. Tak puas peluk tadi. Nak peluk lagi. Walau sangat gembira melihat mereka, dalam hati gadis itu, dia tahu ada satu yang tak kena dengan kakak dan abang iparnya. ʻʻKak. Kenapa mata akak bengkak?ʼʼ bisik Naura pada telinga Delisa ketika mereka berpelukan.
ʻʻAllergic reactionʼʼ bisik Delisa kembali sambil tersenyum.
Tapi Naura tahu, mata bengkak Delisa bukan sebab alahan. Naura dapat agak yang Delisa menangis semalaman. Cuba bersangka baik, Naura hanya mengangguk sambil mencium pipi Delisa.
Syafiq kemudiannya membawa beg pakaian Musa dari dalam kereta dan menariknya bersamanya. Naura menggalas beg kecil dibahu yang mengandungi sepasang persalinan untuk satu malam. Delisa mula memimpin ibunya sambil mengambil sedikit buah tangan yang baru diberikan kepadanya. Syafiq dan Musa berjalan dihadapan, yang lain mengikut di belakang, sambil mereka semua naik ke tingkat lapan flat Block C tersebut.
Setelah dijemput kesemua masuk, mereka semua berbual di ruang tamu. Naura membantu Delisa di dapur menyiapkan juadah makan tengahari. Delisa memasak Nasi Tuah yang Syafiq sedang mengelolakan secara sampingan. Nasi tersebut dihidangkan dengan lauk ayam kurma dan hati ayam masak cili. Sementara itu, Naura membuat sayur karot, bawang, cili, timun dan nenas yang sulami dengan garam, gula dan cuka.
Setelah kesemua masakan siap, ianya dihidangkan di meja makan. Meja bulat untuk empat orang itu hanya muat diduduki oleh Musa, Zurina dan Syafiq, sementara Delisa dan Naura pula duduk bersimpuh di atas tikar disebelah depan ruang tamu.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...