29

9K 49 4
                                    

NUR NAURA ARIA berlari-lari lincah menggendongkan beg galas di bahu kirinya sambil tangannya melambai-lambai kepada sebuah shuttle bus yang baru hendak bertolak dari Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi menuju ke Fakulti Perniagaan dan Perakauan Universiti Malaya tempat dia sedang menuntut di tahun ketiga. ʻʻPak Yeh! Tunggu Naura! Tunggu Naura!ʼʼ katanya sambil menjerit-jerit melambai tangan.

Pemandu bas tersebut, seorang lelaki berumur 50an, hanya tersengeh sambil menggelengkan kepala kerana dia kenal sangat dengan sikap kelam-kabut gadis berumur 23 tahun itu.

Apabila Naura hampir sahaja tiba ke pintu bas tersebut, pemandu yang diberi gelaran Pak Yeh oleh mahasiswa-mahasiswi Kolej Kesepuluh itu, dengan sengaja menggerakkan bas sedikit kehadapan untuk membersenda Naura. Pelajar-pelajar di dalam bas semua gelak ketawa melihat Naura kalut sambil mengejar bas yang sudah mula bergerak.

Tapi hasil langkah lincah Naura yang seperti tidak mengerti kepenatan, dia terus sahaja melompat ke tangga masuk bas tersebut dengan aksi seperti seorang stuntwoman. Tangan kiri menggengam railing pintu sementara tangan kanan menabik hormat Pak Yeh sambil menghadiahkan lelaki itu dengan satu senyuman yang manis. Sambil itu, pelajar-pelajar lain di dalam bas semua bertepuk tangan pada kejayaan gadis comel molek yang lincah itu.

ʻʻThank you Pak Yeh! Naura sayaaang Pak Yeh!ʼʼ kata Naura sambil menerpa pemandu itu dan memeluknya manja seperti seorang anak perempuan memeluk bapanya.

ʻʻHey! Kau jangan nak mengada! Aku tengah bawak bas ni! Pergi duduk belakang!ʼʼ Marah Pak Yeh, walaupun dalam hatinya cukup gembira melihat telatah Naura yang begitu ceria itu.

Naura terus gelak ketawa sambil melompat langkah masuk ke dalam bas menuju ke salah satu tempat duduk kosong di hujung sebelah belakang bas tersebut. Rakan sekelasnya, Binita Anjali yang duduk disebelah kerusi yang kosong itu melambai-lambat ke arahnya.

ʻʻNaura! Lambat lagi! Buat apa tadi? Chatting dengan boyfriend eh?ʼʼ Binita mengusik.

ʻʻIsh! Kau ni Nita! Aku mana ada boyfriend lagi okay? Aku kan masih single and availableʼʼ katanya sedikit menggedik. ʻʻAku kelam kabut tadi nak siapkan balance sheet untuk Prof Suzy hari ni lahhʼʼ

ʻʻTu lah kau ni, asyik last minute jer. Bila kau nak keep on time ni haah?ʼʼ tegus Binita sambil berpeluk tubuh.

ʻʻRelaks lah babe! Walaupun aku last minute, tapi the most important thing, aku tak pernah terlewatʼʼ katanya mengecilkan sebelah mata.

ʻʻItupun nasib baik Pak Yeh simpati dengan kau. Kalau si Jusoh tu yang bawak bas pagi ni, dah sah-sah dia tinggalkan kau terkapai-kapai tadi. Nasib kau lah kalau kau kena jalan kaki ke dewan kuliah pagi ni!ʼʼ Binita mengecilkan mata.

ʻʻSebab aku tahu yang Pak Yeh shift pagi ni lah tu yang aku bajet baik punyaʼʼ balas Naura berjenaka, sambil mengelap peluh yang menitik dari dahinya, dan membetulkan tudung di atas kepalanya yang sedikit kusut masai.

Binita hanya tersengeh, kemudian menukarkan topik perbualan, ʻʻHey Naura! Kau ni sampai bila nak single? Ramai siswa menanyakan kau tau? Kau nak aku kenalkan tak dengan seorang budak ROTU ni? Hansem, babe. Dia ni dok tanya kau dah lama dahʼʼ

ʻʻROTU? Tak nak lah. Aku tak minatʼʼ jawab Naura pantas.

ʻʻKau ni. Dulu ada budak medic minat kat kau, kau tak mahu. Lepas tu ada budak Enjin pulak. Hansem pe mamat tu. Yang tu pun kau rejek. Ni ROTU ni dah nak dapat tauliah Leftenan Muda tak lama lagi. Kau kan suka lelaki yang segak?ʼʼ tanya Binita lagi.

ʻʻDiam lahʼʼ kata Naura menggeleng kepala. ʻʻAku tak nak fikir pasal bercinta. Aku muda lagiʼʼ

ʻʻKau ni kenapa? Masa ni lah nak cari pasangan hidup kau. Kau tengok kakak kau dulu tu. Masa dekat UiTM lagi dia dah cekup abang ipar kau kan?ʼʼ Binita mengimbas kembali memori kisah cinta kakak Naura dan abang iparnya lima tahun yang lalu.

