11 🔞

17.7K 57 4
                                    

Jasmina membuka matanya perlahan, bangun dari tidurnya yang begitu selesa. Katil King Size bertilamkan memory foam dari jenama yang terkemuka membentuk contour tubuhnya dengan setiap lekuk diukir rapi. Keselesaan tidurnya dilengkapi juga dengan bantal hypo-allergenic hollowfibre yang merehatkan kepala.

Nyenyak betul tidurnya pagi tadi. Bauan Water Lily dari essential oils disebelah katilnya memang membantu lenanya menyusuk ke fasa yang sangat dalam yang dipanggil REM deep sleep. Apabila berada di dalam fasa REM ini, tidurnya begitu mengasyikkan sehingga mimpinya terasa seperti nyata. Hadirnya mimpi itu seperti ianya benar-benar berlaku.

Tetapi Jasmina masih dapat bezakan antara mimpi dan realiti. Ini adalah kerana yang berlaki di dalam mimpi selalunya indah, disulami dengan suasana romantis. Di dalam alam mimpinya, Jasmina akan bersama dengan seorang lelaki yang dicintainya.

Kerana pada waktu itu lah Jasmina akan bertemu dengan suaminya, Adam Haider.

Tetapi, Jasmina tahu, pertemuan suami isteri itu hanya akan wujud dalam alam mimpi. Di dalam dunia ini, mereka menyulam kasih, menyemai cinta. Bersatu satu hati dan jiwa. Bercinta bagai sepasang kekasih di dalam novel, di dalam drama yang skrip telah ditulis sebagaimana yang dicitarasakan sendiri.

Tetapi realiti?

Malangnya, realitinya jauh berbeza.

Jauh berbeza sama sekali.

Her life is her work.

His life is his work.

Bangun tidur, suami tak ada disebelah.

Pergi kerja suami tak balik lagi.

Bila balik kerja, suami pula sudah tidur.

Dah seminggu Jasmina dan Adam tidak bertegur siapa.

Dah berminggu mereka tidak menghabiskan masa bersama.

Dah tiga bulan mereka tidak bersenggama.

What kind of fucked up relationship is this?!

We practically strangers in our own house! keluh Jasmina bila memikirkan kemelut perhubungannya bersama Adam.

Bayangkan, tiga bulan tidak senggama.

Tiga bulan tak disentuh.

Bukannya Jamina tidak ada keinginan.

Bukannya dia tak ada nafsu.

Tapi kalau Adam yang tak menyentuhnya, tak kan dia nak terhegeh-hegeh seperti perigi mencari timba?

And this is where it all start to go wrong.

Di sebelah pihak suami, ada ego yang tinggi melangit. Kononlah.

Di sebelah isteri pulak, tak nak meminta, padahal hati sedang meronta-ronta.

Aleh-aleh dua-dua yang rugi.

Jasmina mengeluh. Kadang-kadang dia rasa bosan juga. Kenapa perlu Adam Haider yang hadir di dalam mimpinya? Okay, because he is my husband - jawapan selamat. Tetapi kalau alam mimpi boleh dicipta sendiri, dia boleh saja memilih mana-mana hero untuk mendampinginya, kan? Macam dalam filem The Thirteenth Floor.

Mungkin sudah tiba masanya Jasmina mencari pengganti. Kadang-kala terfikir di dalam hatinya, pengganti Adam bukan sekadar wujud di alam fantasi. Tetapi mungkin juga di alam realiti? Memanglah ikatan perkahwinan itu sepatutnya kekal sehingga ke Jannah. Tetapi kalau sudah tidak ada persefahaman seperti ini, would be better to just let go? Itulah pertanyaan yang sering mengganggu fikiran Jasmina. Samada dia perlu setia kepada Adam, ataupun sebaliknya.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now