39

2.4K 48 5
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah kediamannya di Beringin Residence, Adam tidak putus memikirkan kemelut cinta terlarangnya bersama Delisa.

Sejujurnya, dia benar-benar mencintai Delisa. Perasaan di dalam hatinya bukan perasaan mainan, bukan nafsu serakah untuk kenikmatan seks semata-mata. Tetapi ianya perasaan yang tulus dan ikhlas dari seorang lelaki kepada seorang wanita.

Adam sangat-sangat nekad untuk memiliki Delisa. Bukan untuk satu malam. Bukan untuk satu minggu. Tetapi untuk sepanjang hayat mereka berdua.

Tetapi.

Aaahh... aku dah gila!

Nak rampas isteri orang!

Adam memejamkan matanya erat. Mengerutkan dahinya. Memang betul perbuatannya itu gila. Memang gila. Dia bercinta dengan isteri orang sehingga hatinya beransur-ansur menjadi hitam. Sehingga perancangannya menjadi semakin kejam.

Tetapi, untuk memiliki Delisa, Adam perlu pisahkan kekasihnya itu dari suaminya. Adam kena lucutkan cincin emas itu dari jari manisnya. Adam kena hancurkan sebuah mahligai perkahwinan.

Adakah itu jalan penyelesaiannya?

God. This is so crazy.

Aku kena jumpa Syafiq. Aku kena settlekan benda ni dengan Syafiq.

Tetapi Adam tahu, masih ada lagi sifat kemanusian di dalam dirinya. Dia bukanlah orang yang jahat. Dia hanya seorang lelaki yang mabuk sedang bercinta.

Lelaki.

Ya, Adam seorang lelaki. Jadi, sebagai seorang lelaki, dia perlu menyelesaikannya dengan cara yang baik. Bukan dengan cara yang kejam.

Dia tak mahu merampas Delisa dari Syafiq.

Tapi dia hanya mahu Syafiq melepaskan Delisa.

Adam termenung memikirkan cara yang terbaik untuk berjumpa Syafiq. Adam tahu Syafiq sedang sakit. Lelaki itu sedang dijaga oleh isterinya Jasmina di sebuah klinik swasta.

Jasmina.

Ni lagi satu hal.

Sibuk nak memiliki isteri orang lain, sedangkan isteri sendiri juga main kayu tiga?

Adam menggenggam tangan.

Mengecipkan mata.

ʻʻAaarggh!!ʼʼ dengusannya kuat.

Tak boleh jadi.

Mimeen!

Adam dapat rasakan yang Jasmina sedang tengah bercinta dengan lelaki lain.

Sakit rasa dihati apabila isteri sendiri telah mengkhianati suaminya.

Sakit sangat.

Adam mendengus. Matanya tajam memandang jalan. Rumahnya yang gelap dan kosong sudah terlihat di hadapan mata.

Gate utama rumahnya terbuka secara otomatik apabila kereta sensor Audi tersebut menghampiri.

Adam memberhentikan keretanya di dalam perkarangan rumah. Gate otomatik menutup perlahan di belakangnya.

Adam membuka boot, mengeluarkan beg pakaiannya, dan kemudian menariknya masuk ke dalam rumah.

Rumah yang besar. Mewah. Tapi kosong. Tiada nyawa.

Tiada cinta.

Adam masih berdiri. Mencampakkan kunci keretanya ke atas meja di ruang tamu.

Berjalan mundar-mandir mengekori langkahnya sendiri.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now