15

3.3K 52 3
                                    

Jasmina membuka matanya perlahan. Sinar dari lampu siling menyilaukan matanya. Mata dikecipkan sambil dahi dikerutkan tatkala retianya menerima reaksi cahaya lampu tersebut. Kena pula kepalanya berdenyut, bibirnya kering.

ʻʻHaah. Bangun pun. Dah enam jam you tidurʼʼ suara Dr Syed Izzuddin kedengaran disamping bunyi beep beep beep yang dikeluarkan dari mesin ECG disebelahnya.

Jasmina kembali cuba untuk membuka matanya semula. Kali ini lebih perlahan. Dia berada terbaring di atas katil. Tangannya berbalut dengan salur darah yang masih melekat di lengannya. Bayangan Dr Syed berdiri di sebelah katilnya semakin jelas. Dr Syed sedang memegang sebuah fail dan menulis beberapa nota di atasnya sambil mengambil bacaan dari mesin ECG tadi.

ʻʻI passed out ke, doc? Berapa lama I went under?ʼʼ tanya Jasmina lemah.

ʻʻYou tak ingat, Meen?ʼʼ jawab Syed Izzuddin sambil tersenyum, ʻʻMalam tadi, memang you adalah this hospital punya number one hero, Meen. Without your selfless act, pesakit Datuk semalam pasti tidak dapat diselamatkanʼʼ

ʻʻPesakit Datuk?ʼʼ tanya Meen. Ditolehkan kepalanya kesebelah kanan. Di dalam bilik wad tersebut ada dua katil. Satu katilnya. Dan disebelah kanannya ada satu katil lagi. Di atasnya terbaring seorang lelaki. Kepalanya berbalut. Mulut dan hidungnya disambungkan tiub pernafasan oksigen. Badannya penuh dengan post surgical bandages. Kaki kirinya telah dipasangkan besi penyambung.

Jasmina menelan air liur melihat lelaki itu.

ʻʻDonʼt worry, Meen. He will be fineʼʼ kata Syed Izzuddin sambil menurunkan fail yang dipegangnya ke tubuhnya. ʻʻHe almost bleed out semalam. While waiting for emergency blood sampai, you selamatkan dia by giving your ownʼʼ

ʻʻSampai I passed out?ʼʼ tanya Jasmina perlahan, matanya tak lekang melihat lelaki yang masih tidur di katil sebelahnya.

ʻʻTak ingat ke, Meen? You yang bagi authorisation to proceed. Patutnya satu donor hanya dermakan satu pint darah sahaja. Tapi malam tadi, kita buat blood transfusion dari you sebanyak dua pint. Itu sebab you passed outʼʼ

ʻʻDua pint?ʼʼ tanya Jasmina.

ʻʻYou masih tak ingat ya, Meen?ʼʼ tanya Syed, sedikit risau. ʻʻYou made the decision malam tadi, sebab pesakit tu masih undergoing uncontrolled bleedingʼʼ

Jasmina menutup matanya perlahan, cuba mengingat semula kejadian malam tadi. ʻʻHmm... okay... I remember now... Blood tak sampai lagi.... patient perlukan darah... blood bank masih dalam Op... yes... I bagi authorisation untuk ambik dua pint terusʼʼ

Syed tersenyum, sambil meletakkan tangannya pada bahu Jasmina, ʻʻIngat pun. That is why you passed out. But your actions have saved this patient. Thank you, Meen. Datuk pun berterima kasih dekat you semalamʼʼ

ʻʻIs he okay?ʼʼ tanya Jasmina sambil mata masih melihat lelaki tidak bernama itu tidur dengan aman.

ʻʻWe managed to repair the ruptured artery. Kaki dia patah, jadi Datuk dah pasangkan leg brace malam tadi. A lot of injuries dekat badan dan kepala. Apparantly injuries bukan because of the car accidentʼʼ jelas Syed.

ʻʻMaksud you?ʼʼ tanya Jasmina yang cuba untuk duduk dari baringnya.

ʻʻEasy, easy, my dearestʼʼ kata Syed sambil cuba memapah tubuh Jasmina untuk membantunya duduk di atas katilnya.

ʻʻIʼm okay, doc. Thank youʼʼ jawab Jasmina sambil tersenyum pada Syed tatkala dirinya sudah dalam keadaan duduk di atas katil.

Syed menyambung perbualan mereka yang terhenti tadi.

ʻʻMaksud I, injuries pada badan dan kepala indicate dia kena pukul teruk sebelum kena langgar oleh Datukʼʼ jelas Syed lagi.

ʻʻYa Allah. Kesiannyaʼʼ kata Jasmina sambil cuba mengalihkan kakinya pula dari katil agar melunjur ke bawah, dan sekaligus menghadap katil pesakit lelaki disebelahnya. ʻʻTapi yang penting, dia dah selamat sekarangʼʼ

Syed menghela nafas sedikit, ʻʻYang tu, kita belum pasti lagiʼʼ

ʻʻMaksud you?ʼʼ tanya Jasmina.

