53

3.1K 60 11
                                    

Sepanjang pagi, Syafiq sibuk menguruskan proses penggantian MyKad dan lesen memandunya. Surat dari hospital dan laporan polis telahpun disiapkan awal-awal oleh pihak hospital semasa beliau masih berada di Bukit Tinggi lagi.

Syafiq menghela nafas sambil merasa lega kerana sistem effisien dari kedua-dua Jabatan Pendaftan dan JPJ begitu cepat untuk mengeluarkan kad gantian untuknya.

Selepas berpuas hati dengan MyKad dan lesen memandu yang baru, Syafiq bergerak pula ke cawangan Maybank berhampiran untuk membuat kad debit gantian pula.

Kesemua proses berjalan baik dan semuanya selesai sebelum waktu tengahari.

Dengan kad Maybank yang baru, Syafiq menghampiri sebuah mesin ATM dan memasukkan kad barunya itu untuk melihat baki duitnya.

Alhamdulillah, gaji dari pekerjaan sambilannya di 7 Eleven, termasuk juga komisen hasil jualan Nasi Tuah setakat ini telah didebitkan ke dalam akaun Maybanknya. Walaupun tak banyak, tapi adalah sedikit boleh dibuat duit belanja.

Syafiq kemudian mengeluarkan sedikit wang dari duit gajinya itu untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian.

Setelah memasukkan duit yang baru dikeluarkan tadi ke dalam poke seluarnya, Syafiq mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sambil melihat kedai-kedai di kawasan Bukit Bintang. Sambil ralik ber window shopping, Syafiq memasuki sebuah kedai kain untuk membelek-belek pelbagai jenis tudung dan selendang. Tergerak hatinya untuk membeli hadiah untuk Delisa. Saja nak pujuk balik hati isterinya tu. Terasa menyesal pulak sebab dia mengasingkan tempat tidur Delisa malam tadi.

ʻʻSelamat pagi, Encikʼʼ kata seorang jurujual wanita yang datang menghampiri Syafiq. ʻʻEncik nak cari apa? Boleh saya bantu?ʼʼ

Syafiq tersenyum pada wanita itu. ʻʻSaya tengah tengok-tengok tudung ni. Tapi saya ni rambang mata sikit. Sekarang ni, tudung trend apa ya?ʼʼ

ʻʻEmmm... Encik nak beli tudung untuk adik ke, isteri ke, atau mak?ʼʼ

ʻʻUntuk isteriʼʼ

ʻʻBerapa umur dia?ʼʼ

ʻʻLewat dua puluhanʼʼ

Jurujual itu kemudian menunjukkan beberapa helai tudung lilit yang moden kepada Syafiq. Ada yang perbagai warna dan corak yang cantik-cantik.

Dalam banyak-banyak pilihan, ada tudung yang berjenama, dan ada juga tudung yang tidak berjenama. Syafiq membelek-belek kain tudung lilit satu persatu sehingga dia berpuas hati dan memilih dua helai kain tudung tidak berjenama di atas harga yang ditawarkan.

ʻʻSaya nak ambik dua helai niʼʼ kata Syafiq kepada jurujual tersebut. ʻʻTolong masukkan ke dalam dua beg yaʼʼ

ʻʻBaik, Encik. Encik boleh ikut saya dan bayar dekat siniʼʼ kata jurujual tersebut mempelawa Syafiq ke kaunter pambayaran.

Setelah bayaran dibuat, Syafiq mengambil dua beg kertas mengandungi kain tudung tersebut dari jurual tadi.

ʻʻTerima kasih, Encik. Saya dah masukkan pin sekali bersama dengan tudung ni. Nanti bila senang, datanglah lagi yaʼʼ katan jurujual itu dengan senyuman. Syafiq membalas senyuman jurujual tersebut.

Setelah meninggalkan kedai kain tadi, Syafiq memasuki pula ke dalam sebuah kedai telefon untuk melihat jenama telefon-telefon terpakai yang sedang dipamerkan.

Melihat dengan wang yang ada, Syafiq akhirnya membeli sebuah handset terpakai berjenama ViVo dengan harga RM250.

Kedai telefon yang sama juga telah membantu Syafiq mendaftarkan nombor lamanya semula menerusi proses SIM replacement.

Gembira dengan telefon bimbit barunya, Syafiq singgah sebentar di sebuah gerai makan untuk minum teh bersama dengan dua biji karipap untuk mengisi perut, sambil dia ralik menginstall semula kesemua app seperti WhatsApp, FaceBook, Instagram, Gmail dan sebagainya.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now