24

3K 51 6
                                    

Adam tiba dirumahnya di Beringin Residence. Fikirannya berceramuk. Pelbagai perasan bercampur-baur di dalam jiwanya. Hari ni sahaja dia telah dilandai pelbagai emosi dari isterinya Jasmina, kekasih hatinya Delisa, dan juga dari seorang mekanik yang tidak dikenali.

Perasaan marah terhadap isterinya Jasmina siang tadi masih lagi betul belum-belum reda. Rasa kecewa dengan sikap acuh tak acuh isterinya terhadap perhubungan perkahwinan mereka menyebabkan dia merasa dukacita dengan perangai Jasmina.

Tetapi malam tadi, dia dihadiahkan pula dengan satu perasaan yang sangat indah tatkala cintanya dibalas Delisa. Hanya dengan sebuah baris kalimat yang diterima dari pesanan WhatsApp sudah cukup untuk hatinya berbunga-bunga.

Walau bagaimanapun, perasaan manis itu bertukar menjadi berbelah-bagi apabila hasratnya ditegur oleh Hasrul tidak lama selepas itu. Sebagai manusia, dia tahu yang mana benar, dan yang mana tidak. Tapi pertempuran yang sedang melanda hatinya mengaburi akal fikiran yang waras.

Adam merebahkan dirinya di atas sebuah kerusi Shiatsu Massage Recliner Chair yang terletak diruang tamu. Kerusi elektrik yang ditempah khas dari Jepun itu terus sahaja berfungsi dengan memanaskan bebola-bola tersembunyi di dalamnya yang bergerak mengurut tubuh belakang dan tengkuk Adam sambil lelaki itu menutup mata menghela nafas.

Walaupun otot-otot dan urat-urat yang tegang di tubuhnya dapat sedikit sebanyak diredakan, tetapi Adam akui, mesin tidak bernyawa itu tetap tidak dapat menggantikan sentuhan tangan dari seorang wanita.

Sentuhan dari seorang wanita yang bernama isteri.

Fikirannya melayang pada Jasmina, isterinya. Dia rindukan setuhan Mimeen kesayangannya itu. Kenapa sukar sangat dia mengecapi sentuhan itu sekarang? Berbeza sungguh sekarang dengan dahulu. Satu ketika dulu, mereka romantik, manja, tak lekang seperti belangkas.

Adam mengimbas semula kenangan bersama Jasmina. Ya, mereka adalah satu pasangan sejoli. Bercinta seperti pasangan muda.

Tetapi lama-kelamaan, keintiman suami isteri itu semakin lama semakin pudar.

Adam bingung dimanakah silapnya. Dia telah menyediakan segalanya buat Jasmina. Segala kemudahan dan kesenangan diluahkan, sehingga Jasmina tak perlu lagi berbuat apa-apa kerja pun. Dia hanya perlu berehat sambil bersenang-lenang sahaja.

Tetapi yang sebaliknya berlaku. Isterinya itu tidak menghargai semua itu. Malah semakin hari, semakin Jasmina jauh dari Adam. Jasmina semakin ralik dengan kesibukan kerjaya. Jasmina semakin lebih banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan, lebih mesra dengan teman sekerja, sehingga suami dan rumah besar yang disediakan itu hanya menjadi satu tempat persinggahan.

Adam bermonolog sendirian.

Dimanakah silapnya?Adakah aku ni terlalu mengejar kebendaan? Sampai isteri sendiri diabaikan?

Tidak.

Aku tak pernah abaikan Mimeen. I am always there for her. Anytime she needs me, I will be there.

Habis?

Kenapa dia begitu dingin dengan aku sekarang?

Adam menghela nafas lagi. Perbualan siang tadi bergema di dalam kepalanya.

Are you seeing someone else?

Get lost!

Jawapan yang diterima satu yang kasar. Jawapan yang mengecewakan. Jawapan yang... bak kata orang tua... kurang ajar.

Tetapi, dalam Adam sedang menbaluti kesakitan yang mengcengkam hatinya, hadir pula seorang wanita yang baru di dalam hidupnya.

Seorang wanita yang begitu jelita. Seorang wanita yang serta-merta terus menambat hatinya.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now