56

3.8K 51 36
                                    

Malam semakin larut. Juadah di atas meja dah lama dah selesai. Tetapi perbincangan perniagaan diteruskan lagi. Aziz memesan 50 cucuk satay ayam dan nasi impit untuk dimakan bersama rakan-rakan barunya. Hazrin pula mengorder dua jug air belimbing susu. Pelayan membawa dua jug tersebut bersama lima gelas plastik yang baru. Mereka berlima sama-sama berkongsi makan dan minum sambil berbincang hinggalah ke tengah malam.

Setelah satay tinggal lidi, setelah isi jug habis ke perut, maka kelima-lima mereka tersandar kekenyangan. Tetapi bukan sahaja perut yang senang, tapi perbincangan perniagaan mereka telah mencapai kata putus. Jalan dah nampak. Usaha perlu dikendong. Rajin perlu digalas. Doa perlu dipanjatkan. Tawakkal dan sabar perlu diteguhkan di dalam hati.

Kerusi pun dah bertukar tempat. Naura duduk sebelah kakaknya, ralik mereka berdua bersembang adik-beradik. Syafiq pula ralik berbual dengan Hazrin dan Aziz. Group perempuan satu sudut. Group lelaki sudut sebelah lagi.

Setelah malam menyinsing, Hazrin pun bangun meminta diri. Dia mula-mula menyalam tangan Aziz. Sambil salam, Hazrin tunduk hormat pada lelaki yang dua kali umur nya itu. Kemudian dia menoleh pula pada Syafiq. Kali ini Syafiq bangun dari tempat duduknya. Tangan kanan mereka bersalaman, dengan tangan kiri Syafiq menepuk bahu Hazrin.

ʻʻSaya tanya sikit boleh?ʼʼ kata Syafiq perlahan kepada pegawai muda PALAPES itu.

ʻʻBoleh, bangʼʼ kata Hazrin sedikit gementar.

Syafiq merenung mata Hazrin dalam. ʻʻAwak dengan Ara... korang berdua ni... tengah couple ke?ʼʼ soalan direct terus ditanyakan.

Hazrin semakin gementar. Telan air liur sekali. Naura terdengar pertanyaan abang iparnya itu. Dia menggenggam tangan kakaknya erat. Delisa tergelak melihat adiknya yang sama nervous jugak. Aziz hanya memandang telatah dua gadis jelita dihadapannya sambil tersenyum.

ʻʻErmm... kami kawan jer, bangʼʼ jawab Hazrin, sedikit gugup. Naura mengambil gelas air belimbing susunya yang telah kosong dan menghirup udara kosong melalui straw.

ʻʻKawan? Oh... tapi tadi saya nampak awak ada pegang tangan Ara, kemudian saya nampak awak usap belakang diaʼʼ Syafiq berbisik, sedikit mengusik.

Naura tersedak walaupun tak ada air yang disedut. Hazrin tertunduk malu. Muka cerahnya menjadi merah. Delisa ketawa. Aziz turut terhibur juga.

ʻʻMaaf, bang. Saya... erm... camne ya... saya...ʼʼ balas Hazrin tergugup-gugup.

ʻʻTak bersalah kalau berkawan. Saya dulu pun berkawan dengan Lisa sejak kami dari tahun pertama lagi. Tapi, dalam fasa berkawan ni, cubalah jaga batas. Adik saya sorang tu masih bersih lagiʼʼ pesan Syafiq.

Hazrin mengangguk laju. Muka Naura merah. Delisa tutup mulut dengan tangan, tak tahan nak gelak.

ʻʻJaga dia baik-baik. Jangan sakitkan hati dia. Jangan lukakan dia. Jaga dia. Lindungi dia. Bimbing dia. Pastikan dia tak tersisih dari jalan yang benarʼʼ pesan Syafiq.

Delisa tertunduk mendengar pesanan suaminya itu pada Hazrin. Gelak yang tadi berhansur hilang.

ʻʻBaik bangʼʼ jawab Hazrin.

ʻʻIngat ya pesanan saya? Awak nampak niʼʼ kata Syafiq sedikit berjenaka sambil menunjukkan genggaman tangan kirinya yang bercalar pada buku-buku jari. ʻʻKalau awak tak dapat lindungi Naura, jangan saya yang terpaksa lindungi dia nantiʼʼ

Hazrin faham tatkala melihat penumbuk tangan Syafiq yang bercalar itu. Pasti lelaki dihadapanya ini pernah membelasah seseorang. Bukan lelaki ini nak tunjuk samseng. Bukan nak tunjuk badang. Tapi yang kurang ajar perlu diajar. Walaupun cara mengajar itu agak menjurus kepada kekerasan.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now