ʻʻJodoh masing-masing, Nitaʼʼ kata Naura sambil tertunduk, menelan air liur, menghela nafas sedikit mengembalikan tenaganya seletah berlari dengan lincah tadi.

ʻʻJodoh tak kan datang bergolek kalau kita tak usaha cariʼʼ balas Binita.

ʻʻKau jer lah ambik mat ROTU tu kalau kau minat sangatʼʼ Naura memalingkan muka.

ʻʻHey! Jangan nak cadang yang bukan-bukan okay! Aku dah couple dengan Amir kan. Tak de masa aku nak curang!ʼʼ gelak Binita.

Naura hanya tersenyum.

Setelah separuh perjalanan ke Fakulti Perakaunan, Binita mengeluarkan telefon pintarnya dari beg yang dibawanya. ʻʻBabe. Kau tengok tak Instagram hari ni?ʼʼ

ʻʻAku tak de masa lah nak berinsta-insta ni, Nitaʼʼ balas Naura selamba.

ʻʻKau ni memang duduk dalam gua betul lahʼʼ balas Binita sambil mengimbas-imbas skrin telefon nya. ʻʻNi aku nak kau tengok niʼʼ

ʻʻTengok apa?ʼʼ kata Naura walaupun matanya tidak memandang.

ʻʻAda satu posting ni. Aku nampak hari tu. Tapi macam buat tak tahu jer. Tapi bila kita mention pasal akak kau tadi, aku teringat balik pada posting niʼʼ kata Binita sambil jarinya mengimbas-imbas posting Instragram yang dibacanya.

ʻʻKakak aku?ʼʼ tanya Naura hairan.

ʻʻJapʼʼ kata Binita sambil mencari-cari sesuatu di laman Instagramnya. ʻʻHaa ni dia. Cuba kau tengokʼʼ

Binita memberikan telefon pintar tersebut kepada Naura. Di dalam skrin tersebut terdapat sebuah posting dari seorang pengguna instagram bernama @GorgeousMimeen. Wanita itu mengepos sebuah gambar seorang lelaki sedang tidur di atas katil dengan caption:

Hello! This is #MisterStranger speaking. Saya sekarang under the care of @GorgeousMimeen dekat satu tempat rahsia. Tapi @GorgeousMimeen pun tak kenal diri saya sebenarnya. Siapa boleh teka siapa saya? #WhoIsMisterStranger #SiapaKenalMisterStranger

Mata Naura terbelik luas.

ʻʻMula-mula aku nampak posting ni. Aku buat tak tahu jerʼʼ kata Binita, ʻʻtapi lepas ingat-ingat balik, si Mister Stranger ni macam muka abang ipar kau? Hmmm... what do you think? Abang ipar kau tengah sakit ke, Nuara?ʼʼ tanya Binita.

Naura tidak berkata. Matanya berkaca-kaca ʻʻAbang Fiq?ʼʼ bisiknya perlahan.

ʻʻNaura?ʼʼ tanya Binita, risau melihat Naura yang muram.

Naura terus meletakkan telefon Binita pada ribanya dan mengambil telefon Oppo F5 miliknya dan terus menalifon kakaknya, Nur Delisa.

Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami. Terima kasih.

ʻʻWhat? Kak Lisa? Kenapa tak ada line ni?ʼʼ tanya Naura mengerutkan dahi. Di dail lagi nombor yang sama.

Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami. Terima kasih.

ʻʻKak Lisa! Akak tukar nombor ke?!ʼʼ Naura menjerit pada dirinya sendiri. Binita agak terkejut dengan reaksi Naura.

Naura terus mematikan panggilan dan menelan air liur. Matanya dipejam sebentar. Nafas ditarik dalam.

Naura membuka matanya semula. Keningnya berkerut. Dia merenung skrin pintarnya. Sesuatu yang menggangu fikirannya.

Dia kemudian mendail satu nombor lain. Nombor tersebut adalah milik abang iparnya, Syafiq Mukhlis.

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi. Terima kasih.

Nuara mematikan telefon.

Dia buntu.

Risau.

Kakaknya telah menukar nombor telefonnya.

Abang iparnya pula gagal dihubungi.

Mama dan papa tahu ke pasal ni? Naura buntu. Nalurinya mahu sahaja menghubungi kedua ibu-bapanya di kampung.

Naura mengambil semula telefon Binita, direnung gambar Syafiq yang sedang terbaring seperti tidak bermaya.

ʻʻNita, boleh aku hantar message dekat user ni guna handphone kau? Aku nak contact dia lahʼʼ pinta Naura.

ʻʻBoleh babeʼʼ jawab Binita risau.

Naura terus mengambil telefon pintar Binita dan menaip pesanan kepada @GeorgeousMimeen.

ʻʻWhat is going on, babe?ʼʼ tanya Binita lagi.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now