ʻʻBecause he sustain a lot of bleeding, especially sebab head injury dan ruptured artery, kami risau kalau that will affect blood flow ke kepala diaʼʼ

ʻʻMeaning?ʼʼ

ʻʻHis blood oxygen level was low. Kurang oksigen pada otak boleh menyebabkan dia...ʼʼ

ʻʻKomaʼʼ sambung Jasmina, memotong kata-kata Syed tadi.

ʻʻYupʼʼ jawab Syed sambil menunduk. ʻʻBut, letʼs hope for the best. Letʼs hope dia dapat sedar semula, dan ingat apa yang berlakuʼʼ

Jasmina cuba untuk bangun dari katilnya. Tangan kanannya memegang tiang IV yang masih bersambung pada lengannya.

Syed cuba untuk membantunya berdiri.

Dengan perlahan, Jasmina mendekati katil lelaki disebelahnya itu, sambil tangan kanan menarik tiang IV mengekorinya.

Jasmina melihat lelaki itu. Ditenungnya seketika. Wajahnya aman, tetapi rautnya seperti agak sayu.

Jasmina kemudian melihat carta yang dikepilkan pada dinding di atas katil lelaki itu.

Carta tersebut tidak ditulis sebarang nama.

ʻʻDo we know who he is?ʼʼ tanya Jasmina.

ʻʻDonʼt know, Meen. Masa Datuk jumpa dia, dia tak ada sebarang identity dengan dia. Tak de MyKad, driving licence, wallet. Nothing... yang ada is just jam Casio yang dah retak dekat tangan kiri dia, dan sebuah cincin suasa di jari manis... and...ʼʼ

Syed tidak menyambung. Dia hanya menarik nafas dalam.

ʻʻAnd?ʼʼ Jasmina menoleh pada Syed.

Syed menghela nafas. ʻʻ...and... sekeping duit sepuluh ringgit yang dia masih genggam dalam tangan kanannyaʼʼ

Jasmina menoleh kembali kepada lelaki itu. Satu senyuman kecil dihadiahkan pada lelaki itu, walaupun dia tidak dapat melihatnya. "Kesiannya" bisiknya perlahan.

ʻʻOk, Meen. I nak go back to my roundsʼʼ kata Syed sambil meletakkan tangannya pada bahu Jasmina.

Jasmina menoleh kembali pada Syed. Senyuman dibalas semula. Tangan Syed yang berada di atas bahunya dipegang oleh Jasmina. Diusapnya tangan doktor itu dengan perlahan. ʻʻThank you for taking care of me, Izzʼʼ jawabnya sambil tersenyum manja. Panggilan Izz yang diucapkan kepada Syed Izzuddin disebut dengan perlahan agar tidak didengari orang. Panggilan yang hanya diucapkan apabila mereka berduaan sahaja.

ʻʻYou dah practically finished your shift now. You nak balik rumah ke?ʼʼ tanya Syed, sedikit berbisik. Tangannya masih pada bahu Jasmina, dipegang erat oleh wanita itu.

Jasmina mengeluh. ʻʻTak nak lahʼʼ jawabnya. ʻʻI am fed up with that empty house. Lebih baik I duduk siniʼʼ

ʻʻMasih problem dengan Adam ke?ʼʼ tanya Syed, sedikit perihatin.

Jasmina mengeluh, kepalanya dilentokkan sedikit pada tangan Syed yang masih dibahunya, ʻʻI penatlah dengan Adam tu, Izz. Ada husband macam tak ada husband. He literally does not see me. I ni macam invisible woman to himʼʼ suaranya kesal.

ʻʻYouʼre not invisible to me, Meenʼʼ kata Syed perlahan sambil mengalihkan tangan di bahu wanita itu sambil perlahan-lahan mengusap pipinya pula.

ʻʻNot hereʼʼ bisik Jasmina pada Syed. ʻʻNanti orang nampakʼʼ

Syed menarik tangannya perlahan dari pipi Jasmina. ʻʻOkay, Meen. I pergi see my patients dulu. Nanti kita breakfast sama-sama ya?ʼʼ pelawanya.

Jasmina mengangguk manja. ʻʻI will. Thank you, Izzʼʼ

Syed kemudian tersenyum sambil beredar dari katil Jasmina.

Jasmina menghela nafas sedikit melihat Syed pergi.

Dia kemudian menoleh semula ke lelaki yang masih terbaring di atas katil disebelahnya.

Jasmina memeriksa balutan di tubuh dan kepala lelaki itu. Diusap-usapnya perlahan.

Satu senyuman manis terukir di bibir wanita itu.

ʻʻWho are you, mister stranger?ʼʼ

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now